Followers

Tuesday, 11 July 2017

Tamat CIAST 2017

Assalamualaikum..

05.07.2017 (Rabu) done PPL 720 di CIAST Shah Alam. 
Alhamdulillah, lepas semua azab selama 9 bulan study kat CIAST Shah Alam. 

pintu masuk CIAST. Kat depan tu ada kedai nasik lemak sedap..



Ni asrama perempuan blok N. Wati dapat aras 1. Memang best sangat asrama ni. Bilik sorang satu okey. Bilik besar dan sangat selesa. Sangat2 privacy.


Asrama menghadap stesen KTM Shah Alam. Memang dekat sangat. Wati rindu pulak nak dengar kereta api lalu tengah2 malam. Selalunya pukul 12.30 malam akan dengar.


Bilik yang sangat selesa..

First Wati masuk CIAST bulan 9 tahun 2016. Wati ingat lagi, 2 kali Wati interview 
untuk masuk kursus VTO ni. First interview tak lepa, lepas tu Wati cuba lagi sekali 
alhamdulillah kali kedua lepas. Awal bulan 9 masuk.


Pic first masuk CIAST. Bergambar didepan surau sebab ada perhimpunan pagi.

Tapi sebelum tu mesti hangpa tertanya-tanya CIAST tu apa kan? 
Meh, Wati habaq secara ringkas je lah ye. CIAST ni di mana hangpa belajar dan jalani latihan 
dan internship untuk dapatkan sijil VTO yang membolehkan hangpa mengajar pelajar 
kemahiran. Hangpa mesti ada sijil SKM tahap 1, 2, dan 3 baru layak. 
Baru-baru ni kursus VTO ni terbuka untuk yang memiliki diploma dan degree (non-SKM). 
Tapi kalau hangpa nak mengajar yang non-SKM ni hangpa kena jugak ada SKM, so 
SKM ni boleh diambil melalui PPT (penilaian pengalaman terdahulu) 
sekurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang kemahiran.

Selama 3 bulan kat CIAST (belajar) then 6 bulan internship. Masa kat CIAST, macam 
biasa masuk kelas, ada presentation dan ada je modul yang setiap student bakal pengajar ni kena cover. Antara salah satunya modul yang paling sado sekali M04 dan M07. 
Fuh, tak tidoq malam hangpa tau dak dok ngadap WIM.


Inilah fail portfolio yang ada set WIM. 15 set WIM oke. Fuh..nak hadap tu memang azab..


Semasa simulasi mengajar M07.






Semasa mengajar





Lepas 3 bulan kat CIAST, 6 bulan internship, Wati dapat buat internship kat Kolej Isba Uk Kepong. Aduhai, mintak kat negeri Kedah tapi tak dapat pulak. Nak tak nak pergilah Kepong ha, nasib baik ada kawan follow sekali. Tak adalah krik-krik sangatkan.


Cik Zalila. Mengajar masuk kelas komputer sistem. Subjek NCS.

Masa internship memang kena mengajar, masuk kelas dan kena cukupkan masa mengajar 320 jam syarat nak lulus internship. Alhamdulillah selama 6 bulan kat sana, Wati berjaya habiskan internship. Memang selama 6 bulan kat sana banyak sangat kenangan yang tak boleh lupa. Student pun baik sangat. Lecture kat sana pun banyak membantu dan friendly sangat.

Lovely housemate semasa internship di Kepong.


Semasa majlis perpisahan geng HT-010


Majlis perpisahan

Cuti 2 minggu after raya kena naik CIAST balik untuk present PPL 720 pulak. Wati gerak dari 
Kedah ke KL malam Isnin 03.07.2017. Sampai je terus pergi CIAST untuk dapatkan 
signature lecture. Then gerak ke Seremban rumah kawan sebab kami sama-sama present pada 
hari yang sama. Debaran tu tak payah cakap, macam-macam rasa. 
Takut kena repeat tu biasalah kan. Takut WIM salah lagi, kalau WIM salah habislah…
azab kot nak buat pembetulan.

Esoknya tu, masa nak present PPL 720 tu, Wati terlewat setengah jam then nasib baik 
sempat siap-siap masuk kelas sebelum PPL tutup pintu kelas tu. So selama setengah jam 
simulasi mengajar dijalankan. Time giliran Wati, memang tawakal dan buat yang 
terbaik. Alhamdulillah lulus dengan jayanya. Cuma komen PPL dan PPD yang Wati dah 
layak untuk menjadi pengajar yang baik. Alhamdulillah. Semua positif. WIM pulak 
ada minor mistake tapi boleh buat correction on the spot. 
Alhamdulillah. Pass!

Then, malam tu cover balik tidoq yang tak cukup sebelum ni siapkan WIM. 
Khamis malam terus gerak balik Kedah dengan hati girang. 
Cewah!

Peluang kerja? Hmm..tengah fikir. Rasa macam tak layak lagi nak jadi pengajar 
sebab Wati pun tak ada SKM. Skill pun kurang. Kalau ada peluang nak je cuba. 
Tengoklah macam mana sebab peluang untuk tenaga pengajar kemahiran dalam 
kolej swasta ni sangat limited.

Apa pun doakan Wati berjaya untuk jadi pengajar kemahiran. Amin. Then, road to convocation. 
Can’t wait untuk gengam sijil VTO tu. 
One fine day..

Geng kelas BK15


Jamuan akhir kelas.


Sesi penutup 3 bulan belajar di CIAST sebelum internship

TQ sudi singgah blog Wati dan jangan lupa follow yer.
InsyaALLAH Wati will follow back and keep in touch.
.
.
.

Danke ~ ~


Monday, 10 July 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H/2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H/2017

..kepada semua muslimin dan muslimat yang meraikan hari kemenangan umat Islam berpuasa 
selama sebulan. 

Persiapan raya? Macam mana? Lain sikit ke atau sama je tiap-tiap tahun? 
Mesti meriahkan raya korang? Raya Wati tahun ni sendu sikit, tak tahu kenapa. 
Mungkin ada masalah cinta kot, tetttt.. hahaha. Ada masalah dengan nak siapkan report WIM. 
Ye lah lepas je raya Wati kena naik KL – Shah Alam – CIAST untuk present PPL 720 untuk 
dapatkan sijil VTO. Hmm, alasan je tu.

Okey, serius memang lemau mood raya tahun ni. Tak keluar beraya kat mana-mana pun. 
Kawan-kawan pun tak ada. Nak raya apanya? Sendu kan?

Baju raya Wati prepare sampai 3 pasang. Beli yang first tak berkenan. Second pun tak berkenan jugak, yang third pun tak berkenan jugak. Entahlah semua tak berkenan, cerewet betoi. 
Last, Wati pakai je yang first punya.

Biskut raya pun Wati just buat 4 jenis je. Kemalasan sangat nak buat banyak-banyak. 
Tahun ni Wati just buat snow almond, cornflakes madu - biskut wajib tiap-tiap tahun, tart nenas 
dan samperit. Lepas tu tambah sikit buat simpulan kasih. Macam biasa ayah akan buat lemang. 
Mak pulak buat rending daging dengan kari daging. Gambar lemang pun tak sempat nak 
ambik sebab time tu tengah busy menyimpul kasih.

 snow almond versi derhaka sebab tak ada serbuk roti putih so Wati guna nestum.

 faberet adik

 simpulan kasih selepas digoreng

sebelum digoreng

Pagi raya, bangkit iron baju dan mandi raya. Lepas solat raya terus  melawat kubur. 
Then balik, masak makan tengah hari. Lepas tu melepak depan TV. Buka IG tengok update terbaru gambar-gambar raya korang. Memang terbaik raya kali ni. #teamrayakedah #teambajumerah 
bagai. Baju raya sedondon. Memang meriah.




Petang tu tak ada kerja nak buat so pergilah berphotoshoot secara tak rasmi. Maka berposing 
sakanlah kami adik beradik sebab mak ayah tak berminat nak bergambar ni. Nasib baik 
adik-adik minat bergambar. Kalau tak memang krik-krik sorang-sorang. 
Malamnya pulak lepak depan TV sambil kunyah biskut raya.







Done raya pertama yang sendu dan hambar sekali. Esoknya dah tak raya. 
Okebai. Hahaha..

Apa-apa pun raya kan sebulan. So Wati tak terlambat lagi nak ucapkan 
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Moga kita berjumpa lagi di bulan 
Ramadhan dan Hari Raya yang akan datang. Amin. Hmm.. Moga raya akan datang beraya 
berdua, bukan sorang lagi. Peace.

TQ sudi singgah blog Wati dan jangan lupa follow yer.
InsyaALLAH Wati will follow back and keep in touch.
 .
.

Danke ~ ~


Bee Venom Skincare 4 in 1

Assalamualaikum..

Hai blog kesayangan, apa khabar dengan mu? Di sini ku merindui kamu.. 
Ceh, ada juga kesempatan nak menghupdate setelah sekian lama krik-krik jer.

tempek muka tuan blog dululah

Wati nak update satu produk yang Wati guna selepas hampir setahun lebih 
Wati tak menggunakan apa-apa produk kat muka ni. Yelah sebab malas, kulit muka 
pun ada problem. Wati dah tak guna apa-apa produk tempatan selepas Wati guna 
Vitamin C Collogen tu lepas heboh produk tu bahaya. Memang pakai sekejap je 
lepas tu dah tak pakai. Nasib baik bila berhenti pakai kulit muka okey je, tak ada problem 
sangat pun macam kebanyakan orang lain. 

Lepas tu Wati pakai Garnier warna kuning tu dan semua produk Garnier. Alhamdulillah 
kulit muka pun okey je sebab jerawat pun tak naik, cuma kulit muka Wati ada masalah kusam, 
warna tak sekata dan jeragat. Waaa… memang tak suka betullah. Banyak jugak 
Wati try tanya kawan-kawan nak pakai produk apa, ramai yang suggest suruh pakai 
produk korea punya, tapi… entahlah. Ada yang cakap Himalaya okey, eversoft okey dll. 
Ah, pening!

So kali ni Wati try plak Bee Venom 4 in 1 ni. Tak tahu pulak produk ni dari mana tapi rasanya tempatan punya. Wati ada buat research sikit tapi tak banyak pun yang Wati jumpa. 
Mungkin tak ramai lagi yang pakai kot. So Wati pun cubalah. Wati survey dekat 
IG dan Shopee. Jumpa kat Shopee yang jual dengan harga borong. Wati beli dengan 
harga RM42 something. Harga runcit RM60 something kalau tak salah.

depan kotak


dalam kotak

Antara fungsi kebaikan Bee Venom 4 in 1 ni (Wati copy/paste dari miss google):- Membantu menghilangkan jeragat | Merawat kulit kusam | Menghilangkan jerawat | Menghilangkan parut | Meremajakan kulit | Anti penuaan | Meredakan kemerahan kulit | Menutup lubang pori yang terbuka | Menggebu dan menghaluskan kulit | Meratakan tona kulit | Mengurangkan minyak

Kandungan Bee Venom Skincare 4in1:
Bee Venom Honey Liquid Cleanser | Bee Venom Moisturiser & Repairing | Bee Venom Sunblock Foundation | Bee Venom Serum

Bee Venom Serum

Bee Venom Honey Liquid Cleanser

Bee Venom Moisturiser & Repairing

Bee Venom Sunblock Foundation

Cara Penggunaan Bee Venom Skincare 4in1:
1. Bersihkan wajah terlebih dahulu dengan Bee Venom Honey Liquid Cleanser
2. Lap kering dengan tuala bersih
3. Ambil 1 kapas muka dan titiskn 3 titis serum kemudian di sapu dari bawah wajah menghala ke atas wajah, sapu juga leher dengan sekata, bila sudah serata
4. Biarkan 2-3 min serum itu meresap
5. Sapu rata Bee Venom Moisturizer *boleh pakai siang atau malam
6. Sapu rata Bee Venom Sunblock Foundation sebelum keluar rumah ATAU sebagai sapuan asas (foundation) sebelum memakai mekap *dipakai waktu siang sahaja

Kelulusan Penggunaan Bee Venom Skincare 4in1:
Bee Venom Skincare 4 in 1 produk 100% ASLI ORIGINAL dijamin HALAL,
SELAMAT tanpa KESAN SAMPINGAN dan paling penting BERKESAN!

Selepas seminggu Wati guna:
Hasilnya, kulit muka Wati makin elok. Dah tak kusam. Kulit pun makin cerah. 
Jeragat pun dah berkurangan. Cleanser memang wangi sangat. First guna kulit muka tak 
ada effect apa-apa cuma sedikit kering selepas pakai cleanser. Tapi memang best pakai 
Bee Venom ni and hope kulit muka Wati makin bertambah baik.

TQ sudi singgah blog Wati dan jangan lupa follow yer.
InsyaALLAH Wati will follow back and keep in touch.
 .
.
.

Danke ~ ~

  



Tuesday, 24 January 2017

Putihkan Kulit Badan

Assalamualaikum...

Lamanya tak update blog kesayangan ni. Rindunya, seyes! Busy sangat2 lepas keluar ja dari CIAST. Berhempas pulas dengan Lesson Practice sebelum keluar dari CIAST selepas 3 bulan. 
Boleh rehat seminggu ja sebelum start balik kursus VTO dengan internship kat 
Kolej ISBA UK kat Kepong. 

Kali ni nak kongsi satu cara nak putihkan kulit badan dengan senang dan tanpa makan modal 
yang banyak. Simple ja. Wati terbaca kat FB Wan Nabila Huda II. Jadi tergerak hati nak try. 
Hihihi...

Barang2 pun mudah dapat kat kedai. Kebetulan tempat Wati intern ni bawahnya ada mall, 
ada Guardian so terus beli. 

Cuma perlukan:-

Cream Safi (yang bekas warna hijau aloevera+habbatus sauda)

Losyen Vaseline (Wati guna macam dalam gambar)


Harga 2 barang tu tak mahal. Boleh tengok resit. 

Caranya adalah setiap hari setiap malam atau selepas mandi ambik cream Safi tu terus sapu dan ratakan di kaki dengan tangan atau bahagian badan lain yang nak. Lepas sapu dan ratakan 
cream tu, sapu losyen vaseline plak dekat bahagian badan yang dah sapu cream tu. 
Kiranya macam doublekan dengan losyen vaseline tu. 
Ratakan dan usap lembut, lepas tu siappp! Senang je kan, cuma kena rajinlah sikit. 
Kena konsisten. Jangan buat sekejap tak buat. 
Mana nak jadinya. 

So, Wati dah 2 minggu try dan hasilnya memberangsangkan. 
Oke, selamat mencuba!

Danke ~ ~



Sunday, 16 October 2016

KEKK & ASC di MAEPS 2016

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di laman ni. 
Busy sikit sejak Wati masuk belajar balik kat CIAST, Shah Alam. Tak tahu CIAST tu apa? 
Tak pa, nanti Wati cerita pasal CIAST plak oke.

Dalam sebulan masuk kat sini, terus lecture kat sini bagitau yang sesi 
September 2016 ni beruntung sebab boleh terlibat dengan Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan 2016 (KEKK) & Asian Skill Competition (ASC) kat MAEPS Serdang 
selama 3 hari.

Rakan sepasukan

So, kami ni sebagai student CIAST paksa rela kena jadi sebahagian AJK semasa 
event tu nanti. Selama 4 hari kami ulang alik dari CIAST ke Serdang. 
Setiap student dibahagikan AJK masing2. Wati under AJK Secretariat. 
Tak banyak tugas pun yang kena buat. Bila sampai je MAEPS tu tengok semua benda dah setel. 

 Goodies bag yang kena angkut dari Mazda Hall ke Stanley Hall. Penat tu..


 AJK Secretariat. Tak ada ni tak boleh makan tau. Makan kat dewan makan sedap giler baq hang..

Goodies bag 40,000..

So, kerja yang sempat Wati buat angkat hamper, jadi runner, jaga laman IQ dan PC games 
kat Stanley Hall, lepas tu lepak kat koridor Mazda Hall sambil tengok2 hp. 
Hahaha… Masa hari kejadian tu, kalau tak ada kerja, Wati mengelat jugak, pergi jalan-jalan tengok2 apa yang ada. Memang best.  Penat tu penatlah tapi banyak benda baru yang 
kita tengok dan belajar. Wati masuk dewan yang dimana ASC bertanding. 



Wati jaga laman IQ dan PC games kat Stanley Hall. Ramai jugak dekat Stanley Hall ni. 
Student dan orang dewasa pon banyak try permainan IQ kat laman ni. 
Paling mencuri tumpuan adalah perlawanan robot dan karnival kerjaya. 
Sebelah laman IQ ada laman bakat. So, kat sini ada tarian, nyanyian 
dan macam-macam lagi.

 PC Games

 Laman IQ


 Badut pon main catur!

 Beauty Therapy

 Cooking



Rasa excited pula bila tengok kat bahagian restaurant service tu. Ramai sungguh aih orang 
dok  berkerumun kat situ. Pakat2 nak tengok, Wati yang sememang kecik ni, nak tengok 
pon tertunging habis.

Kawan-kawan Wati semua excited buat aktiviti Try A Skill sebab nak dapatkan patung anak
Harimau. Depa pakat buat, tapi Wati dak pun. Rasa tak berminatlah pulak. 
Setiap orang kena dapatkan cop banyak mana tu Wati tak pasti, sebelum nak dapatkan 
cop tu kena buat aktiviti kat booth Try A Skill. Lepas cukup semua cop tu boleh tebus 
patung Harimau kat booth cenderamata.

Wati dapat patung harimau paling besar. hihihihi

 Restaurant Serving

 Hair dressing

 ice carving




Bahagian masakan pun best jugak, ala-ala master chef pon ada gamaknya. 
Bahagian yang paling banyak mencuri tumpuan, restaurant service, hair dressing, 
beauty dan cooking. Yang lain pon ada, tapi Wati tidaklah berminat sangat so 
Wati tak berapa nak tahu. Hihihi

 di Yalong Hall

 Heli tersesat park dekat dalam Yalong Hall. hahaha..

Macam2 aktiviti, persembahan dan pameran yang ada kat sana dan sangatlah menarik. 
Hari pertama tu dah sesak. Ramai orang kot. Yang bertanding untuk ASC pulak 
student dari Negara luar. Untunglah Malaysia tahun ni jadi tuan rumah. 
Dengar kata, Malaysia menang keseluruhan. Tahniah Malaysia, 
dan tahniah untuk Negara2 lain jugak.

Antara artis yang datang Noraniza Idris, Achey dan Ayda Jebat. 
Tapi Wati sempat jumpa dengan Noraniza Idris ja. Ayda Jebat dan Achey tak jumpa pon. Tak apa, Ayda Jebat dan Achey tu dah biasa jumpa depan2.


Kami diberi kupon untuk makan. Sehari dapat RM15. So Wati banyak dapat kupon free. 
Cerita pasal makan, sebelah Stanley Hall ada jual banyak makanan. So banyak booth kat situ. 
Lepas tu, food truck pon banyak. Sampai tak tahu nak beli apa untuk habiskan kupon. 
Banyak2 beli tak habis makan pula. Membazir.

Hari last. Rasa seronok sebab semua penat hilang. Tapi bukan habis macam tu saja, Wati dengan ahli kumpulan yang lain kena siapkan report plak. Apa-apa pun pengalaman tu penting. Memang best event ini. Tak rugi involve.

Okeylah. Sampai sini dulu. Sesiapa yang sudi singgah blog saya jangan lupa follow yer.
InsyaALLAH Wati will follow back and keep in touch.

~ Danke ~