Followers

Monday, 15 June 2015

cerpen: Isabella

Alhamdulillah, lama dah saya tak mengarang cerpen dan cerpen ni pon lama juga terperam dalam laptop saya. Hari ni baru ada kesempatan untuk saya post kat blog saya. 
Almaklumlah busy dengan research n pratical. 
Apapun cikWati harap sesiapa yang terbaca cerpen karya cikWati kali ni sudi2lah anda komen ye. Mana yang terkurang or any idea just comment k. 
Komen dari anda semua sangat saya hargai. 
Btw, cerpen ni saya buat untuk memperingat seseorang. 
Kisahnya mungkin nak sama, tetapi jalan ceritanya sedikit lain. 
Apapun, selamat membaca dan terima kasih..



Tajuk: Isabella
By: Zalilawati Saidin
“Arina, Shahrul tolong jangan dok main-main dengan facebook paksu. Jangan nakal nah.” Lut sempat melarang anak buah kesayangannya. Tetapi larangannya hanya disambut dengan ketawa nakal Arina dan Shahrul. Dua beradik kembar tersebut seperti langsung tidak mengendahkan larangan paksu mereka. Bahkan mereka berdua begitu asyik dengan web facebook tersebut.
Lut mencebik. Kecil-kecil lagi sudah tahu main facebook. Budak-budak zaman sekarang memang celik IT, omelnya perlahan sambil meneruskan kerjanya memotong rumput dilaman rumah.
“Adik, apa nama kakak yang paksu suka tu? Akak lupalah!”soal Arina sambil bebola matanya lincah berlari diskrin laptop. Shahrul kelihatan berfikir. Rambutnya yang sedikit digosok.
“Ha! Adik tahu. Kak Isabella. Paksu pon suka la dekat kakak Isabella.”sahut Shahrul riang.
“Betul ke nama kakak tu Isabella, adik?” Arina tidak berpuas hati. Butang ‘enter’ ditekan. Berpuluh manusia yang bernama Isabella terpapar diruang skrin. Arina mengeluh. Banyaknya. Yang mana satu?
“Adik pasti namanya kak Isabella..sebab adik pernah dengar paksu nyanyi lagu Isabella bila kak Isabella datang beli burger paksu.” ujar kanak-kanak berusia 6 tahun itu dengan yakin sekali. Arina terangguk-angguk perlahan.
“Banyak betul nama Isabella. Yang mana satu kak Isabella ni?”
“Ha, yang ini. Cuba akak ‘add friend’. Lepas tu akak ‘message’ la kak Isabella.” selar Shahrul sambil tangannya menunjukkan nama Isabella Razlan. Tanpa membuang masa, Arina segera klik pada butang ‘add friend’.
“Adik nak message apa ni?” soal Arina sambil mencuri-curi pandang Lut yang sedang asyik dengan kerjanya. Dia dan adiknya perlu berhati-hati supaya tidak diketahui oleh paksunya. Kalau paksu tahu, habislah.. nanti paksu tak mahu bawa makan ais krim lagi.
“Tepi-tepi, biar adik tulis.” Shahrul bersemangat sambil menolak sedikit kakak kembarnya ketepi. Arina merungut sambil memberi ruang pada Shahrul menaip sesuatu pada keyboard laptop Lut.
“Adik tulis apa?” soal Arina ingin tahu. Dia menjenguk sedikit mahu melihat apa yang tertera diskrin laptop. Kemudian Arina ketawa kecil. Bijak juga Shahrul.
“Lagi?” Shahrul berpaling pada Arina disebelahnya. Arina mengangkat bahu tanda tidak tahu apa lagi yang mahu disampaikan.
“Kenapa kak Isabella tak balas pun adik?”
“Entah. Adik pun tak tahu.”
“Ya ALLAH budak bertuah ni. Main facebook rupanya. Sudah jom masuk makan.” Latifah kakak sulung Lut, ibu kepada pasangan kembar tersebut menghampiri. Arina dan Shahrul ketawa sambil meninggalkan laptop yang masih terpapar web facebook.
“Lut, masuk makan dulu. Nanti sambung buat kerja.” jerit Latifah kuat. Mesin memotong rumput dimatikan.
“Okay kak. Kejap lagi Lut masuk.” balas Lut sambil meletakkan mesin memotong rumput elok-elok diatas tanah dibawah pohon rambutan. Dia mengelap peluh lalu terus masuk kedalam rumah.
………..
“Kak Isabella, sedap tak burger yang paksu buat semalam? Kalau sedap datang lagi tau. Paksu kirim salam.” Isabella mengerut dahinya. Burger? Paksu? Kirim salam? Apa ni? Mulut Isabella terjuih-juih memikirkan isi kandungan mesej tersebut. Silap ‘sent’ la barangkali. Isabella mengabaikan mesej tersebut lalu dia menyemak mesej yang lain.
“Ella tak keluar ke hari ni?” Puan Sri Suraya menegur satu-satunya anak tunggal dalam keluarga.
“Hah? Owh, tak. Ella nak rehat je kat rumah hari ini.” balas Isabella acuh tak acuh sambil membelek telefon pintarnya.
“Eloklah tu, rehat je kat rumah. Asyik keluar berjalan pon tak elok jugak.” Isabella senyum. Malas mahu membalas kata-kata Puan Sri Suraya.
“Dari tadi belek handphone tu, apa yang ditengoknya Ella?” soal Puan Sri Suraya dengan nada yang tidak senang. Ada dirumah pun sibuk dengan handphone, bukannya nak berbual dengan kita, hai anak..
Isabella perasan nada suara mamanya yang lain. Isabella ketawa kecil. Mamanya merajuk. “Ala, Ella check mesej kat facebook je, dah lama tak buka facebook.”
“Facebook pon facebook juga. Jangan kerana peralatan elektronik tu, hubungan yang dekat menjadi semakin jauh.” ujar Puan Sri Suraya dengan nada yang merajuk.
“Okaylah mama. Papa mana?” soal Isabella. Dari pagi tadi dia tidak nampak bayang papanya.
“Keluar. Main golf dengan ahli persatuannya.” Isabella mengangguk kecil.
“Bagaimana hubungan Ella dengan Fir? Lama mama tak dengar cerita tentang kamu berdua.”
Isabella tersenyum girang apabila soal Firman disebut. Rindu pula dia dengan lelaki itu walaupun baru semalam bertemu. “Okay. Cuma dia busy sikit uruskan syarikat papa dia. Ala, Ella dan Fir sama-sama busy, tetapi selalu jugak berjumpa.” jawab Isabella tenang.
“Jangan bercinta lama-lama sangat. Eloknya dah kahwin. Suruh Fir cepat-cepat masuk meminang.” bila disebut soal kahwin wajah Isabella berubah serta merta. Macam mana nak kahwin kalau Firman kelihatannya tidak bersungguh. Bukan sekali dua soal kahwin dibangkitkan, tetapi sudah berkali-kali, jawapannya sama, tidak bersedia. Tidak bersediakah atau ada perempuan lain?
“Kenapa masam pula muka ni?” soal Puan Sri Suraya apabila melihat wajah keruh Isabella. Isabella kembali tersenyum. Soal firman dilupakan. Tumpuan sepenuhnya pada mama. Dua beranak itu rancak berbual sambil disusuli dengan gelak ketawa.
………
“Siapa suruh main facebook paksu? Arina, Shahrul jawab paksu tanya ni. Kan banyak kali paksu pesan. Kalau Arina dengan Shahrul tak buat benda yang bukan-bukan paksu tak marah. Ni Arina dan Shahrul pandai-pandai p add friend entah sapa-sapa. Paksu pon tak kenai (kenal). Lepas tu pandai-pandai pula p mesej.” marah Lut pada anak-anak buahnya yang asyik tunduk merenung lantai. Memang nakal sunguh kembar ni. Lut menyembunyikan senyum melihat Shahrul yang mula mahu menangis.
“Ala, Arina dengan adik saja nak tolong paksu mengorat kak Isabella.” jawab Arina dengan berani. Arina berani dan keras kepala sedikit berbanding dengan Shahrul. Shahrul yang hampir menangis tidak jadi mahu menangis apabila kakaknya berani menjawab.
“Hah? Ngorat kak Isabella? Kak Isabella mana pulak ni?” Lut pula terduduk dilantai. Kepala yang tidak gatal digaru.
“Ala, kak Isabella yang selalu datang beli burger kat gerai paksu tu la. Kan paksu suka dekat kak Isabella. Adik dan kakak tolonglah paksu kirim salam kat kak Isabella.” jawab Shahrul pula penuh yakin. Terbeliak biji mata Lut mendengar butir bicara Shahrul yang petah tersebut. Latifa h dan Mak Kiah yang berehat diruang tamu ketawa kuat. Lut berpaling memandang kakak sulung dan maknya.
“Kak, hang tengok anak hang ni. Haru betoi perangai. Kecik-kecik pun pandai nak kenen-kenen kan orang.”
“Good job anak ibu. Pandai.” Latifah pula memuji anak kembarnya. Tidak berhasrat untuk memarahi. Ibu jari diangkat sebagai tanda bagus. Dia masih ketawa dengan telatah lucu anaknya mengenakan paksu mereka.
“Good job hang kata. Eloklah besaq nanti 2-2 boleh berkerjasama bukak agensi cari jodoh.” Lut berkata dengan nada geram.
“Sapa Isabella tu Arina, Shahrul? Tokwan tak pernah dengaq pon kakak nama Isabella?” tanya Mak Kiah pada cucunya. Lut juga berpaling pada anak buahnya. Dia juga tertanya-tanya siapa kakak Isabella tersebut.
“Ala, kak Isabella yang comel-comel tu. Yang suka senyum tu.” Arina memberi klu.
“Owh..yang tu bukan kak Isabella. Tapi nama kakak tu Halisa Nabila. Panggil cikgu Lisa.” Mak Kiah memberitahu cucunya. Kedua cucunya mengangguk faham.
“Manalah Shahrul tahu, Shahrul ingat nama kakak tu Isabella sebab Shahrul tengok paksu selalu nyanyi lagu Isabella bila cikgu Lisa datang gerai paksu.” terang Shahrul lagi. Lut tergeleng-geleng kepalanya. Cerdik betul anak buahnya ini. Nasib baik dua orang sahaja anak buah yang dia ada, kalau sepuluh anak buah yang perangai nakal macam ni, haru betul hidupnya.
…………
Aku Isabella binti Razlan. Tan Sri Razlan. Hidup aku dilengkapi dengan segala kemewahan. Prada, Gucci, Channel, Bonia dan banyak lagi jenama lain yang ada didalam dunia ini tersarung dibadanku. Aku cantik. Opps!! Bukan mahu memuji diri sendiri, tetapi itu hakikat. Siapa yang tidak terpegun dengan kejelitaan dan keseksian yang aku miliki. Aku bekerja dengan papa sebagai pengarah urusan disyarikat papa di Malaysia. Sebelum ini aku lama menetap di Jepun menguruskan salah sebuah anak syarikat papa disana.
Aku seorang yang sangat serius dan sangat berdisiplin sekali dalam melakukan sebarang pekerjaan. Prinsipku satu, apa sahaja kemahuanku, aku akan berjuang memilikinya. Itulah aku, pantang berundur sebelum berjuang. Oh ya, soal perasaan, hatiku telah dimiliki oleh seorang lelaki. Dia kacak, kaya, bergaya dan semestinya taste dia tinggi. Namanya Firman. Firman bin Tan Sri Hashim. Orang cakap gagak tidak boleh setanding helang, ya, aku dan Firman satu pasangan yang sangat sepadan dari segenap sudut.
Tetapi aku ada mengenali seorang lelaki ini. Kami berkenalan melalui facebook. Mula-mula aku malas melayan tetapi dek kebosanan aku melayan juga. Aku dan dia kerap berhubung. Bertanya khabar, bertukar pendapat dan bercerita. Aku dan dia langsung tidak pernah bersua muka. Kami hanya bertukar gambar dan saling mendengar suara sahaja. Aku belum bersedia mahu menemuinya kerana aku lebih memikirkan hubunganku dengan Firman.
Hampir setahun, dia meluahkan rasa yang dia jatuh sayang padaku. Oh my God! Aku rasa macam nak pengsan. Perhubungan yang hanya melalui alam teknologi ini mampu membuahkan rasa cinta dan sayang? Macam tak logik. Sebab itu aku tidak mempercayai cinta dan sayang sebegini. Ok, fine! Aku akui, aku juga semakin hari semakin sayang kepadanya, tetapi sayang dan cintaku tetap utuh buat Firman. Lagipun dia hanya penjual burger. Isabella Tan Sri Razlan nak bercinta dengan penjual burger? Oh my God! That not me!
“Yes Lut! I baru balik kerja ni. Penat sikit.” Isabella menjawab lemah sambil merebahkan badannya diatas tilam. Dia memejamkan matanya seketika.
“Sorry ganggu sayang. Jangan lupa mandi dan solat.” pesan Lut dihujung talian. Isabella mencebik. Layanan dan perhatian yang ditunjukkan Lut buatnya rasa tidak selesa. Sudah banyak kali dia melarang Lut memanggilnya sayang tetapi larangannya langsung tidak diambil peduli.
“Yeah. I know! You tak berniaga ke malam ni?” soal Isabella sekadar mengambil hati. Kipas syiling yang cantik designnya direnung.
“Malam ni saya buka gerai macam biasa. Awak bila nak rasa burger saya?”
Isabella ketawa kecil. “One day. I nak burger bakar special dari you.” Lut menyambut ketawa Isabella.
“Burger bakar? Anything! Datang dulu.” provoke Lut riang.
“Jauh!” Isabella memberi alasan. Mustahillah dia nak travel dari KL ke Kedah semata-mata nak makan burger di gerai Lut. Tak berbaloi. Sebelum ini ada banyak kali Lut datang ke KL mahu berjumpa, tetapi ditolaknya mentah-mentah dengan alasan belum bersedia. Nasib baik Lut memahami.
“Itulah, bila saya datang KL, awak tak nak jumpa.” Isabella kehilangan kata.
“Lut, I nak mandi dan solat. Lewat ni. Nantilah kita berbual lagi. Bye.” cepat sahaja Isabella mematikan telefon. Rasa bersalah dan kesal menghantui diri. Betulkah tindakannya itu? Isabella mengeluh kecil.
………..
“Apa yang hang dok senyum sorang-sorang tu Lut? Dah buang tebiat ka hang ni?” tegur Mak Kiah apabila melihat anaknya tersenyum-senyum seorang diri. Risau takut anaknya kena sampuk dek hantu senja.
“Eh, mak. Mana ada Lut dok senyum-senyum. Mak ni..” senyum Lut mati. Mak Kiah menghampiri Lut yang sedang beristirehat disofa ruang tamu. Mak Kiah berdiri betul-betul mnghadap Lut.
“Mak hang ni tak buta lagi tau dak. Hang dok angau budak perempuan mana ni Lut? Habaq kat mak, mak p masuk minang.” balas Mak Kiah disambut ketawa kecil dari Lut.
“Mak ni, ada-ada ja. Mana ada mak.” nafi Lut. Dia mengesot ke tepi sedikit memberi ruang Mak Kiah melabuhkan duduk disebelahnya.
“Hang dok angau cikgu Lisa ka? Suka habaq suka Lut. Jangan tunggu lama-lama. Mak dah tanya dah Cik Som. Cik Som setuju benar kalau hang dengan cikgu Lisa tu menjadi. Mak pon suka dengan cikgu Lisa tu. Baguih orangnya, berbudi bhasa, pandai masak, hormat orang tua dan segalanyalah.” ujar Mak Kiah panjang lebar. Suka benar hatinya bila Lut dan Lisa berjodohan. Sama cantik sama padan. Anak bujangnya pon memang dah patut kahwin. Ramai kawan-kawan Lut pon sudah mendirikan rumah tangga.
“Mak ni pandai-pandai p tanya tu awat. Malu la Lut. Lut pon bukan tau cikgu Lisa tu suka kat Lut ka, tak suka ka? Lut ni sapa la mak budak kampung, jual burger ja. Rupa pon tak dak.” Lut buat-buat nada sedih dihujung katanya. Lut menunduk sambil membelek-belek handphone ditangan.
“Hang jangan nak buat leceh la Lut oii. Cikgu Lisa tu suka kat hang. Hang yang tak nampak. Amboii dulu bukan main ngorat, berkirim-kirik salam. Kalau tak suka, tak ada maknanya cikgu Lisa tu asyik dok tanya pasal hang ja.” terang Mak Kiah lagi. Lut tersengih-sengih macam kerang busuk. Dalam kata-kata maknya ada sedikit memerlinya.
“Nantilah Lut fikirkan hal ni. Nanti Lut bersedia Lut cakap dengan mak.” jawab Lut sambil bangun. Dia mahu ke masjid. Lagipun waktu Maghrib sudah hampir.
Mak Kiah mendengus geram. Lut tak habis-habis nak mengelak. Sebenarnya Mak Kiah sendiri pon tak menghalang siapa sahaja pilihan anaknya. Lut sememangnya dah layak untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa.
“Ni hang p dak masjid Maghrib ni? Kalau p lekaih la. Bole mak tumpang p sekali. Mak pon lama tak berjemaah kat masjid sejak baik sakit lutut ni.”
“Laa mak ni. Lut nak p dah ni. Jom lekaih.” Lut segera keluar dari rumah dan menghidupkan enjin motor sambil menunggu Mak Kiah. Lut terbayangkan Isabella dan cikgu Lisa. Isabella pilihan hatinya, cikgu Lisa pilihan maknya. Hatinya sudah jatuh cinta dan sayang pada Isabella, tetapi cinta dan sayangkah Isabella padanya. Lut dihambat perasaan ragu-ragu. Aduh, haru betol.
…………
“Haluan hidupku, terpisah dengan Isabella, tapi aku terpaksa demi cintaku Isabella, moga dibukakan pintu hatimu untukku, akan terbentang jalan, andainya kau setia, oh Isabella…” alunan lagu Isabella dari kumpulan Search dinyanyikan dengan penuh penghayatan. Lut terbayangkan wajah kekasihnya Isabella. Petikan gitar yang pada mulanya rancak, semakin perlahan. Apa kisah cintanya seperti kisah cinta drama Isabella yang popular sekitar 90-an? Lut tertanya pada dirinya sendiri. Selama berhubung, Isabella jarang sekali bercerita tentang keluarganya. Lut malas hendak banyak soal, jika Isabella keberatan untuk bercerita.
“Fuh! Jiwang la abang Lut. Terbaik. Penuh penghayatan. Pitch perfect!” sorak Budi sambil bertepuk tangan. Beberapa orang anak muda yang bertenggek digerainya turut bersorak dan bertepuk tangan. Ada yang tersengih-sengih. Lut membetulkan duduknya. Dia berdehem beberapa kali bagi menutup malu.
“Diamlah Budi. Buat la kerja hang. Jangan sampai hangit pulak daging burger tu.” balas Lut berpura-pura marah dengan usikan Budi. Budi anak kampung yang juga merangkap sahabat dan juga rakan bisnessnya. Keuntungan hasil gerai yang tak seberapa dibahagi dua.
“Baik bos.” sambut Budi. Tangannya ligat memanggang daging burger bercampur dengan marjerin. Dua pesanan burger daging special perlu disiapkan atas pemintaan pelanggan.
“Abang Lut, aku tengok hang asyik dok nyanyi lagu Isabella ja. Tak ada lagu lain ka?” Budi bertanya. Terlupa marah Lut sebentar tadi. Lut berpaling. Tak sangka pula Budi bertanya tentang soalan bodoh macam tu.
“Tak ada.” balas Lut pendek. Budi tergelak.
“Aiseyman, nyanyi la lagu Jesnita ka, Julia ka, lagu Awie ka atau lagu cikgu Lisa ke.. hehehhe..dia mai dah, dia mai dah!” apa lah si Budi ni. Lut berdecit. Tumpuannya masih pada gitar milik Budi.
“Apa dia hang ni budi? Tak paham aku.”
“Abang Lut, cikgu Lisa mai la. Mai la lekaih ambik order ni.” panggil Budi. Lut berpaling seraya bangun. Gitar cabuk diletak diatas meja.
Lisa tersenyum simpul apabila melihat Lut. Tujuannya datang ke gerai bukan hendak membeli burger sangat tetapi lebih kepada mahu melihat wajah jejaka yang sudah lama menghuni hatinya.
“Budi, saya nak order burger ayam special dua ye?”
“Eh, kenapa order kat saya cikgu. Orderla kat abang Lut.” balas Budi sambil ketawa mengusik. Namun ketawanya hanya seketika apabila kakinya terasa sakit dipijak Lut. Cikgu Lisa hanya menunduk kepala tanda malu.
“dua jer Lisa?” soal Lut pula. Lisa mengangguk kecil. Wajah tampan Lut yang sedang membakar roti dipandang sekali lalu.
“Tadi Lisa tengok abang lewat balik kerja, ada hal ke?” soal Lisa ingin tahu. Dia sebenarnya berhasrat juga mahu menolong Lut siang tadi, tetapi memikirkan dia sendiri pun cukup banyak hal yang kena diuruskan.
“Adalah busy sikit.” balas Lut ringkas. Malas pula dia mahu mengulas lebih lanjut tentang kesibukkannya itu. Lisa mengukir senyum. Nampak Lut seperti berat mulut mahu berbual dengannya. Sepi seketika antara mereka. Gitar buruk diatas meja sudah berada dalam pelukan Budi. Budi dan kawan-kawan yang lain duduk bersantai dimeja hujung sekali sambil menyanyikan lagu Isabella beramai-ramai. Sesekali Lut menjeling pada Budi yang tersengih-sengih macam kerang busuk. Siap kau Budi lepas cikgu Lisa ni balik! Desis hati Lut menahan geram. Budi sengaja hendak mengenakannya. Dendangan lagu Isabella dari Budi membuatkan hatinya tidak senang.
“Kenapa abang suka benar dengan lagu Isabella. Ada apa-apa makna ke disebalik lagu tu?” soal Lisa perlahan. Acap kali dia mendengar lagu itu dialunakan oleh Lut. Hatinya sering memberitahu yang lagu Isabella yang dialunkan oleh Lut berkaitan dengan dirinya. Lisa Nabila dan Isabella, kan lebih kurang sahaja bunyinya.
“Abang suka lagu tu sebab….” Lut berjeda. Seketika bayangan wajah Isabella yang tersenyum manis bermain dikepalanya. Ketawa riang Isabella mengusik jiwanya. Lantas Lut tersenyum kecil seumpama Isabella kini dihadapannya.
“Sebab..?” Lisa menunggu jawapan. Berkerut dahi Lisa melihat Lut seperti mengelamun. “Abang! Roti hangit!” tegur Lisa sambil mencuit lengan Lut. Bau hangit memenuhi ruang yang tidak berdinding itu.
Lut tersedar. Dia beristighfar. Aduh apa kena dengan aku ni, bisik hati Lut. Malunya dia dengan cikgu Lisa yang memerhatikannya.
“Sorry, tak sengaja.” kata Lut malu-malu. Dia kembali membakar roti yang lain bagi mengantikan roti yang telah hangit tadi.
“Bos, apa ni sampai hangit roti tu. Masuk je meminang cikgu Lisa tu. Senang.” laung Budi dari hujung sana. Spontan cikgu Lisa tertunduk malu. Wajah kedua-duanya merona merah dek usikan Budi. Lut berpaling sambil menunjukkan penumpuknya. Siap kau Budi!
………….
Isabella menepuk-nepuk bantal. Dia merebahkan badannya. Telefon bimbit ditangan dibeleknya. Mesej pon tak ada? Isabella mendengus kecil. Jam didinding dikerling. Hampir pukul 1 pagi. Isabella mula mencari number telefon lelaki itu. Dapat sahaja dia terus menekan butang call.
“You kenapa tak mesej or call i?” soal Isabella dengan nada geram. Lelaki ini gemar sahaja mengabaikannya.
“Sayang, I busy. I still kat pejabat ni.” balas Firman kedengaran lemah.
“Dah pukul 1 pagi tau you. Baliklah. I risau you balik lewat malam.”
“Sayang, lagi sikit je kerja I nak habis. I kena siapkan semua ni secepat yang mungkin.”
“Kerja tak akan habis you. You janji nak dinner dengan I tapi you tak datang. Hampir sejam I tunggu you kat sana. You selalu mungkir janji.” jawab Isabella dengan rajuknya. Biar Firman rasa bersalah.
“I am sorry sayang.” seperti selau ucapan maaf lagi yang dilontar. Isabella mencebik. Bosan dengan lelaki yang gemar mungkir janji.
“Itu je yang you tahu. Sorry, sorry and sorry! Bosan I tau tak.” bidas Isabella tanda tidak puas hati.
“Kenapa susah sangat you nak faham kerja I ni. Kita dalam bidang yang sama kan, you mesti tahu kerja kita macam mana?”
“I just nakkan perhatian dari you.” balas Isabella keras.
“Fine. Carilah lelaki lain. I malas nak layan you.” sejurus itu Firman terus meletakkan telefon.
Isabella melemparkan telefonnya tanda geram. Lelaki itu tidak habis menyuruhnya mencari lelaki lain saat mereka bergaduh. Isabella jadi ragu-ragu adakah benar Firman mencintainya atau sekadar pembohongan. Isabella merebahkan badannya. Akhirnya dia terlena bersama minda yang sarat memikirkan perihal halatuju hubungannya dengan Firman.
……………
Langkah aleya terhenti. Mata kepalanya bagaikan tidak percaya apa yang dilihat. Benarkah lelaki itu Firman atau pelanduk dua serupa. Lelaki itu kelihatan mesra berpegangan tangan dengan seorang perempuan. Mereka nampak begitu mesra.
“Leya?” panggil Isabella. Aleya tidak menyahut. Anak matanya masih memanah pada pasangan tersebut. Kini pasangan tersebut betul-betul berada dihadapan mereka.
“What up? Leya?” panggil Isabella lagi. Sahabat baiknya seperti ternampak hantu. Isabella hendak berpaling ke belakang, mahu melihat apa yang membuatkan sahabatnya seolah terpaku. Tetapi belum habis badannya memusing, tangannya direntap kasar oleh Aleya.
“Jom kita pergi ketempat lain?” ajak Aleya tiba-tiba. Aleya kelihatan seperti ingin menyembunyikan sesuatu. Isabella ditimpa perasaan tidak sedap hati.
“Why? Tadi you kan teringin nak makan western food. So now we are here. Let’s go!”
“I tak jadi nak makan. Jom kita pergi kedai lain.” Aleya mengheret Isabella. Isabella semakin pelik.
“Leya? What happen to you? You seperti ternampak hantu? Jom lah.” giliran Isabella pula menarik lengan Aleya. Namun, hanya beberapa langkah, Isabella berhenti secara mendadak. Anak mata Isabella memusat pada dua pasangan tersebut. Firman dengan seorang perempuan.
“Ella, please.. I yakin tu bukan Firman. Pelanduk dua serupa tu. Jangan buat kecoh kat sini. Malu nanti.” Aleya merangkul bahu Isabella yang kelihatan tidak stabil emosinya. Anak mata Isabella kelihatan berkaca-kaca. Aleya tahu air mata Isabella bila-bila masa akan tumpah.
“Leya, I know itu Firman. Kemeja yang dia pakai special design by me for his birthday. I know that him, Leya.” ujar Isabella perlahan dengan nada yang cukup kecewa. Patutlah Firman asyik busy dan tiada waktu dengannya rupanya sibuk dengan perempaun lain. Sampai hati Firman sanggup melukakan hatinya.
Isabella mendekati pasangan itu. “Hai!” sapa Isabella ringkas. Dia sedaya upaya menyembunyikan pelbagai rasa marah, kecewa, terluka, sedih didalam hati. Sedaya riak tenang ditonjolkan. Isabella tidak akan menunjukkan rasa lemah dihadapan lelaki yang melukakan hatinya.
Firman dan perempuan itu berpaling. Jelas wajah Firman menunjukkan rasa terkejut yang amat sangat. Gengaman tangan yang erat dilepaskan.
“Who is she?” soal Isabella lagi. Dia memandang lama pada wajah perempuan tersebut. Perempuan itu hanya tersenyum sinis seolah-olah tahu apa yang berlaku.
“Nida, she is my client.” jawab Firman dalam keadaan tergagap. Firman menunduk. Dia sedang menghadapi satu keadaan dimana dia akan kehilangan perempuan yang dicintai dan disayanginya.
“Client?” kata Isabella dan Nida serentak. Kemudiannya, mereka saling berbalas pandangan sinis.
“Client apa kalau berpegangan tangan, berpelukan? Dasar perempuan perampas, lelaki penipu.” marah Isabella. Isabella menarik tangan Aleya yang dari tadi hanya memerhati. Lebih baik dia segera pergi dari situ sebelum dia hilang kawalan.
“Sayang, please. I can explain.” Firman mengejar. Tangan Isabella dipegang tetapi cepat sahaja Isabella merentap.
“You nak explain apa lagi. I nampak dengan mata kepala I apa yang berlaku. I ingat selama ini you jujur dengan I, tetapi you ni penipu. I sayang you sepenuh hati I tetapi ini yang I dapat? Useless.”
“I am sorry sayang.” pujuk Firman lembut. Air mata lelakinya hampir gugur. Sungguh dia tidak mampu untuk kehilangan Isabella.
“Sorry? Now I understand, kenapa you beria suruh I cari lelaki lain. You memang ada niat nak berpisah dengan I kan sebab perempuan tu. Fine, mulai saat ini, I penuhi kemahuan you. We are over!”
“You silap Isabella. I love you. Just you. Tolong jangan tinggalkan I please.”
“We are over.” balas Isabella lagi. Aleya cepat menarik tangan Isabella menuju ke kereta. Isabella perlu dielakkan dari Firman.
…………..
Isabella menangis sepuas hatinya dibahu Aleya. Aleya hanya membiarkan Isabella melepaskan segalanya yang terbuku dihati. Aleya mengurut perlahan belakang Isabella yang terdedah.
“I tak sangka, macam ini pengakhiran hubungan kami.” tangis Isabella lagi. Aleya menghembuskan nafasnya perlahan. Rambut Isabella dibelai. Isabella sekarang tak ubah seperti anak kecil.
“Sabarlah Ella. Anggaplah ini dugaan. You deserve better man.” pujuk Aleya tenang. Isabella merenggangkan pelukannya. Sisa air mata diusap.
“I cintakan dia. I sayang dia. Tapi ini balasan dia.” keluh Isabella sambil bersandar lemah pada sofa diruang pejabatnya.
“Dah terbukti dia bukan lelaki yang selayaknya untuk you. Hmm, I pon tak sangka dia begitu sebenarnya. Sabarlah Isabella. You kena kuat, jangan lemah okey.” nasihat Aleya lembut. Tangan sahabatnya digengam erat.
“Thanks!”
“You’re welcome. I sentiasa ada untuk you.”
……………
“Lut, ada ke lelaki jujur dalam dunia ni?” soal Isabella perlahan. Dengar sahaja suara Lut ketawa dihujung sana membuatkan hatinya dijentik perasaan riang. Isabella tersenyum nipis.
“Ada.” balas Lut pendek.
“Siapa?” Isabella ingin tahu.
“Sayalah.” Lut ketawa. Isabella mendengus. Dipermainkan oleh Lut rupanya. Lalu dia juga ikot ketawa. Rasanya inilah kali pertama dia ketawa selepas hampir dua minggu putus cinta dengan Firman.
“Jujur itu subjektif sayang. Jangan hanya seorang lelaki yang berlaku tidak jujur dengan awak, awak dah nak anggap semua lelaki itu tak jujur. Salah tu. Bukan semua lelaki macam itu. Kenapa awak tanya soalan macam tu?”
“I bimbng you tak jujur dengan i.” ujar Isabella. Isabella mengigit bibir bawah. Dia yang sebenarnya tidak jujur pada Lut. Lut, maafkan I, bisik hati Isabella.
“Jangan bimbang. Saya jujur dengan awak dan saya ikhlas sayangkan awak. Mungkin awak anggap semua ni tak logik kan, tapi itulah hakikatnya.” suara Lut kelihatan tenang dihujung sana. Entah kenapa buat hati Isabella terasa juga tenang.
“Thank you Lut.”
“Awak macam ada masalah?” tekaan Lut tepat. Isabella ragu-ragu. Inikah masanya yang tepat untuk dia berterus terang. Argh, Isabella belum bersedia.
“No, I don’t have any problem.”
“Jangan menipu Isabella, sebab saya benci orang yang menipu.” Isabella telan liur. Sebaris ayat itu berulang kali bermain diminda. Bagaimana penerimaan Lut apabila dia tahu hal sebenarnya? Isabella resah sendiri.
…………
Pintu pejabat Pengarah Urusan diketuk. Terjengul wajah si setiausaha, Saleha disebalik daun pintu. Isabella mengangkat kening. Saleha tersengih lalu daun pintu dibuka luas. Saleha melangkah masuk bersama dengan seseorang. Isabella merengus kasar sebaik sahaja melihat wajah lelaki itu. Firman masih tidak berhenti mengejar dan memujuknya sejak sebulan yang lalu. Naik jelak Isabella dibuatnya.
“You nak apa lagi Fir? Boleh tak you terima hakikat yang kita dah tiada apa-apa dan please jangan ganggu I lagi.” sembur Isabella garang.
Sejambak bunga mawar merah diletakkan diatas meja. Kalau dulu Firman memberinya mawar merah, dialah insan yang sangat bahagia, tetapi kini semua itu langsung tidak memberi sebarang makna lagi. Dia makin dihimpit perasaan benci.
“I tak akan berpisah dengan you. I akan buat apa sahaja untuk hubungan kita.” balas Firman separuh merayu.
“You tak akan berjaya. Buat pengetahuan you, I dah ada penganti you. Sila keluar!”
Firman tersentak. Begitu cepat Isabella mencari pengantinya. Isabella tersenyum sinis melihat riak perubahan diwajah Firman.
“Kenapa? You tak percaya?” sambung Isabella lagi sambil ketawa kecil.
“Siapa lelaki tu?” soal Firman perlahan.
“I rasa you tak perlu tahu. Sememangnya you tak ada hak untuk tahu.”
“I akan buat apa sahaja untuk dapatkan you, Isabella. Ingat tu.”
“Nonsense.” bidas Isabella bangkit dari duduknya lalu keluar dari bilik meninggalkan Firman yang termanggu sendiri. Firman mengeluh kecil. Bagaimana lagi dia hendak memujuk hati Isabella. Salah dia juga kerana curang tetapi dia sudah menyesal. Tiba-tiba telefon bimbit milik Isabella berdering. Telefon bimbit itu dicapai. Terpapar nama Lut diskrin telefon. Hati Firman berdetak laju. Mungkin inilah lelaki yang dimaksudkan oleh Isabella sebentar tadi.
“Hello sayang.”
“Oh, rupanya kaulah lelaki yang cuba rampas tunang aku.” Firman bersuara geram. Kalaulah lelaki ini dihadapannya, maunya ditumbuk lunyai.
“Tunang? Maksud kau Isabella tu tunang kau?”
“Isabella Tan Sri Razlan, tunang aku. Siapa pon kau, kau kena ingat, Isabella langsung tak layak untuk kau. Jangan cuba dekat dengan tunang aku, kalau tidak nahas kau aku kerjakan.” terus talian diputuskan. Firman tersenyum puas.
…………..
“You nak apa lagi ni Fir? Tak habis lagi ke you nak ganggu i?” jerit Isabella sebaik sahaja butang hijau telefon bimbit ditekan. Tanpa ucapan salam dia terus menyembur.
“I dah bincang dengan family I, hujung bulan ni I nak masuk meminang you.” lancar Firman menyuarakan hasrat hati. Hasratnya sudah pun dipersetujui oleh keluarganya. Firman yakin Tan Sri Razlan dan Puan Sri Suraya tidak akan membantah. Dia hanya risaukan Isabella sahaja.
“Hahaha, in your dream Firman. You still tak paham ke apa yang I beritahu petang tadi..” bidas Isabella, geram.
“About what? Tentang seorang lelaki yang bernama Lut? May I ask you something. Lut anak datuk or tan sri or kerabat diraja mana? Can I know?” walaupun nada pertuturan Firman dihujung talian lembut tetapi cukup sinis dipedengaran Isabella.
“Damn you Fir!” jerit Isabella lalu telefon bimbit segera dimatikan dan dilemparkan keatas katil. Isabella menjerit sekuat hatinya bagi melepaskan geram dan kemarahan yang amat sangat. Dadanya turun naik tidak menentu mengawal api kemarahan. Hatinya menyumpah seranah Firman. Perasaan benci pada Firman semakin meluap-luap. Sekali lagi telefon bimbitnya berdering. Isabella buat tidak peduli sehingga deringan itu mati sendiri. Lima saat berlalu, telefon itu berbunyi lagi. Isabella naik geram lalu dijawab juga panggilan itu tanpa melihat nama dipaparan skrin terlebih dahulu.
“Nak apa lagi?” jerkah Isabella. Sepi. Tiada sahutan disebelah sana. “Damn you!” nampaknya Firman sengaja mempermainkannya, Isabella naik bosan.
“Isabella Tan Sri Razlan.” demi mendengar suara itu, Isabella kelu. “Saya tak nak apa-apa dari awak Cik Isabella. Saya hanya ingin tahu perkara sebenar.” Lut memulakan bicara. Isabella memejamkan matanya rapat. Dia cuba mencari kekuatan disebalik perasaan amarahnya.
“About what?”
“Status awak.”
“So?” Isabella bertanya lagi. Tiada hati mahu menjawab.
“Jadi betulah, awak dah bertunang. Kenapa awak tipu saya? Awak tahu kan saya tidak suka ditipu.”
“So? Just go to hell with your principes. Selama setahun kita kenal, ada I janji apa-apa untuk cintai you, sayangi you. Ada? Tak ada kan. Lagipun you bukan siapa-siapa. I tak perlukan seorang lelaki penjual burger dalam hidup i. Just go!” kata Isabella dengan angkuhnya.
“Terima kasih Cik Isabella diatas penghinaan Cik. Selagi saya masih bernyawa saya akan ingat sampai bila-bila.” Talian diputuskan.
“Lut! Lut!” panggil Isabella biarpun talian sudah diputuskan. Isabella mengetap bibirnya. Dia tersalah cakap. Baru dia sedar, dia sudah melukakan hati seorang lelaki yang begitu prihatin tentang dirinya. Number telefon Lut dihubungi, tetapi talian disebelah sana tidak berjawab.
“Lut, I am so sorry. Please forgive me!” luah Isabella bersama juraian air mata. Dia merebahkan badannya sambil memeluk telefon bimbit. Akhirnya Isabella terlena sendiri bersama rasa kesal yang bukan sedikit.
…………….
“Lut, boleh dah kot hang bangun. Sat nak masuk subuh dah ni. Lekaih siap-siap pi sekolah.” bebel Mak Kiah sambil mengejutkan Lut yang masih tidur berselimut tebal. Mak Kiah mengeleng perlahan melihat Lut mash tidak beriak dari bawah selimut.
“Lut malas nak pi sekolah hari ni mak.” balas Lut lemah. Suaranya serak. Mata sukar dibuka. Dia tidak dapat tidur dengan lena memikirkan hati dan perasaannya yang terluka.
“La, pasai pa pulak hang malas nak pi sekolah. Selalu hang tak macam ni pon.” balas Mak Kiah yang kehairanan. Dia menarik selimut Lut lalu dilipat elok-elok.
“Tak ada apa lah mak.” ujar Lut pendek. Dia sudah bangun duduk dibirai katil.
“Hmm, dah jadi cikgu sekolah pon malas lagi. Dah bangun lekaih la. Yang hang dok termenung apa lagi. Pi mandi, sembahyang. Mak dah siapkan sarapan pagi. Apa nak jadi dengan hang ni, kalau ada bini mesti hidup hang terurus sikit. Tak payah mak nak bimbang dah pasal makan pakai hang.” bebel Mak Kiah lagi sambil bergerak ingin keluar.
“Mak masuk je la meminang cikgu Lisa.” ujar Lut perlahan. Lantai yang dilapik dengan karpet nipis dipandang bagai nak tembus. Semalam juga dia berfikir tentang hal ini. Ada baiknya dia ikut sahaja cakap maknya. Bercinta andai untuk disakiti buat apa? Lut serik. Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Langkah Mak Kiah terhenti. Dia berpaling. Mak Kiah agak terkejut dengan kata-kata Lut. Biar betul si Lut ni? Mau pula dia ikot cakap aku, bisik hati Mak Kiah ragu-ragu.
“Hang biaq betul ni Lut?” tanya Mak Kiah lagi mahu kepastian. Lut mengangguk lemah. Dia nekad dengan keputusannya.
“Lut tak nak bertunang. Lut nak teruih nikah. Kalau boleh secepat mungkin.”
Mak Kiah terlopong. Apa kena pula dengan Lut ni. Dia terasa dengan kata-kata aku tadi kah? Mak Kiah serba salah.
“Lut serius mak. Keputusan Lut bukan sebab mak ataupon sapa-sapa. Lut nak mandi.” sambung Lut lagi sambil mencapai tuala didinding dan menghilang didalam bilik air kemudiannya.
…………
Isabella meniti anak tangga mahu kebiliknya. Namun langkahnya terhenti apabila namanya diseru oleh papanya. 
“Kenapa papa?” Isabella berpaling melihat Tan Sri Razlan yang sedang berdiri dihujung tangga dengan kedua-dua belah tangannya menyeluk poket seluar. Manakala Puan Sri Suraya sudah mengambil tempat disofa diruang tamu yang serba luas. Mesti ada hal yang hendak dibincangkan ni, getus hati Isabella. Dia menuruni anak tangga semula dengan langkah yang penuh berhati-hati.
“Papa ada hal nak cakap sikit dengan Ella.”ujar Tan Sri Razlan dengan nada yang sedikit serius lalu duduk bersebelahan dengan isterinya.
“Hal apa papa?” Isabella duduk bersebelahan dengan Puan Sri Suraya lalu memeluk bahu wanita yang tampak anggun itu walaupin usia mencecah 50-an.
“Bulan depan keluarga Firman nak masuk meminang Ella. Papa fikir tak payah lah bertunang, nikah je terus. Lagipun family kita rapat dengan family Firman tu. Ella pon dah kenal Firman lama kan?” kata Tan Sri Razlan sambil memandang tepat pada wajah anak tunggal manjanya itu.
Isabella diam tanpa sebarang kata. Perlahan pelukan dibahu mamanya direngangkan. Isabella mengeluh perlahan.
“Papa, mama terima kasih sebab sebelum papa dan mama buat keputusan, papa dan mama berbincang dulu dengan Ella. Ella sebenarnya dah putus dengan Fir hampir dua minggu yang lalu. Ella tak nak Firman pa, ma..” rintih Isabella dihujung katanya. Wajah kecewa ditayang pada Tan Sri Razlan dan Puan Sri Suraya. Kedua-dua lelaki dan wanita separuh umur itu berpandangan sesama sendiri. Jelas mereka terkejut. Sangkanya hubungan anak tunggal mereka dengan Firman baik-baik sahaja.
“Tapi kenapa? Setahu mama Ella sayang dan cintakan Firman?”giliran Puan Sri Suraya mencelah.
“Firman curang dengan Ella. Dia tak jujur. Dia ada perempuan lain. Ella nampak dengan mata kepala Ella sendiri yang dia dengan perempuan tu berpelukan ditempat awam. Ella kecewa papa, mama. Ella tak nak Firman. Ella benci tengok muka dia.” Isabella mula menagis teresak-esak dibahu Puan Sri Suraya.
“Papa please do something.” Puan Sri Suraya berbisik pada suaminya supaya berkata sesuatu. Tan Sri Razlan meraup wajahnya. Dia kecewa dengan sikap Firman yang sanggup melukai hati anak kesayangannya tapi memikirkan hubungan business diantara dua keluarga membuatkan dia serba salah pula.
“Tapi..” Tan Sri Razlan berjeda.
“Papa, orang sanggup buat anak kita macam ni, papa nak fikir lagi pasal business?” Puan Sri Suraya berkata dengan nada yang tidak puas hati. Makin kuat tanggisan Isabella.
“Betul ni Ella?” soal Tan Sri Razlan ragu-ragu. Tangan anaknya dicapai lalu digengam erat.
“Pernahkah selama ni Ella tipu papa dan mama?” jawab Isabella juga dalam bentuk soalan. Tan Sri Razlan menganguk kepalanya perlahan. Dia akan lakukan apa sahaja demi anak kesayangnya ini. Satu-satunya anak yang dia ada.
“Baiklah. Papa tak akan terima pinangan dari keluarga Firman.” Tan Sri Razlan memutuskan. Isabella terus memeluk Tan Sri Razlan erat. Pipi tua papanya dicium sebagai tanda terima kasih.
“Papa, mama..Ella nak minta satu lagi pertolongan dari papa dan mama.”
“Apa dia sayang, cakap lah.”gesa Puan Sri Suraya.
“Ella nak bercuti. May be it will takes time about 1 month.”
“Nak bercuti rupanya. Papa ingatkan apalah tadi. Ella buat papa dan mama risau la.” kata Tan Sri Razlan bersahaja sambil ketawa kecil.
“Oke, mama bersetuju sangat kalau Ella bercuti. Boleh tenangkan fikiran Ella. Ella nak pergi mana? UK? Landon? Belanda? Nanti papa dan mama boleh uruskan.”
“Nope! Ella bukan nak bercuti kat overseas..Ella nak masuk village.” ujar Isabella dengan sedikit teragak-agak. Dia takut penerimaan papa dan mamanya dengan kehendaknya yang satu ini.
“Village? Biar benar Ella? Papa tak izinkan anak papa masuk village.” tegas Tan Sri Razlan memutuskan. Dia bukan apa, hanya bimbangkan keselamatan Isabella sahaja. Selama ini mana Isabella pernah hidup susah. Anaknya terlalu manja.
“But..please papa, mama..” Puan Sri Suraya tidak bersuara. Dia sebenarnya setuju benar dengan keputusan si suami.
“Ella, tak pernah hidup susah. Apatah lagi berjauhan dengan papa dan mama. Papa dan mama hanya risaukan keselamatan Ella saja.”
“You have to trust me. I can handle it. Please papa, mama..please!” Isabella memujuk lagi.
“Ella..”
“Papa..trust me, I can take care myself. Oke, Ella janji Ella akan sentiasa update pada papa dan mama.” Isabella mengangkat tapak tangan selaras dengan bahunya seperti orang sedang berirar. Tan Sri Razlan dan Puan Sri Suraya saling berpandangan sebelum Tan Sri Razlan dengan perasaan yang teramat berat mengangguk kepalanya. Isabella bersorak riang. Dia lekas bangun mencium pipi papa dan mamanya sebelum berlari naik anak tangga untuk kebiliknya.
……………
“Isabella adalah…” nyanyian Budi terhenti apabila gitar buruknya dirampas oleh Lut. Terkejut Budi dibuatnya. Hantu apa yang merasuk si bos.
“Mulai saat ni, minit ini, jam ini, hari ini dan seterusnya aku tak mau hang dok nyanyi lagu Isabella dah. Hang reti?”
“Awat plak abang Lut. Bukan ka hang suka lagu Isabella tu.” balas Budi yang masih tidak mengerti dengan perubahan Lut.
“Buat saja la apa yang aku suruh. Hang ni banyak soal plak.” bidas Lut geram. Gitar buruk kembali didalam dakapan Budi.
“Hang ni Budi, cikgu Lut kan dah bertunang dengan cikgu Lisa, buat apa lagi cikgu nak nyanyi lagu Isabella, baik dia nyanyi lagu cikgu Lisa.” celah salah seorang kawan Budi yang kerap melepak digerai burger Lut. Kemudiannya riuh suasana gerai tersebut dengan sorakan budak-budak yang datang melepak.
“Ada ke lagu cikgu Lisa?” Budi bertanya lagi. Dia mengaru kepala tanda berfikir.
“Dah lah. Abang nak balik sat ambik roti. Hang tunggu gerai. Sat abang mai balik. Ha tu customer, pi layan.” sejurus berkata demikian Lut berlalu dengan motorsikalnya.
Sedang Budi menbungkus burger terakhir yang dipesan oleh pelangan mereka, sebuah kereta mewah jenis Audi R5 berhenti betul-betul dihadapan gerai. Semua mata anak muda yang berada digerai tersebut memusatkan pandangan masing-masing pada kereta mewah tersebut. Masing-masing ternanti siapalah empunya kereta tersebut.
Skirt hitam separas paha. Baju kemeja sendat berjalur putih gold. Beg tangan berjenama Gucci. Kasut bertumit tinggi dari Jimmy Choo. Barangan mewah tersebut tersarung elok ditubuh langsing milik Isabella. Rupa paras yang menawan memukau pandangan pemuda-pemuda kampung dihadapannya kini. Isabella tersenyum lebar. Pintu kereta ditutup lalu dia berjalan dengan penuh yakin menghampiri Budi yang dari tadi asyik memandaangnya tidak berkelip.
“Hello, hai..” sapa Isabella gugup. Kenapa semua pandang macam nak telan je? desis hati Isabella ragu-ragu. Namun senyuman tetap dihulurkan.
“Ha..ha..haiii” Budi menbalas dengan sedikit tergagap. Aiseyman, tergagap la pulak..
“Boleh I tanya? Ini gerai Lut?” Budi tersengih sebelum mengangguk laju. Perempuan mana pula yang bertanyakan abang Lut ni?
“Ye, ye cik adik. Ini memang gerai abang Lut. Ada apa-apa boleh saya tolong?” celah Husin tiba-tiba. Husin datang menghampir sambil menayangkan senyuman yang menampkkan giginya yang sedikit kekuningan akibat merokok. Isabella memaksa diri untuk terus senyum.
“Boleh I jumpa dengan Lut?” soal Isabella lagi pada Budi.
“Boleh, tapi abang Lut balik sat ambik barang. Tunggu dulu. Sat dia mai la. Cik duduk dulu.” beritahu Budi sambil menghulurkan sebuah kerusi plastik pada Isabella.
“Tak mengapa, terima kasih. I tunggu dalam kereta.” balas Isabella sambil berlalu menuju ke kereta.
“Hui lawa siot awek tu. Agak-agak hang dari mana? Apsal dia cari cikgu Lut ha?” tanya Adib dengan wajah kehairanan. Budi kehilangan kata. Dia hanya mampu menjongket bahunya sahaja tanda tidak tahu.
………
20 minit menunggu, Lut muncul dengan motorsikalnya penuh dengan bungkusan roti. Demi sahaja melihat kelibat Lut, Budi menghampiri Lut. Lut sendiri pun kehairanan melihat kereta mewah tersidai dihadapan gerainya.
“Kereta siapa ni?” Tanya Lut sambil menongkat motosikalnya. Bungkusan roti burger dihulurkan pada Budi.
“Tu yang aku nak habaq kat abang ni. Ada orang cari abang Lut. Tu dia tunggu dalam kereta.” Budi memberitahu sambil menyambut bungkusan roti yang dihulurkan.
“Siapa?” soal Lut lagi. Budi mengangkat bahu tanda tidak tahu. Lut mengalih pandangannya pada pemuda-pemuda kampung yang turut berada didalam gerainya. Wajah mereka semua juga penuh dnegan tanda tanya.
“Tak apalah. Aku pi tengok sat. Tu customer mai. Hang layan sat.” balas Lut bersahaja. Budi kembali ke stesen memasak sambil melayan pelangan mereka.
Sementara itu, Lut menghampiri kereta mewah tersebut. Cermin gelap dibahagian pemandu diketuk beberapa kali. Sebaik sahaja cermin tingkap diturunkan, demi melihat senyuman manis itu wajah Lut berubah. Dia kenal benar dengan perempuan itu walaupun sekadar berkongsi gambar di WhatsApp dan facebook. Pantas sahaja Lut berlalu. Isabella turun dari keretanya. Langkah panjang Lut dikejar. Biarlah aksi mereka menjadi tontonan manusia yang berada digerai burger Lut, Isabella tidak peduli sama sekali.
“Lut, please! Lut..” panggil Isabella. Langkah Lut tetap dikejar. Kini mereka agak berjauhan dari gerai.
“Awak nak apa Isabella Tan Sri Razlan. Cukuplah kata-kata hinaan awak pada saya. Penipuan awak. Dari mana awak datang, saya mohon tolong pergi. Kedatangan awak tidak dialukan disini.” langkah Lut tiba-tiba terhenti dan terus berpaling tanpa amaran. Isabella yang tidak sempat berbuat apa-apa, terlangar tubuh Lut. Mukanya tersembam didada Lut. Cepat-capat Isabella membetulkan posisinya. Lut pula buat memandang kearah lain. Dada masing-masing berdebar sakan.
“I..i..datang nak minta maaf pada you atas semua kesalahan i. I menyesal. Sebenarnya I tak bermaksud nak tipu you. I langsung tak terfikir nak menghina you.” terang Isabella dengan yakin. Dia betul menyesal dengan apa yang telah dilakukan pada Lut.
“Saya maafkan awak, tapi dengan satu syarat.” Lut hela nafasnya perlahan sebelum kembali menyambung katanya. Isabella yang sedikit teruja ternanti-nanti syarat Lut. “Syaratnya, awak kena pergi dari sini. Ini kali pertama dan terakhir kita bersua muka. Lepas ni saya tak mahu lihat lagi muka awak. Anggaplah kita tak pernah kenal.” demi sahaja mendengar kata-kata Lut, wajah Isabella berubah riak. Dia langsung tidak menyangka itu syaratnya. Amat berat sekali. Air mata bergenang ditubir mata. Pedih dan sakit hatinya.
“Sampai begitu sekali you bencikan i? Dah tidak ada rasa cinta dan sayang you pada i?” luah Isabella dengan nada sebak.
Lut mengeluh perlahan. Dia keraskan hatinya. Enggan mahu bersimpati dengan kesedihan yang ditanggung oleh Isabella. Mungkin air mata dan kata-kata insaf dari Isabella hanya lakonan semata-mata.
“Sayang saya bermula dengan rasa percaya, hilang rasa percaya, tiada rasa sayang tu. Harap awak paham.” balas Lut sambil berlalu ke gerainya. Isabella kehilangan kata.
“Lut, I akan buat apa sahaja untuk dapatkan balik rasa sayang you. I tak akan pergi dari sini. I tetap nak tunggu you.” jerit Isabella. Lut tetap tidak berpaling. Isabella sebak.
……….
“Cik duduklah. Cik nak order tak burger? Kalau cik nak tau burger abang Lut sedap tau.” Budi memulakan bicara. Kerusi plastik dihulurkan pada Isabella. Isabella tersenyum tipis menyambut pemberian Budi lalu duduk.
“Burger apa yang special?” Tanya Isabella sambil tersenyum manis. Sesekali dia menjeling pada Lut yang sibuk membakar daging diatas pemangang. Lut langsung tidak menoleh padanya. Apatah lagi hendak senyum. Kehadirannya seolah-olah tidak dipedulikan. Hanya Budi yang ramah melayannya bersama kawan-kawannya yang lain.
“Burger special Lut. Sedap baq hang. Nak try dak?” pelawa Budi sambil tersengih. Isabella mengangguk kecil. Apa salahnya mencuba.
“Ada ke orang KL, anak tan sri nak makan burger tepi jalan macam ni Budi. Tolonglah realistik sikit.” celah Lut dengan suara yang dingin. Isabella tersenyum kelat. Budi kehilangan kata. Dia serba salah pula melihat muka bosnya yang moody semacam, muka gadis dihadapannya yang tidak diketahui nama.
“Ada. Budi kan? I nak burger special Lut.” Budi menyukir senyuman. Ibu jari diangkat tanda bagus.
“Tapi i nak abang Lut yang buatkan. Barulah special kan..” sambung Isabella lagi. Lut sudah memandangnya dengan pandangan yang kurang senang. Budi bersorak sambil menepuk bahu Lut.
“Setuju sangat. Erk..?” Budi mengarukan kepalanya.
“Nama saya Isabella Razlan.” cepat-cepat Isabella memperkenalkan dirinya. Tunggu Lut kenalkan dirinya pada Budi memang tidaklah.
“Isabella? Jadi Isabella memang wujud?” Budi bersuara perlahan sambil memandang kearah Lut yang menjelingnya. Kata-kata Budi walaupun perlahan tetapi jelas dipendengaran Isabella.
“Apa yang wujud?” soal Isabella kehairanan.
“Abang Lut..”
“Budi hang pi basuh telur tu.” tidak sempat Budi meneruskan kata-katanya, Lut mencelah. Budi mengangkat bahu lalu menuruti sahaja arahan Lut.
………….
“Abang Lut, hang tak kesian ka tengok cik Isabella tu. Dari tadi dok tunggu abang Lut.” bisik Budi sambil tangannya ligat mengemas stesen memasak. Lut mencuri pandang kearah di mana Isabella sedang menunggunya sambil memeluk tubuh dek kesejukkan dan menampar nyamuk yang mendekatinya. Lut menjeling jam ditangan. Waktu sudah hampir pukul 12.00 tengah malam.
“Biaq kat dia. Banyak pilihan yang dia boleh buat, awat kesusahan juga yang dia pilih.” balas Lut tanpa perasaan. Budi mendecit. Tak sangka betul Lut seperti ini bila layan perempuan.
“Abang Lut, kesian la. Dah la dia pon pakai tak cukup kain, sejuk tu. Aku rasa Isabella ni bekas awek abang kot, tapi kenapa abang Lut layan dia macam tu? Hmm, bagi aku bawak balik la abang Lut. Buat bini, mak suka ni.” kata Budi lagi.
“Hang diam boleh dak. Dari tadi dok bercakap. Naik rimas aku.” bidas Lut.
“Eleh, jeles cakap ja la jeles..Ish abang Lut ni, aku cuma hairan saja. Tak pernah tengok abang Lut layan perempuan sampai macam tu sekali. Dia ada buat apa-apa ka dekat abang Lut sampai aku nampak abang Lut macam marah benar kat cik Isabella tu.” tanya Budi lagi. Dia betul-betul hairan. Banyak juga persoalan di mindanya yang perlu dirungkaikan.
Kerja Lut tergendala sejurus mendengar kata-kata Budi. Isabella ni memang degil betul. Tak pasal-pasal dia yang kena. “Hang jaga gerai. Kalau nak tutup awai pon tak apa, aku nak hantar cik Isabella balik rumah sat. Sat aku mai, kita tutup gerai.”
Budi mengangguk perlahan tanda faham.
………
Lut memberi salam. Tidak lama kemudian pintu utama dibuka dari dalam. Terjengul wajah Mak Kiah dengan senyuman.
“Awal hang tutup gerai Lut.” tegur Mak Kiah sejurus memjawab salam.
“Saja tutup awai mak. Mak kita ada tetamu.”
“Siapa pula mai pagi-pagi buta ni?” tanya Mak Kiah kehairanan. Lut melangkah masuk diikuti seorang perempuan cantik. Terkejut Mak Kiah dibuatnya. Perempuan mana pula dibawa pulang oleh anak terunanya ini.
“Mak cik apa khabar?” sapa Isabella sambil tunduk bersalam dengan Mak Kiah.
“Baik. Anak siapa ni hang bawak balik ni? Jemput masuk. Duduk lah.” Mak Kiah memperlawa perempuan muda itu duduk di sofa. Lut sudah menghilang ke biliknya.
“Saya Isabella Razlan. Panggil Ella je. Saya kawan Lut. Saya datang dari KL. Kalau boleh saya nak menumpang kat rumah mak cik dalam seminggu dua. Saja saya nak bercuti kat kampung.” ujar Isabella. Dihatinya sangat berharap Mak Kiah membenarkan.
“Boleh, boleh aih..Mak cik tak dak apa-apa masalah. Sat nah, mak cik nak tunjukkan biliknya.” Mak Kiah tidak lagi bersoal panjang sementelah hari pun sudah lewat malam. Sudah tentu tetamunya ingin berehat. Mak Kiah segera menunjukkan bilik buat Isabella sebelum meminta diri untuk tidur.
……………
Pagi itu Isabella bangun awal. Semalaman dia tidak lena tidur kerana diganggu oleh nyamuk. Hampir ke subuh apabila dia mahu tidur terdengar bunyi dentingan pingan mangkuk dari arah dapur. Isabella terasa terganggu untuk teruskan niatnya untuk tidur. Lantas dia mengambil keputusan untuk keluar dari bilik menyertai Mak Kiah di dapur.
Langkah Isabella terhenti seketika. Sijil yang tergantung memenuhi ruang dinding dan piala yang terhias diatas meja disudut ruang tengah rumah menarik minat Isabella. Sijil yang elok diletakkan didalam frame diambil dan dibaca ayat yang tertera. Lepas satu sijil, sijil yang lain pula diperhatikannya.
“Sijil tu semua kepunyaan Lut. Harta kesayangan dia.” tegur Mak Kiah menghampiri Isabella. Isabella tersentak. Mujur sijil yang berbingkai cantik itu tidak jatuh.
“Lut minat bola sepak ye mak cik?”
“Pantang sebut bola sepak. Semua dia tahu.” jawab Mak Kiah sambil ketawa kecil. Isabella juga ikut ketawa.
“Jom pi nyorok dulu. Sat gi mak cik nak pi pasar beli barang basah. Mak cik nak masak special hari ni untuk tetamu mak cik ni.” kata Mak Kiah sambil berlalu ke dapur. Isabella terpingga sendiri. Nyorok? Apa tu? Seumur hidupnya tak pernah dengar pun perkataan aneh itu. Namun, Isabella turut juga langkah Mak Kiah kedapur yang sederhana besar.
“Duduk Ella.” pelawa Mak Kiah. Isabella terus duduk. Mak Kiah menuangkan jus orange kedalam gelas dihadapan Isabella. Isabella lihat diatas meja sudah tersedia roti sandwich bersama dengan butter. Tidak ketinggalan juga karipap yang baru siap digoreng yang masih lagi panas.
“Ni roti dan butter ni Lut yang belikan tadi. Takut Ella tak makan kuih melayu kata Lut. Makan lah..” beritahu Mak Kiah lembut. Mak Kiah menutup api diatas dapur lalu duduk menyertai Isabella dimeja.
Ella tersenyum nipis. Tersentuh sedikit dengan sifat prihatin Lut walaupun dalam membencinya. “Ella makan je apa yang ada dihadapan Ella mak cik. Mana Lut?” soal Isabella. Dari tadi dia tidak nampak kelibat Lut.
“Lut dah kuar pi kerja pagi-pagi buta lagi. Ada hal katanya.” balas Mak Kiah sambil menguyah karipap berintikan kentang.
“Lut kerja apa mak cik? Gerai burger tu?” soal Isabella lagi dengan wajah kehairanan. Awalnya Lut buka gerai burger. Siapa yang nak makan burger pagi-pagi buta macam ini. Setahunya gerai burger akan mula beroperasi diwaktu petang dan malam.
“Lut tak habaq ka dia kerja pa?” Mak Kiah pula hairan. Kawan apa kalau macam ni, masing tak tahu hal kawan sendiri.
Isabella mengeleng kepalanya sahaja.
……..
Isabella membetulkan rambutnya yang keperangan melepas parang bahu. Kaca mata hitam Rayban terletak elok dibatang hidung yang mancung. Dia mengenakan skirt separas paha dan kemeja. Beg tangan berjenama Gucci special edition sentiasa disisinya. Isabella memakirkan keretanya dihadapan pejabat sekolah. Selepas diberitahu oleh Mak Kiah yang Lut seorang guru disekolah menengah ini, terus tidak sabar Isabella mahu berjumpa dengan Lut.
“Hello, hai..excuse me. I nak jumpa dengan cikgu Lut.”
“Oh, sekejap ya cik, saya nak panggil cikgu Lut.” balas kerani perempuan tersebut sambil tidak lepas-lepas memerhati penampilan Isabella. Isabella perasan riak kurang senang diwajah kerani itu, tetapi Isabella tetap melemparkan senyuman.
“Hai. Nama siapa?” Isabella menegur 2 pelajar lelaki yang berdiri tidak jauh dari keretanya. Budak-budak lelaki itu tidak habis-habis menilik kereta mewah milik Isabella.
“Khairul dan ini kawan saya Hafis. Cik ni siapa?”
“I Isabella. Panggil je kak Ella. I nak tanya, Khairul kenal cikgu Lut?” Isabella bertanya ramah. Kedua-dua budak lelaki itu mengangguk serentak.
“Kenai..cikgu Lut, guru kelas kami. Nak jumpa dia ka?” budak yang bernama Hafiz mencelah. Isabella tersenyum lebar lalu mengangguk laju. Beg tangan dibuka dan dompet yang agak berat itu dicapai. 2 not RM50 dikeluarkan lalu dihulurkan pada Khairul dan Hafiz. Bercahaya muka kedua budak lelaki tersebut.
“Ini bukan rasuah. I nak bagi sumbangan. Ambik.” kata Isabella lagi sambil menghulurkan wang tersebut. Khairul dan Hafiz segera berlalu untuk memanggil cikgu Lut. Waktu-waktu macam ini selalunya cikgu Lut tiada kelas, lalu mereka menuju kebilik guru.
………
“Amboi dah bertunang pon malu-malu.” usik cikgu Musa sambil tersengih seperti kerang busuk. Memerah muka Lisa dan Lut.
“Bila nak langsung cikgu Lut?” soal cikgu Hamidah. Dia mendekati Lut sambil menghulurkan buku rujukan sains yang dipinjamnya dari Lut.
“Insyaallah, pertengahan bulan depan.” jawab Lut sambil menjeling muka Lisa yang kedudukan mejanya selang 2 meja dari depannya.
“Tak lama dah tu. Jangan lupa jemput cikgu Lut, cikgu Lisa.” sahut cikgu Manisah yang berstatus janda itu.
“Assalamualaikum cikgu Lut.” ucap Khairul pada Lut. Ucapan salam dari Khairul mencuri tumpuan semua guru yang berdekatan denagn mejanya termasuk cikgu Lisa.
“Waalaikumusalam. Ha Khairul, Hafiz kenapa? Ada masalah? Pergi ambik kerusi duduk.” balas Lut sambil ramah menghulurkan senyuman buat anak didik kesayangannya.
“Cikgu Lut, ada perempuan cantik, cun melecun macam anak omputih nak jumpa cikgu sekarang juga. Dia tunggu cikgu kat depan pejabat.” beritahu Khairul. Wajah Lut serta merta berubah. Dia tahu sangat siapa yang ingin berjumpa dengannya kalau bukan Isabella. Ciri-ciri yang digambarkan oleh Khairul pun dia sudah menganggak siapa.
“Siapa nama perempuan tu Khairul?” cikgu Musa menyampuk.
“Ala, lupa la plak nama dia apa.” balas Khairul. Hafiz disebelah senyap sahaja.
“Tak apalah, kamu dua boleh masuk kelas.” balas Lut perlahan. Aduhai, apa pula Isabella nak ni sampai cari dia ke sekolah. Haru betul.
Hati Lisa berdebar. Siapa gerangan perempuan cantik dan seperti anak orang putih yang dikatakan Khairul itu. Lisa diserbu perasaan cemburu yang amat sangat.
……….
Lut segera menghampiri Isabella yang duduk dikerusi batu bersebelahan pejabat. “Kenapa awak datang sini?” soal Lut sambil menahan perasaan geram.
“Lut, I saja nak datang melawat you. Tak sangka you seorang guru.” balas Isabella teruja sekali. Namun kata Isabella hanya dibalas dengan jelingan sahaja.
“So? You nak cakap yang kerjaya saya sebagai guru satu kerjaya yang low class?” bidas Lut, serius. Berubah terus air muka Isabella apabila kata-katanya disalah anggap oleh Lut sebegitu sekali.
“I tak bermaksud pun nak cakap macam tu.” kata Isabella perlahan sambil mengawal perasaan sebaknya.
“Dahlah, awak tolong pergi dari sini. Awak tak malu ke datang ke sekolah dengan berpakaian jalang macam ni?”
Menitis terus air mata Isabella yang cuba ditahan. Pedih hatinya apabila Lut menghinanya menyatakan yang dia perempuan jalang. Sampai hati Lut. Tanpa sebarang kata pantas Isabella berlari anak kearah keretanya.
“Isabella Tan Sri Razlan.” panggil Lut lemah. Lut memicit kepalanya. Dia menyutuk dirinya yang terlalu mengikut perasaan marah sehingga sanggup menghina gadis itu. Panggilan Lut tidak diendahkan. Cecair ditubir mata diseka rakus.
Lut pantas mengejar. Lengan Isabella ditarik supaya Isabella menghadapnya. Hati Lut tersentuh melihat air mata diwajah Isabella yang mencacatkan sedikit makeupnya.
“I am sorry.” ucap Lut kesal. Tanpa berkata apa-apa lagi lengan Isabella diheret ke tempat duduk sebelah pemandu. Lut masuk kedalam kereta. Kereta Isabella dipandu sehingga luar kawasan sekolah. Sepi diantara mereka.
“Lagi 10 minit waktu sekolah tamat. Tunggu sehingga saya datang.” kata Lut lalu keluar. Lut kemudian berlari anak masuk semula kedalam kawasan sekolah.
……….
Lisa memerhati dari jauh. Perasaan cemburu membuak-buak apabila melihat Lut memegang tangan perempuan cantik itu. Memang betul kata Khairul, perempuan itu memang cantik kalau nak dibandingkan dengannya, dia jatuh entah ke numbor berapa. Siapa perempuan itu? Hati Isabella dijentik rasa ingin tahu yang melampau.
………
Dari hujung taman, Lut duduk bersandar pada kerusi yang disediakan untuk para pengunjung. Leka dia memerhati Shahrul dan Arina saling mengejar Isabella. Sesekali Lut tersenyum senang apabila Shahrul dan Arina memeluk Isabella. Isabella pun nampaknya seperti tidak kekok melayan kedua-dua anak buah kesayangannya. Selepas sahaja waktu sekolah tamat tadi Lut membawa Isabella menjemput Shahrul dan Arina dari sekolah sebelum mereka ke pekan untuk membeli belah pakaian Isabella.
“Lut, now fair between you and me.”
“What do you means?” balas Lut sambil leka memandu.
“I pernah hina you then now you pernah hina i. So, it fair. 0-0. Why not kita berbaik sahaja. Tak ada sebab untuk you benci I lagi.” kata Isabella lancar.
“Tapi awak tipu saya..” Lut berkata seolah-olah berbisik. Namun dapat didengar jelas oleh Isabella. Isabella menghembus nafasnya perlahan.
“Don’t judge without know the reason. I have my own reason.”
“Whatever..”
Lut mendengus. Itulah antara perbualan singkat diantara mereka tadi. Lut sukar untuk menidakkan perasaan sayang dan cinta pada Isabella masih ada. Waima perasaan itu makin bercambah saat bertentang mata dengan anak dara Tan Sri Razlan itu. Tetapi memikirkan status, Lut keraskan hatinya. Masakan enggang boleh terbang bersama pipit.
………
Isabella mengenakan t-shirt berlengan panjang bersama dengan seluar track berwarna hitam. Rambut yang keperangan hasil dari pewarna dibiarkan lepas. Key berwarna hitam diikatkan dikepala melindungi separuh dari rambutnya. Wang hasil jualan burger malam itu dikiranya sekali lalu sebelum kembali disimpan dalam laci di stesen memasak. Budi disebelahnya sibuk memotong halus lobak merah dan sayur kobis.
“Bestkan jual burger. Kalau I tahu jual burger best, I nak jual burger.” kata Isabella riang. Kata-kata Isabella disambut dengan ketawa Budi.
“Amboi untung besaq la kalau macam tu. Tauke burger cun melecun. Malam ni pon sale luaq biasa. Orang berderu mai beli burger sebab awek cun macam omputih masak” balas Budi masih lagi ketawa. Isabella pon ikut ketawa.
“Budi, I nak tanya satu hal kat you.” suara Isabella bertukar serius.
“Awat? Satu ja nak tanya? Awat tak tanya banyak sikit. Demi hang aku sanggup jawab beribu soalan pon.” balas Budi mengusik. Bukan senang nak mengusik. Nasib baik Lut tiada bersama ketika itu. Lut pulang kerumah sebentar mengambil stok roti dan daging yang hampir habis.
“3 hari lepas, masa I kenalkan diri I Isabella, you ada cakap Isabella wujud rupanya. Apa maksud kata-kata you tu?”
Budi tersengih. Dia mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Tidak tahu macam mana nak terangkan pada Isabella sebenarnya. “Sebelum ni, abang Lut memang suka betoi nyanyi lagu Isabella. Ala lagu 90 an jiwang kapak tu. Macam tak dak lagu len aih. Cemuih kami dengaq. Sebab tu bila hang kenalkan diri sebagai Isabella, aku terkejut. Tak sangka lagu Isabella yang dia nyanyi tu untuk hang.” jelas Budi. Isabella terdiam tanpa sebarang kata. Sungguh dia terharu. Begitu rasa sayang dan cinta Lut padanya walaupun pada masa itu mereka tidak pernah bersua muka.
“Tapi, lepas dia bertunang dengan cikgu Lisa, kami tak dengaq..”
“What? Apa maksud you? Bertunang?” pintas Isabella terkejut. Budi pula terpinga-pinga.
“Ya lah, abang Lut tak habaq ka yang dia dah bertunang dengan cikgu Lisa 2 minggu lepas. Pertengahan bulan depan nak nikah dah.” jelas Budi. Perjelasan Budi tersebut bagai ada sesuatu yang amat berat seolah-olah menimpa diri Isabella. Lemah kedua-dua belah kaki Isabella.
“I don’t know..” bisik Isabella perlahan. Air matanya bergenang. Nampaknya dia terlambat untuk dapatkan semula sayang dan cinta Lut. Semuanya berpunca daripadanya. Dia tidak pernah nampak keikhlasan hati Lut.
“Then..?”
“Lepaih tu? Hmm lepaih tu, abang Lut dah tak nyanyi lagu Isabella. Kami semua pon dia marah kalau nyanyi lagu tu.” sambung Budi lagi. Isabella mengangguk kecil sambil tersenyum tawar. Motosikal milik Lut menghampiri gerai. Isabella pura-pura kembali gembira apabila Lut mendekatinya sambil menyerahkan bungkusan roti dan daging.
“Macam mana? Oke?” soal Lut sambil melemparkan senyuman manis. Isabella pantas mengangguk laju. Sebuah bekas plastik dihulurkan pada Isabella. Isabella hairan.
“Apa ni?” bekas itu disambut jua.
“Makanlah. Saya buat sendiri tadi.” balas Lut masih lagi tersenyum. Isabella membuka penutup bekas yang berwarna putih itu. Burger bakar? Nampak begitu menyelerakan.
“Saya tunaikan janji saya dulu. Burger bakar special untuk awak. Tak ada digerai lain. Special edition and limited edition.” balas Lut bersahaja. Isabella cukup terharu. Air matanya laju sahaja mengalir. Sungguh tak sangka Lut masih ingat lagi janjinya.
“La.. orang suruh makan pon nak riau. Bukan suruh pi perang.” celah Budi sambil berlalu meninggalkan pasangan tersebut. Budi menyertai kawan-kawannya yang lain yang melepak di gerai Lut. Serentak itu Lut dan Isabella ketawa.
“Hmm, hmm..assalamualaikum.” salam yang dihulurkan mencuri tumpuan Lut dan Isabella. Isabella berhenti menguyah burger bakar.
“Waalaikumusalam. Lisa nak burger?” Isabella memerhati Lisa. Oh inilah rupanya cikgu Lisa. Not bad. Cantik lagi aku..hati Isabella dijentik rasa cemburu.
“Lama tak makan burger abang. Teringin.” kata Lisa lembut. Lut sengih. Isabella mencebik. Meluat.
“Duduklah dulu.” pelawa Lut sambil mula menyiapkan burger yang ditempah Lisa.
“Nak I tolong?” celah Isabella menghampiri Lut. Burger bakar selamat sudah menghuni perutnya.
“Dah habis makan?” soal Lut. Isabella menganguk kecil. Sesekali Isabella menghadiahkan jelingan tajam pada Lisa yang hanya memerhati.
“Siapa ni abang?” soal Lisa. Buat-buat tanya.
“Owh, ini..”
“I Isabella Tan Sri Razlan. ISABELLA. Kawan Lut. Kalau tahu lagu Isabella dari kumpulan search mesti ingat nama i.” ujar Isabella laju sahaja memintas kata-kata Lut. Demi mendengar sahaja kata-kata Isabella wajah Lut dan Lisa berubah. Lisa mengetap bibir. Dia teringat tentang perbualan dengan Lut dahulu tentang lagu Isabella. Lisa mula tidak keruan. Pelbagai andaian didalam mindanya.
“Aouch!” jerit Isabella kecil sambil memegang jarinya. Hujung jari telunjuknya melecur terkena kuali pemanggang yang panas. Tersentak Lut dibuatnya. Jari Isabella dicapai. Merah. Isabella mula menangis. Pantas tanpa sedar jari Isabella dibawa kemulut. Isabella terkesima. Lisa sudah membulat matanya. Tidak menyangka sejauh itu tindakan Lut.
“Budi!” panggil Lut separuh menjerit. Budi menghampiri.
“Abang, tak apa biaq Lisa yang balutkan luka.” cepat-cepat Lisa memperlawa untuk merawat luka Isabella yang tidak seberapa itu. Lut sempat memandang Budi. Budi mengangkat bahu lalu menyambung kerja Isabella yang tertangguh.
“Tak apalah kalau macam tu. Terima kasih Lisa.” Lisa tersenyum senang sambil menarik tangan Isabella duduk dimeja yang disediakan.
“Awak tahu kan Lut tunang saya?” Tanya Lisa perlahan sambil membalut luka Isabella. Isabella menarik muka masam. Dia benci hakikat itu sebenarnya.
“Kenapa? You rasa dengan kehadiran I, you rasa tergugat?” bidas Isabella. Wajah Lisa merah padam. Tahan marah barangkali, teka Isabella.
“Saya nak ingatkan tu je.. kehadiran awak dikampung ini tidak dialu-alukan sebenarnya.”
“Mana you tahu? You ketua kampung kah?” perli Isabella.
“Saya cintakan Lut. Saya sayang dia. Saya akan cuba pertahankan hak saya. Insyaallah. Oh ya jemput datang majlis pernikahan kami nanti.”
“I akan pastikan majlis tu tak akan berlangsung.” ugut Isabella sambil memandang wajah tenang lisa dengan pandangan tajam.
Lisa senyum cuma menambahkan rasa sakit hati dijiwa Isabella. Isabella menahan geram. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia ketuk kepala Lisa kasi pendek lagi perempuan perasan bagus itu. Sabar je la Isabella..
…………
“Jom la maksu. Jom lah!” teriak Arina dan Shahrul serentak sambil menarik tangan kedua-dua belah tangan Isabella. Isabella ketawa kecil melihat telatah si kembar comel itu. Saja dia jual mahal, buat-buat tidak mahu ikot kemahuan Arina dan Shahrul.
“Mak Su, jomlah. Best tau.” pujuk Shahrul. Arina pun turut memujuk lagi.
“Mana tau best?” Isabella tersenyum. Saja buat bolak balik. Hatinya berbunga bahagia apabila Arina dan Shahrul memanggilnya ‘mak su’. Budak-budak kadang-kadang naluri mereka betul. Moga-moga betul aku ‘mak su’ mereka, doa Isabella dalam hati.
“Arina tau lah. Jom lah maksu!”
“Hahaha, ok-ok, jom. Kak Ella saja je nak tengok sungguh-sungguh ke tidak Arina dan Shahrul ajak kak Ella.” Isabella berkata sambil ketawa mengekek. Dia bangun menurut sahaja langkah si kembar itu.
“Arina, Shahrul hati-hati sikit. Jaga kak Ella baik-baik. Lau paksu tau Arina dengan Shahrul buli kak Ella, habis.” pesan Mak Kiah separuh menjerit dari pintu dapur yang terbuka luas.
“Oke tuk wan.” balas si kembar serentak sambil bersorak gembira. Parit yang sederhana luas dibelakang rumah Lut dimasuki. Air dingin yang sangat jernih separas lutut itu membuatkan hati Isabella tercuit perasaan tidak percaya. Selama di Kuala Lumpur dia tidak pernah rasa pengalaman sebegini. Ada anak-anak pokok keladi yang kecil tumbuh melata disekitar parit. Didasar parit dipenuhi dengan batu-batu kecil yang pelbagai bentuk. Isabella menyingkap kain batik yang dipakainya separas lutut.
“Bestkan mak su?” soal Arina girang. Ditangannya terdapat sebuah bekas plastik berbentuk bulat dan berlubang-lubang halus.
“Best sangat. Eh, bekas apa tu Arina?” Tanya Isabella sambil duduk di tepi parit. Shahrul juga memegang bekas yang sama.
“Arina nak tangkap anak ikan lah. Nanti boleh bela.” jawab Arina lancar. Dia ke tepi parit lalu memulakan operasi menangkap anak ikan seperti dikata.
“Yeay dapat. Maksu tengok ni.” tiba-tiba Arina menjerit. Shahrul juga menjerit. Isabella mendekati Arina. Wow banyaknya anak ikan yang terperangkap dalam bekas plastik berlubang Arina. Isabella jadi teruja.
“Wow, cantinya anak ikan ni. Warna warni.” Isabella turut sama menjerit.
“Nanti boleh la kita bela anak ikan ni sampai dia besar kan maksu.” jawab Shahrul gembira.
………..
“Awat mak biaq kembaq tu bawak Ella p parit. Ella tu bukan biasa.” Tanya Lut sambil memandang telatah si kembar dan Isabella dari pintu dapur. Mak Kiah yang sedang menyiapkan minum petang tersengih.
“Ala, biaq lah dia rasa. Lagipun Ella yang setuju. Dia tak kata apa-apa, hang yang terlebih bimbang ni dah awat?” perli Mak Kiah bersahaja. Lut tidak membalas. Sesekali Lut mengukir senyuman melihat si kembar asyik memercikkan air pada Isabella. Isabella pun membuat benda yang sama.
“Dok senyum-senyum awat? pi la join.” usik Mak Kiah lagi. Karipap pusing didalam kuali diangkat kedalam pinggan. Baru dia tahu yang sebenarnya Isabella suka makan karipap. Katanya karipap yang dibuatnya sedap.
“Ni mak nak tanya hang. Mak tengok sebelum ni pantang handphone dok jauh sikit, macam nak riau. Kadang-kadang dok sengih sorang-sorang depan handphone tu, cakap pon slow ja. Lepaiah ja hang bertunang dengan cikgu Lisa tu, tak ada dah mak nampak hang macam tu. Sebelum ni hang dengan Ella ada apa-apa ka?”
Lut diam.
“Entah-entah Ella tu kekasih hang. Tapi awat pi bertunang dengan cikgu Lisa plak?” Mak Kiah mula buat andaian sendiri.
Lut masih lagi diam.
“Ni, Ella tau dak yang hang bertunang dah?” soal Mak Kiah lagi. Mak Kiah menanti jawapan dari Lut.
“Lut, mak tanya ni jawablah. Dok termenung awat?” Mak Kiah mula naik bosan dengan perangai Lut yang hanya diam.
“Lut pi depan dulu mak, nak cek kertas exam budak-budak sat.” jawab Lut bersahaja. Wajah Mak Kiah tidak dipandang. Namun Lut berhenti melangkah apabila terdengar jeritan dari Isabella dan berselang seli dengan Arina dan Shahrul. Cepat-cepat dia berlari laju menuju ke parit.
“Paksu! Paksu! Maksu pengsan.” jerit Shahrul. Lut menghampiri. Tubuh Isabella yang terkulai layu dicempung.
“Kenapa dengan kak Ella?” soal Lut cemas. Muka Arina dan Shahrul yang menangis dipandang silih berganti.
“Jawablah, paksu tanya ni.” gesa Lut. Namun si kembar tidak menjawab. Lut tanpa menunggu lagi dicempung tubuh Isabella ke pintu dapur. Suara Mak Kiah riuh dari dapur bertanyakan kenapa.
“Awat ni Arina, Shahrul. Awat kak Ella pengsan?” soal Mak Kiah risau benar.
“Isabella! Isabella bangun..” Lut menepuk-nepuk pipi Isabella beberapa kali namun Isabella masih tidak sedarkan diri.
“Jom bawak pi klinik Lut. Mak risau la.” cadang Mak Kiah.
“Paksu, maksu pengsan sebab kaki maksu ada darah.” beritahu Shahrul tergagap. Mak Kiah beristighfar. Lantas kain batik Isabella diselak. Sebaik sahaja kain itu diselak, kelihatan seekor lintah yang sedang rakus menghisap darah. Mak Kiah tersengih.
“Pengsan sebab takot lintah ni rupanya.” kata Mak Kiah sambil membuang lintah tersebut. Lut meghembus nafas lega. Ingatkan kenapa tadi, bisik hati Lut. Si kembar pun sudah berhenti menangis.
“Lut, hang pi bawak Ella masuk bilik dia. Sat mak buh ubat kat luka kaki dia.” Lut hanya menurut sahaja. Isabella dibawa kebilik tetamu dimana selama seminggu Isabella menginap disitu.
“Awat mak? Eh, anak ibu kenapa nangis ni?” tegur Latifah hairan. Si kembar berlari anak mendapatkan latifah lalu memeuk kaki ibu mereka.
“Kawan si Lut ni, pengsan sebab tengok lintah. Budak-budak ni tadi pi ajak mandi parit.” beritahu Mak Kiah sambil memegang sebotol minyak gamat. Latifah mengikut langkah Mak Kiah menuju ke bilik tetamu.
“Awat cantik sangat ni mak kawan Lut ni. Macam anak omputih ni. Tak sangka aku Lut hang ada kawan cun melecun ni.” puji Latifah dalam masa yang sama dia memerli Lut. Lut hanya menjeling sahaja Latifah.
“Hang jangan tak tau Tipah. Ni, anak tan sri ni. Bukan calang orang.” tambah Mak Kiah lagi.
“Amboiii, kereta mewah depan rumah dia punya ka? Aku ingat si Lut untung besaq juai burger tu.” bidas Latifah lagi mengusik adiknya sambil mengekek ketawa.
“Hang jaga sikit mulut hang kak Tipah. Hang ingat aku tak laku ka?” Lut mencebik lalu keluar dari bilik. Latifah masih lagi ketawa sakan. Si kembar sudah pun naik keatas katil. Arina berbaring disebelah kanan Isabella, manakala Shahrul pula berbaring disebelah kiri Isabella. Latifah tersenyum melihat telatah anaknya. Manja benar.
“Tok wan, mak su macam snowhite kan?” kata Arina perlahan.
“Ye lah. Ha, tiduq temankan kak Ella.”
……….
Malam itu, Isabella menolong Lut digerai. Ketiadaan pelangan malam ini memberi peluang untuk Lut dan Isabella berbual kosong.
“Tak bolehkah you belajar kembali cintai i?” soal Isabella perlahan. Angin malam yang dingin bagai mengusap wajahnya. Terasa nyaman. Lut hanya diam.
“I rindu you yang dulu.” sambung Isabella lagi.
“Saya tak nak cakap tentang semua ini.” balas Lut separuh berbisik. Perasaan cinta dan sayang pada Isabella sentiasa ada. Tetapi entah kenapa dia sukar untuk mengakui tentang perasaan itu setelah apa yang dilakukan Isabella. Hati sebenarnya sudah memaafkan tetapi tidak seiring dengan perbuatannya.
“Tak bolehkah kita mulakan sekali lagi?” Tanya Isabella sayu. Wajah Lut dipandang sayu.
Lut menghembus nafasnya perlahan. Satu soalan yang menyeksakan hatinya dari Isabella. “Isabella, saya sebenarnya dah bertunang dengan cikgu Lisa. Saya rasa untuk memulakan sekali lagi dengan awak itu mustahil. First come, first serve.” jawab Lut lalu bangun. Dia duduk menyertai Budi dan kawan-kawannya menyanyi dihujung gerai. Kata-kata Lut benar-benar meruntun hati perempuannya. Dia ingin menagis tetapi dikawal sebaik mungkin supaya air matanya tidak tumpah.
“Lut..i love you.” luah Isabella, namun 3 perkataan keramat itu sekadar bermain di hati.
…….
Pak Husin memberhentikan motosikal jenama Krissnya dihadapan gerai Lut. Pandangan Pak Husin tajam menikam wajah Isabella yang sedang menyapu mentega pada roti burger. Pandangan tajam Pak usin dibals dengan senyuman nipis.
“Hat ni ka kawan Lut?” soal Pak Husin garang pada Budi yang berdiri disebelah Isabella. Isabella terpingga-pingga apabila Pak Husin bertanya tentang dirinya pada Budi.
“Ya la Pak Husin. Awat? Nak beli burger ka Pak Husin?” Budi ramah bertanya. Pak Husin berdehem sebelum menbalas.
“Lut mana? Ada hal nak cakap sikit dengan Lut.”
“Abang Lut! Abang Lut!” panggil Budi sedikit menjerit. Lut yang berada dibelakang gerai cepat-cepat keluar. Lut segera bersalaman dengan Pak Husin.
“Ada apa Pak Husin?”
“Aku ada benda nak cakap sikit dengan hang Lut.” Pak Husin dan Lut bergerak agak jauh sedikit dari gerai Lut. Budi dan Isabella hanya memerhati.
“Siapa tu Budi?” soal Isabella yang masih asyik melihat kearah dua manusia itu yang sedang berbincang sesuatu.
“Tu la Pak Husin, ketua kampung ni. Bapa cikgu Lisa.” jelas Budi.
……..
“Aku sebagai orang tua, ketua kampung kat kampung ni, ayah kepada Lisa dan juga bakal bapa mertua hang, aku tergerak hati nak menegur apa yang buruk.” Pak Husin memulakan bicara.
“Apa maksud pak cik?” jawab Lut yang jelas tidak faham.
“Macam ni lah Lut, hang tak lama lagi dah nak jadi menantu aku. Hang tau dak heboh satu kampung ni yang hang kerap dok berdua dengan budak perempuan tu. Tinggal pula serumah. Aku takut benda buruk terjadi. Mana nak letak muka aku ni, muka si Lisa.”
Darah Lut terasa menyirap naik hingga ke kepala apabila mendengar kata-kata Pak Husin. Lut diam. Enggan membalas.
“Kalau hang betul-betul suka kat anak aku, jaga hubungan hampa elok-elok. Budak tu aku tengok tak senonoh. Macam tu ka hang nak buat bini?”
Cukup-cukup lah menghina Isabella Pak Husin, Isabella bukan macam tu, bentak hati Lut. Dada Lut berombak sakan menahan amarah. Kedua-dua belah tangan dikepal seperti siap sedia untuk menumbuk sesiapa sahaja.
“Dahlah Lut, pak cik balik dulu. Fikir elok-elok cakap pak cik ni.” kata Pak Husin dan berlalu pergi dengan motorsikalnya. Tinggal Lut yang masih menahan rasa marah dengan hinaan Pak Husin.
…….
“Bukan apa Kiah, aku nak sangat tengok Lisa dan Lut menjadi. Risau aku tengok dengan budak KL tu, aku takut dia gangu penikahan Lut dengan Lisa nanti.” luah Cik Som dengan suara yang penuh bimbang.
“Som, jangan risaulah. Majlis tu jadi. Kawan Lut tu tak akan buat perangai.” balas Mak Kiah. Lut yang kebetulan balik dari sekolah hendak kedapur terbantut. Dia mencuri dengar perbualan maknya dengan Cik Som.
“Kau yakin ke? Lisa beritahu aku sendiri, si budak perempuan tu ugut dia nak rosakkan majlis pernikahan depa. Aku risau la Kiah. Budak perempuan tu macam jahat ja. Macam nak buat kacau. Dah la berpakaian macam perempuan murahan. Katanya anak orang kaya, tapi miskin ja aku tengok. Dah pakaian pon tak elok, rambut berkarat, perangai pun macam pelacur la gamaknya.”
“Cik Som jangan nak menghina Isabella. Cik Som jangan risau. Ada jodoh saya dengan Lisa Insyaallah, majlis tu akan berlangsung. Tapi tolong, jangan cakap yang bukan-bukan tentang kawan saya.” pintas Lut dengan perasaan marah menyejutkan Mak Kiah dan Cik Som. Muka Cik Som juga sudah kelihatan pucat. Cik Som cepat minta untuk beredar.
“Isabella mana mak?” soal Lut pada Mak Kiah.
“Dalam bilik agaknya.” jawab Mak Kiah ragu-ragu. Lut segera meninggalkan ruang dapur. Bilik tetamu dituju. Pintu bilik diketuk kuat sambil memanggil nama Isabella berulang kali.
“Kenapa ni Lut?” soal Mak Kiah kelam kabut. Lut seperti bukan Lut anaknya.
“Kenapa Lut?” pintu bilik dibuka. Isabella mempamerkan wajah penuh hairan. Lut meluru masuk. Bagasi milik Isabella yang terletak ditepi almari diambil. Pintu almari dibuka dan semua baju Isabella dikeluarkan lalu dimasukkan kedalam bagasi itu.
“Lut, what happen?” soal Isabella separuh menjerit.
“Aku nak kau keluar dari rumah ni. Keluar dari kampung ni.” jerkah Lut tiba-tiba. Isabella dan Mak Kiah terlopong.
“But why?” jerit Isabella sambil menangis. Kali pertama Lut menjerkahnya dihadapan Mak Kiah.
“Kampung ini bukan tempat kau Isabella. Keluar”
“Awat dengan hang ni Lut? Bawak mengucap. Aku tak pernah ajar nak aku kurang ajar macam ni.”
“Mak tau dak, satu kampung ni riuh cakap pasal benda bukan-bukan pasal kita.”
“Awatnya? mulut orang bukan boleh tutup Lut. Yang penting kita tau apa yang kita buat. Biarlah orang nak kata apa pon.”
“Isabella, please tolong saya. Jika awak benar-benar sayangkan saya, tolong pergi dari sini. Terimalah hakikat yang kita tak mungkin akan bersama. Tak payahlah awak susah-susah nak raih perhatian saya, dapatkan balik cinta saya, nak gagalkan pernikahan saya, sebab saya tetap dengan keputusan saya. Pernikahan saya dan Lisa tetap akan berlangsung.”
“Lut, look at my eye! Say that you dont love me? Say it!”
Lut kehilangan kata. Isabella mendekat. Wajah Lut dipandang hiba.
“Katakan yang you tak cintakan i? I yakin yang you sayangkan i.” bisik Isabella. Lut meraup wajahnya. Tanpa menunggu lebih lama, Lut beredar keluar. Isabella menangis. Dia terduduk dibirai katilnya. Mak Kiah mendekat. Bahu Isabella dipeluk erat.
“Mak cik minta maaf bagi pihak Lut, Ella.”
“Ella cintakan Lut mak cik..” kata Isabella tersedu. Basah baju kurung Kedah yang dipakai Mak Kiah.
“But this time, I really hate him very much!”
Mak Kiah diam tidak berkata apa-apa. Lut yang bersandar di tepi pintu bilik Isabella, mengalirkan air mata. Akhirnya air mata lelakinya jatuh jua mendengar kata-kata Isabella. Sakitnya Ya Tuhan menipu perasaan sendiri.
……
Isabella menberhentikan keretanya dihadapan gerai Lut. Petikan gitar dari Lut membuai perasaannya. Alunan lagu dari Lut dihayati dengan penuh perasaan.
“Izinkan aku sayang, menyentuh perasaanmu, biar gelora cinta semalam, izinkan aku sayang, merinduimu selalu, biar bergetar nalurimu, walau berkali kau membenci, cintaku tak kan hilang, himpunkan semua kemaafan, dengarkan oh rintihan..andainya kau pergi, gugurlah bunga cinta, terpadam mentari, yang menyinar oh..pulanglah oh sayang, kau ku nanti penuh pasti, rintihan kecundang, untukmu oh sayang..” penuh perasaan Lut menyanyikan lagu tersebut.
Pantas Isabella mengusap air mata yang kian lebat mengalir di pipi. Dia perlu pergi. Betul kata Lut, disini bukan tempatnya.
Isabella menghampiri Budi distesen memasak. Sebuah senyuman diukir.
“Terima kasih Budi atas layanan baik you sepanjang I kat sini.”
“Tak dak hal la. Yang dok ucap terima kasih ni awat? Nak balik dah ka?” soal Budi hairan.
“Ya, I nak balik KL. Ini bukan tempat i.” balas Isabella sayu. Matanya menjeling pada Lut. Petikan gitar Lut sudah tidak selancar tadi. Mungkin Lut sedang memasang telinga mendengar perbualannya dengan Budi.
“Awat cakap lagu tu. Len kali datang lagi..”
“I tak akan datang lagi sini. I have to go now. Bye.” ujar Isabella lalu berlalu.
“Tapi abang Lut..” Budi terpinga-pinga. Ucap selamat tinggal pada dia sahaja kah? Lut macam mana? Bergaduh ka? Budi memandang Lut silih berganti dengan lenggok Isabella menuju ke keretanya.
“Abang Lut, Ella nak pergi dah tu..” gesa Budi pada Lut. Tetapi Lut membatukan dirinya. Tidak berganjak dari duduknya.
Isabella menghidupkan enjin kereta. Dia bersedia untuk meninggalkan kampung ini. Banyak memori indah tercipta disini selama dua minggu. Selamat tinggal Mak Kiah, kak Tipah, si kembar Arina dan Shahrul. Isabella senyum. Selamat tinggal sayang, Lut bin Muzafar!
………
Air mata Lut tanpa segan silu mengalir di pipi. Semua foto milik Isabella yang menjadi penghuni telefon bimbitnya ditatap dengan penuh rasa rindu.
“Maafkan saya. saya tak sanggup dengar orang menghina awak.” kata Lut perlahan. “Siapa kata saya tak sayangkan awak, walau mulut menafikannya, tetapi tidak pada hati. Selamanya untuk awak. One day we will meet again, but maybe in different situation.”
……...
Kereta milik Isabella memasuki perkarangan villa. Demi sahaja melihat kereta anak kesayangan, kerja menyiram pokok bunga berhenti. Kepulangan anak tunggalnya lebih penting. Puan Sri Suraya berlari anak ke garaj untuk menjemput Isabella. Lebar senyuman Puan Sri Suraya.
“Mama!” jerit Isabella juga berlari anak mendapatkan Puan Sri Suraya. Tubuh mamanya dipeluk erat melepaskan rindu. Sepanjang perjalanan air matanya tumpuh, tetapi kali ini tumpah lagi didalam pelukan Puan Sri Suraya.
“Kenapa ni sayang?” soal Puan Sri Suraya terkejut. Ditarik tangan Isabella menuju ke meja rehat yang berada ditaman.
“Why? Tell me the truth? Are you sick, Isabella?” soal Puan Sri Suraya lagi. Wajahnya terukir perasaan bimbang yang amat sangat.
“Mama, cinta tak harus memiliki right?” soalan berbalas soalan. Isabella menyusap perlahan air matanya. Dia kemudian tersenyum tawar.
“Mama tak faham ni Isabella. Terus terang dengan mama kenapa? Firman buat sesuatu yang tak baik kah?”
“I fall in love with someone.” kata Isabella sambil tersenyum kecil.
“Great. Then, why are you crying just now?”
“Mama..”
“Hmm?”
“Cinta tak seharusnya memiliki kan?” ulang Isabella lagi apabila soalannya tidak dijawab oleh Puan Sri Suraya. Puan Sri Suraya menghembus nafasnya perlahan sebelum menjawab.
“Ya sayang. Semuanya bergantung pada jodoh. Walaupun terlalu mencintai tetapi ingat, perasaan tu dari Allah. Cinta pada Ilahi dahulu sebelum mencintai insan. Ye la, walaupun kita mencintai seseorang, jika memang tertulis dia bukan untuk kita, lepaskan lah dia dari hati.”
“Dia akan bernikah dengan perempuan lain. But I know he still love me!” bentak Isabella tiba-tiba. Puan Sri Suraya mengelengkan kepalanya melihat telatah si anak. Tetap tidak mahu menerima kenyataan.
“Sayang, tu mungkin jodoh dia. Redha je la.” pujuk Puan Sri Suraya lagi. Air mata Isabella kembali menitis.
“Ella menyesal apa yang Ella dah buat pada dia setahun yang lalu. Baru Ella sedar yang dia sangat baik dengan Ella selama ni. Ella dah terlambat mama..” kata Isabella sambil menangis teresak-esak. Puan Sri Suraya menarik tubuh Isabella kedalam dakapannya. Dia kehilangan kata untuk terus memujuk atau membalas.
………
“Lut, awat ni aku tengok, hang asyik termenung sana, termenung sini..ada masalah kah? duit tak cukup nak kahwin?” soal Kamal prihatin. Dia sempat menepuk bahu Lut sebelum duduk di sebelah Lut.
Lut tersentak. Dia beristighfar. Lut hanya tersenyum nipis. Semakin dekat hari pernikahannya semakin tidak tenang rasa. Sudah hampir berkali-kali dia melakukan solat istiqarah memohon petunjuk dari yang Esa, tetapi yang dirinduinya tetap Isabella, bukan Halisa Nabila yang bakal menjadi isterinya dalam masa 4 hari lagi sahaja.
“Lah, termenung lagi?” tegur Kamal lagi. Dia mengelengkan kepalanya melihat Lut.
“Lut, sabarlah. Lagi 4 hari je..” usik cikgu Musa disambut ketawa cikgu-cikgu lain. Lut senyum senget. Rakan-rakan seperjuangannya tak habis-habis nak menyusiknya.
“Cikgu Lut ada?” tiba-tiba kerani sekolah Puan Jamilah masuk bertanya pada Lisa yang kebetulan baru hendak masuk kebilik guru. Lut berpaling apabila terdengar namanya disebut.
“Ya, kak Jam. Kenapa?” soal Lut separuh menjerit. Puan Jamilah mendekat.
“Cikgu Lut, ada orang nak jumpa.”
“Lah siapa pula kak Jam? Sekarang ke? Saya ada kelas ni.” jawab Lut dengan dahi yang berkerut.
“Tan Sri Razlan dan Puan Sri Suraya nak jumpa. Pergi la sekejap. Ni, diorang dalam bilik pengetua. Jangan tak tau, orang kaya tu sempat beri sumbangan kat sekolah kita.” ramah pula Puan Jamilah bercerita.
Lut telan liur. Itu papa dan mama Isabella kalau tak salah. Lut berdebar. Apa hal pula cari aku, desis hati Lut.
“Ye ka Kak Jam. Baik hati betul. Susah nak jumpa dengan orang yang macam tu. Siapa diorang Lut?”
Lut mengangkat bahu. Bukan dia tidak mahu memberitahu, tetapi malas nak banyak bersoal jawab nanti.
“Untunglah Lut, asyik orang kaya ja nak jumpa dengan hang ni.” kata cikgu Musa sambil tersengih. Lisa yang dari tadi mendengar senyum nipis. Entah kenapa hati dia tidak sedap.
………
Esok! Ya esok hari pernikahan Lut dengan Lisa. Isabella bersandar lemah pada kerusi empuk dipejabatnya. Dia memicit dahinya lembut. Hati dia rawan. Satu kerja langsung tidak dapat disiapkan dek kerana hilang focus. Telefon bimbit berbunyi nyaring segera diambil dari poket baju.
“Ya mama kenapa?”
“Ella, kenapa tak balik. Kan mama dah pesan suruh hadir majlis ni.” suara Puan Sri Suraya sedikit menekan. Isabella mengeluh lemah.
“Penting ke untuk Ella hadir mama?”
“Penting. Ini soal hidup dan masa depan Ella. So sekarang Ella nak terima atau tidak?”
“Terima je la mama.” jawab Isabella malas.
“Benda ni bukan boleh bawak main-main Ella. Fikir dulu. Mama minta tempoh ok.”
“Tak payah la mama. Just accept it.”
“Are you sure sayang?”
“Yes, I am.” balas Isabella pendek sebelum meletakkan pangilan. Kemudian, applikasi Whatsapp dibuka. Nama Lut dicari.
Isabella: Congrat for your solemnization tomorrow. I doakan you bahagia. Please doakan I juga bahagia dengan tunangan pilihan parent i.
Lut: Awak terima pinangan tu?
Isabella: Ya..
Lut: Thank you..
Isabella menghela nafasnya panjang. Thank you for what? Lut, please explain thank you for what? Telefon bimbit dicampak kedalam beg tangan yang kebetulan terbuka luas diatas meja. Hatinya geram. Dia just balas thank you? Nampaknya dia memang tak perlukan you dalam hidup dia. Cinta dan sayang dia untuk you dah tiada. It over! Argh!
………
“Hello?” Isabella memulakan langkah. Ini kali pertama dia menghubungi tunangnya.
“Hello. Siapa ni?” suara disebelah sana menjawab. Isabella terpana. Suara lelaki yang bergelar tunangannya sama seperti Lut. Ah, perasaan aku sahaja, mungkin sebab aku rindukan Lut. Isabella menenangkan dirinya.
“I am Isabella Razlan. You off course my fiancĂ© right? Oke straight to the point. I call you just nak beritahu yang I tak nak jumpa or berhubung dengan you sampai majlis pernikahan kita. Got it? Kalau ada sesuatu yang penting berhubung dengan majlis pernikahan kita, hanya melalui family I sahaja. Got it?” kata Isabella lancar.
“Erk? Tak nak kenal dengan saya?”
“No need!”
“Hmm, awak tak nak tahu nama saya?”
“Not important. Remember! Oke bye.” telefon bimbit dimatikan terus. Baru puas hati Isabella. Tanpa Isabella sedar, kelakuannya diperhati oleh Puan Sri Suraya.
“Tak baik buat macam tu. Ella seolah-olah menghukum hati Ella. Ella seperti mahu menbalas dendam. Tak baik buat macam tu sayang.”
“Tak salah kan tindakan Ella. Elak maksiat kan..?” balas Isabella acuh tak acuh. Puan Sri Suraya mengeluh.
“Mama tahu Ella tak ready nak nikah. Ella buat semua ni sebab kecewa dengan lelaki tu kan? Ella still ada masa untuk batalkan semua ni. Mama tak paksa Ella.”
“Mama, keputusan Ella muktamad. Stop talking about this matter, please.” balas Isabella sambil berlalu ke dapur. Sekali lagi Puan Sri Suraya tergeleng-geleng melihat perangai si anak tunggal yang manja.
………..
“Serius you tak tahu nama tunang you?” muka Aleya nampak tidak percaya.
“Nope!” Isabella mengeleng kepalanya. Tampak bersahaja gayanya. Kek cheese disua masuk kedalam mulut lalu dikunyah lembut. Wajah Aleya langsung tidak dipandang. Focus mata pada sekeping kek didalam pingan yang cantik.
“Photo? Maybe you ada photo dia?” tanya Aleya lagi. Bersungguh-sungguh benar dia ingin tahu tentang lelaki yang bertuah yang menjadi pilihan sahabat baiknya.
“Nope!” ringkas jawapan Isabella. Aleya boring dengan cara Isabella lalu lengan Isabella ditampar kuat. Terlepas sudu yang dipegang Isabella. Isabella merengus kuat. Tak suka diganggu ketika dia asyik makan.
“Bila you nak nikah?” soal Aleya geram. Semua tak tahu. Isabella ni dah tak betul agaknya.
“Esok petang.” ujar Isabella bersahaja.
“What?” terjerit Aleya dek kerana terkejut bercampur dengan perasaan tak sangka. Memang sah Isabella gila. Satu restoran Secret Recipe memandang kearah meja mereka. Isabella menjegilkan matanya. Tahulah terkejut, tapi control la sikit, hmm..
“You nak bernikah esok, but you langsung tak tahu nama dia, muka pon tak pernah tengok. Macam mana you nak hidup dengan dia.” Isabella mencicang lumat kek cheese didalam pingannya. Bagai mencicang lumat mulut Aleya. Geram.
“Owh, I know, you nak bercinta selepas nikah dengan suami you. Wow! Baru romantic. Ella, nanti I pon macam tu jugak lah.” Aleya berubah watak. Sekejap tadi bukan main terkejut, kemudian membebel macam mak nenek, sekarang layan perasaan pula. Sungguh buat Isabella pening. Pening fikirkan masalah cintanya yang tak kesampaian, masalah hati yang sakit dan kecewa dan pening fikirkan kehidupan yang bakal berubah keesokan harinya. Isabella ragu-ragu, benarkah keputusan yang dibuatnya. Benarkah?
……..
Harinya telah tiba. Isabella berdebar-debar. Wajahnya yang terpapar dicermin meja solek dibilik ditenung. Wajahnya yang telah disolek cantik, nampak tiada serinya. Macam mana nak berseri kalau hatinya tak ikhlas. Ramai yang memujinya cantik, tetapi kenapa pada pandangan matanya, biasa-biasa sahaja. Isabella mengeluh. Dia terbayangkan lelaki yang bernama Lut itu. Lantas telefon bimbit dicapai. Aplikasi whatsapp dibuka. Nama Lut dicari.
Isabella: You, dalam masa setengah jam lagi I akan bernikah. I tak tenang. I still cintakan you sepenuh hati i. You dah tak cintakan I, Lut?
Isabella mengigit jari. Menanti balasan dari Lut. Ish, online je tapi kenapa tak reply ni, desis Isabella geram.
Lut: Awak tahu jawapan saya. Tahniah dan selamat pengantin baru. Semoga bahagia.
Menitik terus air mata Isabella. Tergamaknya lelaki ini melukakan hatinya.
“Ish kenapa nangis-nangis ni Isabella. Dah tak cantik dah makeup i. Meh I nak touch up sikit.” Sally si jurumekap kegemaran Puan Sri Suraya memulakan tugas membetulkan makeup Isabella. Sebelum itu tisu dihulurkan pada Isabella.
“Dahlah Isabella. I tahu masalah you tu. Jantan tak nak kat you, buat apa yang you terhegeh-hegeh. You ni cantik tau. Anak orang kaya lagi. Semua yang you nak petik jari je. Pedulikan jantan tak guna tu yang tak tahu menilai kasih sayang you.” Sally membebel. Terjuih-juih mulutnya menyatakan si Lut.
“You cakap baik-baik sikit. Dia baik sebenarnya. Semuanya salah i. Puncanya dari i.” bentak Isabella.
“Oke-oke princess. Kalau dia baik tak akan dia sanggup tinggal you.”
“You tak tahu apa-apa, then better you diam.” Isabella bersuara berbaur amaran. Sally angkat bahu tanda mengalah. Lantaklah bukan aku yang nak kahwin.
……...
“Jom turun. Pengantin lelaki dah sampai.” kata Puan Sri Suraya sambil tersenyum gembira. Dia menarik tangan si anak.
“Mama, Ella takutlah..”
“Jangan takutlah. Jom turun.” pujuk Puan Sri Suraya. Dia terus menarik tangan Isabella menuruni anak tangga yang sudah dihias cantik. Semua yang ada memuji kecantikan Isabella.
Isabella duduk diatas mini pelamin yang dihias cantik. Semua persiapan pernikahannya seratus peratus diserahkan pada Puan Sri Suraya. Dia langsung tidak tahu apa-apa. Dada Isabella semakin berdebar. Hanya beberapa minit sahaja lagi dia akan menjadi isteri kepada seorang lelaki yang langsung dia tidak ketahui. Siapa agaknya lelaki bertuah itu? Kalaulah Lut lelaki itu sudah tentu dia akan menjadi wanita yang paling bahagia sekali. Isabella senyum sendiri.
“Eh senyum apa?” tegur Aleya sekadar berbisik. Mati terus senyum Isabella. Isabella tersedar dari angannya. Dia mengeluh, dalam beberapa minit lagi hendak menjadi isteri orang boleh pula dia teringatkan lelaki lain. Parah!
“Ella, bakal suami you handsome giler. Kalah Firman. You tengoklah.” puji Aleya sambil tersenyum simpul. Namun Isabella tetap menunduk. Tiada hati mahu melihat wajah lelaki itu. Isabella bagai didunianya sendiri. Isabella menutup rapat matanya. Dia menanti saat akad nikah dijalankan.
“Lut bin Muzafar!”
“Saya!” balas suara itu yakin. Isabella tersedar. Lut bin Muzafar? Tak salah dengarkan? Atau aku masih diduniaku sendiri?
“Aleya..?” panggil Isabella berbisik.
“Hmm? Kenapa?” balas Aleya hairan. Isabella mengelengkan kepalanya. Mungkin dia tersalah dengar.
“Aku nikahkan kau Lut bin Muzafar dengan Isabella binti Razlan dengan mas kahwinnya sebanyak seribu ringgit tunai.” jelas sekali suara jurunikah melafazkan ayat penyatuan itu. Isabella mendongak. Kali ini dia tidak silap lagi. Wajah Lut yang kelihatan tenang sekali dihadapan jurunikah dipandang dengan rasa tidak percaya. Ya! Dia bukan dalam mimpi, bukan dalam dunianya.
“Aku terima…”.
“Stop!” tergendala lafaz Lut apabila dipotong dengan jeritan Isabella yang tiba-tiba sahaja. Semua yang ada mula focus pada Isabella.
“Mama, papa, Ella tak nak jadi isteri number dua. Ella tak nak hidup bermadu. Ella tak nak! Walaupun Ella cintakan dia tapi Ella tak sanggup!” kata Isabella sambil menahan sebak. Isabella berlari anak naik ke biliknya.
“Ella, nanti dulu.” panggil Puan Sri Suraya. Namun tidak diendahkan Isabella.
“Biar saya pujuk Isabella.” celah Lut. Dia sudah bangun dari duduknya. Lut segera mendapat persetujuan dari keluarga Isabella dan keluarganya.
“Paksu, Arina dan Shahrul nak pujuk maksu.” Arina dan Shahrul berdiri dihadapan Lut. Si kembar memandang wajah Lut seakan memohon kebenaran. Akhirnya Lut mengalah. Tetapi hati Lut tetap tertanya-tanya. Bolehkah si kembar ni memujuk Isabella.
……
“Maksu!” panggil Arina dan Shahrul teruja. Mereka berdua berlari mendapatkan Isabella. Isabella hanya memandang si kembar itu.
“Napa maksu nangis?” soal Shahrul.
“Maksu kena tipu.” balas Isabella perlahan.
“Tak lah..Maksu bukan kena tipulah. Tu lah kenapa maksu cakap stop. Kalau tidak mesti maksu jadi isteri paksu. Kecian paksu tau, lepas maksu balik malam tu, paksu asyik termenung ja..”
“Ya maksu. Makan pon tak mau, asyik marah kakak dan Shahrul ja.”
Mata Isabella membulat. Betul ke?
“Napa maksu tak percaya eh?” soal Shahrul lagi.
“Percaya..” balas Isabella ringkas.
“Bosanlah paksu tu, asyik nyanyi lagu Isabella ja. Sampai adik pon boleh hafal lagu tu.” rungut Shahrul  mengundang ketawa Isabella.
“Maksu nak tanya boleh?”
“Apa dia?”
“Tentang cikgu Lisa?”
“Adik tak suka cikgu Lisa. Cikgu Lisa tak best lah. Garang. Selalu marah adik bila adik tak buat kerja sekolah.”
“Memang patut kena marah, sebab adik malas. Cikgu Lisa dah kahwinlah maksu. Tapi bukan dengan paksu, dengan cikgu Musa.”
Biar betul? Anak mata Isabella bercahaya.
“Betul ni? Tak tipu maksu?” soal Isabella berkali-kali.
“Betullah maksu. Adoii..” Arina menepuk dahinya. Shahrul tersengih sambil mengangguk.
“Jom turun jadi isteri paksu.” ajak Arina sambil menarik tangan Isabella.
“Tapi maksu malu. Paksu Arina dan Shahrul bukan sayang maksu lagi..” ujar Isabella dalam nada sedih.
“Siapa kata?” celah Lut yang dari tadi hanya berdiri diluar bilik. Hatinya lucu benar dengan cara Arina dan Shahrul memujuk Isabella.
Isabella memandang susuk tubuh Lut di muka pintu.
“Sebenarnya saya memang cintakan awak dari dulu sampai sekarang. Saya minta maaf sebab buat awak kecewa. Saya terlalu ikutkan perasaan ego dan marah. Saya minta maaf. Semakin saya menidakkan perasaan sayang dan cinta saya pada awak semakin buat hati saya sakit dan tidak keruan. Selepas awak pergi malam tu, barulah saya faham kehendak hati saya. Apabila saya sedar, saya was-was sama ada awak masih cinta kan saya atau tidak lagi. Betapa hancur hati saya apabila awak kata yang awak bencikan saya. Selepas tan sri dan puan sri jumpa saya, barulah saya yakin untuk teruskan niat saya.”
“You janji jangan tinggalkan i lagi?” Isabella bangun sambil mendekati Lut.
“Tidak sayang, saya ingin habiskan hidup saya dengan awak. Jadi isteri saya.” lamar Lut lembut.
“Why not!” jerit Isabella riang sambil terus memeluk tubuh Lut. Lut kaku. Tidak sangka ini reaksi dari Isabella.
“Amboi.. akad nikah dulu!” tegur Tan Sri Razlan berpura-pura dengan muka garang. Puan Sri Suraya hanya tersenyum sahaja.
“La, Ella ingatkan dah habis akad nikah tadi.”
“Macam mana nak sah, kalau Ella terpekik suruh stop. Kalau tak, dah jadi isteri Lut, bukan boleh peluk jer, macam-macam boleh buat, kan Lut?” sampuk Puan Sri Suraya sambil mejeling ke arah Lut yang masih lagi kaku apabila dipeluk Isabella. Wajah Lut bertukar merah menahan malu. Faham sangat maksud bakal mertuanya itu.
“Jom pi nikah Lut.” ajak Isabella sambil menarik tangan Lut.
“Amboi dia pula yang tak sabar.” perli Aleya yang hanya dari tadi melihat dan mendengar.
“Ha, lekaih lah. Tok kadi nak balik dah oii. Penat layan drama hangpa ni.” kedengan suara Mak Kiah melaung dari bawah. Tan Sri Razlan, Puan Sri Suraya dan Aleya tergelak besar. Lut dan Isabella tersenyum simpul.
“Ha, mana anak bertuah aku ni, dok mengacau kat atas tu awat tak tau. Entah-entah tidoq atas katil pengantin dah ke?” marah Latifah sambil memanggil nama si anak kembarnya.
Tan Sri Razlan dan Puan Sri Suraya beriringan turun kebawah. Aleya sempat mengeyit matanya sebelum ikut turun. Manakala Arina dan Shahrul sudah pun terlena diatas katil pengantin. Tersenyum Isabella melihat si kembar comel itu.
“Jom turun.” ajak Lut lembut. Tangan dihulurkan pada Isabella. Dia tersenyum manis.
“I love you.” kata Isabella sambil menyambut huluran tangan Lut. Isabella tersenyum bahagia.
“I love you very much. Stay with me, forever.. Isabella”

Tamat..








1 comment:

  1. Salam awak.. best cerpen awak ni. Thank you!!! Tapi tertanya-tanya ape jadi antara lisa ngan cikgu musa? ingat cikgu musa dah tua... hahahaha

    ReplyDelete