Followers

Monday, 15 June 2015

repost: CERPEN SAKITKAH CINTA

yeay ..
Sekali lagi ... 
dalam bilik baring-baring sorang-sorang sambil baca cerpen di laman penulisan2u. Ish, dah lama xada
masa yang terluang macam nie nak godek2 cerpen dan novel terbaru. Dengan cuaca yang redup dibawah selimut sambil melayan perasaan auwww!! :)

So, sebelum nie, Wati ada post satu cerpen kat laman penulisan2u nie. Sahaja lah suka-suki kan. Nak try test tengok ada tak bakat yang terpendam tue .. Segala komen-komen yang diberikan oleh pembaca diucapkan terima kasih yea..

Jom layan cerpen nie jap. Jom.


 oleh : wati 

Aku menarik selimut perlahan supaya menutupi keseluruhan tubuh ku. Kedinginan pagi hampir membuatku mengigil. Aku membuka mataku perlahan apabila ada cahaya yang mengintai di sebalik langsir bilik tidurku. Terasa berat kelopak mataku. Mengantuknya, bisikku. Nasib aku sudah 3 hari bercuti dalam mengerjakan solat, jadi boleh aku melayan perasaan mengantukku ini. Dari dapur aku terdengar bunyi periuk belanga berlaga antara satu sama lain. Mungkin ibuku sedang bertukus lumus menyiapkan sarapan pagi. Aku mengeluh perlahan. Terasa sunguh badanku yang lemah memerlukan rehat yang secukupnya.

Aku terkejut apabila kedengaran getaran di telefon bimbitku menandakan ada mesej baru masuk. Dengan malas aku mencapai telefon bimbitku. Terus ke peti masuk dan spontan aku mengeluh kecil apabila melihat sebaris nama itu. Farah Hanani kawan baikku mengajakku ke pekan. Katanya sudah lama dia tidak melihat wajahku dan ingin segera menyubat rindunya. Aku hanya mencebik bibirku. Ada saja la Farah nie. Aku tahu niatnya untuk memancing kesudianku supaya berjumpa dengannya. Bukan dia tidak tahu aku baru sampai semalam dari kolej. Seharian di dalam perut bas cukup menbuat badanku terasa begitu letih dan memerlukan rehat yang banyak.

Aku berfikir sebentar, menimbang permintaannya itu. Sekali sekala mataku merenung lama bait-bait tulisan kecil di telefonku.

“Kenapa?” Aku sungguh terkejut dengan pertanyaan ibu yang sememangnya tidak aku sangka dia telah lama memerhatikan tingkahku. Tersenyum aku menutup perasaan terkejutku.

“Farah ajak jumpa. Teman dia pergi ke pekan. Kakak tengah pertimbangkan permintaan dia.” Jawabku sambil memandang sekilas ibu yang berdiri di muka pintu. Aku nampak ibu mengelengkan kepalanya sambil tersenyum. Dia kemudiannya menyanggulkan rambutnya.

“Pergi aje la. Lagipun betul jugak. Lama si Farah tu tak berjumpa dengan kakak. Mungkin dia rindu kakak. Dah la, ibu nak ke pasar nie. Ibu pergi dulu ye.” Sejurus itu kelibat ibu kian menghilang. Kedengaran suara ibu lantang melaung memanggil nama adikku yang ke tiga. Mungkin ibu ke pasar bersama Soffie.

Aku mengeluh. ‘Aku boleh ikut kau ke pekan Farah. Tapi bukan ikut saja tau. Kau kena belanja aku makan jugak’ omelku. Sejurusnya, aku hanya mengeluh. Pantas jariku menaip mesej kepada Farah dan setelah berulang kali mengulang ayat tersebut lantas butang ‘sent’ di tekan. Terusku lemparkan telefonku ke tilam dan dengan langkah malas aku mencapai tuala ke bilik air yang terletak jauh di dapur. ‘Napa la terasa jauh sunguh bilik air ni’ keluhku.

……………………….

Aku mengenakan skirt labuh berwarna coklat tua, secocok dengan baju t-shirt berwarna hitam. Setelah siap mencalit make-up di wajah ku, aku mengenakan selendang bercorak coklat tua dan kuning. Aku merenung lama wajah ku di cermin. Aku teringat kata-kata adik ku yang keempat. Dia menegurku mengenai solekan ku yang sangat melampau. Aku hanya menjeling saja. Selepas itu dia tidak lagi berani menegur penampilan ku. Malah aku dapat rasakan adik-adik ku begitu takut pada ku.

“Kau lama tunggu aku, Darina?” soalan pertama dari Farah selepas aku melabuhkan duduk ku di sebelahnya.

“Kau lewat 20 minit dari waktu yang di janjikan. Aku tak suka lewat macam nie. Aku rasa kau dah paham kan perangai aku macam mana.” Aku memberi senyuman paling sinis untuk Farah. Memang pantang bagi ku jika berlaku sebarang kelewatan. Dan Farah hanya mencebikkan bibirnya pada ku. Aku tahu dari reaksinya itu, dia tidak pernah mengambil serius dengan kata-kata ku. Dia sudah lama bersahabat baik dengan ku. Kami terlalu akrab, sehinggakan segala kedukaan, kegembiraan, kesenangan kami akan kongsi bersama.

Farah sahabat ku paling baik. Tugasnya sebagai seorang akuantan di sebuah syarikat korporat yang sibuk, bukan alasan untuk dia menjarakkan hubungan persabatan kami.

“Sampai bila kau nak macam ni Darina. Jangan seksa diri kau dengan cara macam ni. Aku tak nak sahabat aku sayang hidup macam ni. Penuh dendam. Kau tak macam dulu. Aku rindu kau macam dulu, Darina.” keluhan dari seorang sahabat yang sayang aku. Tapi memang ini sifat aku. Sifat yang aku semai selepas peristiwa itu. Inilah sifat seorang wanita yang sememangnya aku pupuk. Seorang wanita yang penuh dengan sifat kebencian, dan dendam pada insan yang bergelar lelaki. Lelaki!

“Biarlah Syafik bahagia dengan tunangnya. Kalau itu memang sudah pilihan dia. Kau lepaskan dia pergi, Darina.” Antonasi suara Farah perlahan. Aku tahu dia begitu mengharapkan perubahan dalam diri aku. Kembali pada sifat ku yang periang, penuh dengan kesopanan dan bukan dengan sifat yang menjengkelkan seperti sekarang. Ah! Tidak. Aku tak mahu jadi seorang wanita yang lemah. Wanita yang mudah ditindas, mudah dipermainkan perasaannya. Aku tidak mahu lagi menangis, meratapi kisah hidup ku yang musnah dan hancur.

“Darina? Kau dengar tak apa yang aku cakapkan ni?” aku hanya sekadar mendiamkan diri ku. Tiada apa yang perlu aku jelaskan lagi Farah. Biarlah dengan cara ku sebegini. Aku memalingkan wajah ku kesisi. Tumpuan ku pada pemandangan diluar cermin kereta. Mataku terpejam rapat. Cuba mengusir kenangan lalu yang begitu mendera perasaan ku.

………………….

“Syafik tahu kan Ina sayang sangat pada Syafik? Habis napa Syafik buat Ina macam nie? Kenapa Syafik? Siapa perempuan tu Syafik? Apa lebihnya perempuan tu pada Syafik? Apa kurangnya Ina?” airmata ku luruh bagai empangan yang pecah. Aku terasa bagai kaki ku lemah untuk berdiri apabila mendengar permintaan Syafik untuk memutuskan perhubungan ku dengannya. Aku teramat sayangkan lelaki bernama Syafik Hakimi. Lelaki yang berdiri di hadapan ku. Lelaki yang sangat tega melukakan hati ku setelah harga diri ku hilang. Aku tak ubah seperti habis madu sepah dibuang.

“Darina Anisa, terimalah kenyataan kita tak ada jodoh. Ina tak kurang apa-apa, Ina memang seorang perempuan yang baik. Tapi hati Syafik tak boleh terima Ina. Hati Syafik tak cintakan Ina. Hati…”

“Habis selama ni Syafik cakap Syafik sayang Ina. Syafik cakap Syafik cintakan Ina sepenuh hati Syafik. Apa ni Syafik? Syafik tengah berlakon drama apa nie?” aku terus memotong percakapan Syafik yang tergantung. Hati ku begitu pedih mendengar kata-katanya.

“Apa yang kau mahu kan Syafik sebenarnya. Ina dah tak ada apa-apa lagi. Sanggup Syafik buat Ina macam ni. Syafik dapat apa yang Ina ada, lepas tu Syafik nak tinggalkan Ina, macam tu saja. Syafik lelaki yang tak bertanggungjawab!!!” aku melepaskan geram aku. Hati ku benar-benar di sakiti. Aku benar-benar kecewa dengan Syafik. Syafik lelaki pertama yang aku cintai sanggup memperlakukan aku sebegitu.

Setiap masa dan saat aku meratapi perpisahan ku dengan Syafik. Aku sering memikirkan masa depan ku yang musnah. Aku sudah kehilangan harga diri ku sebagai seorang perempuan. Berkali-kali aku pinta Syafik bertanggungjawab. Tetapi hampa. Berbagai alasan diciptanya. Sehinggalah dia sanggup menfitnah aku mengoda abangnya sendiri sehingga aku tergadaikan maruah ku pada ibu dan bapa ku. Sebulan selepas itu, Farah menberitahu ku bahawa Syafik sudah bertunang dengan gadis pilihannya. Aku begitu kecewa mendengar berita tersebut. Sejak dari itu, aku bertekad untuk berubah. Aku berjanji pada diri ku untuk menbalas dendam pada Syafik. Aku tidak mahu lagi seperti seorang perempuan yang lemah.

“Aku akan buat kau derita Syafik. Kau tak mungkin akan bahagia sekalipun dengan mana-mana perempuan selagi luka di hati ku masih berdarah. Aku tak akan lepaskan kau Syafik. Itu janji aku Syafik.” Gambar Syafik di tangan, ku gengam seerat mungkin.

………………..

Aku masuk ke dalam pejabat dengan langkah yang tenang. Baju kebaya moden hijau ku padankan dengan selendang berwarna sedondon menjadi tidak selesa si badan ku yang sudah berpeluh. Aku tahu aku terlambat hari ini. Ah! Peduli apa aku. Aku terlewat bukan sengaja. Tayar kereta ku pancit semasa aku dalam perjalanan ke kolej. Aku terpaksa menelefon makenik untuk menukarkan tayar kereta ku. Tetapi aku berasa lega kerana kelas ku bermula pada pukul 11.00 pagi. Aku melabuhkan duduk ku di kerusi. Segera aku menyemak jadual ku pada hari ini. ‘Hmm, nasib tak banyak kelas hari ni’ Aku mencapai botol air mineral lalu meneguk air untuk menghilangkan dahaga.

“Lambat cik Darina hari ini?” tegur rakan sekerjaku Farida, mejanya bertentangan dengan meja ku. Aku hanya menjawab tegurannya dengan pandangan ku saja. Aku malas mahu beramah mesra dengan siapa pun pagi ini.

Bunyi getaran telefon bimbit ku di laci segera aku ambil. Aku merenung mesej ringkas tersebut. ’I rindu u Darina. Kita lunch sama-sama tengah hari ini? I jemput u’. Aku senyum. Senyuman paling sinis bagi ku. Senyuman yang penuh kebencian kepada lelaki itu. Syafik Hakimi. Aku lansung tidak menyangka kesanggupan ku menemani Farah ke majlis perkahwinan rakan sepejabatnya 6 bulan yang lalu, menemukan aku dengan lelaki yang menhancurkan hidup ku sekali lagi. Dia datang menegur ku. Bagai pucuk di cita ulam mendatang. Aku tidak dapat ungkapkan perasaan ku pada ketika itu. Sememangnya dalam tempoh itu aku sedang mencarinya untuk memulangkan semula luka yang telah dia hadiahkan untuk ku. Sejak itu, aku kerap berhubung dengannya. Hati ku bertambah puas apabila dia sering mengadu padaku bahawa tunangnya tidak memahami perasaannya dan sering mengabaikannya. Tidak terdetik lansung perasaan simpati untuk lelaki itu.

Lamunan ku terhenti apabila sekali lagi telefon ku berbunyi menandakan satu lagi mesej baru menjengah. Aku segera menbaca nya.

‘Cik Darina. Semua assignment cik Darina sy sudh letakkan di meja cik Darina smlm. Harap maklum. Ikram. Kelas PP6’

Aku segera mengira tugasan pelajar yang di hantar. Jumlah tidak mencukupi. Hanya seorang pelajar mesti terlewat hantar. Fikirku. Aku paling tidak suka apabila ada pelajar yang melengahkan masa untuk menghantar tugasan. Hanya akan menyulitkan kerja ku. Aku mendengus nafas ku kasar tanda ketidakpuasan di hati ku.

“Cik Darina. Saya Jeffry Anuar. Saya nak minta maaf. Saya terlewat nak hantar tugasan ni.” Sejurus mengucapkan kata-kata maaf, tugasan tersebut di letakkan di hadapan ku. Aku terus mendongak memandangnya yang kelihatan bersalah.

“Saya tak mahu terima. Awak ambik balik tugasan awak.” Ucapku tegas sambil memandang tepat ke wajahnya. Jeffry seakan terkejut mendengar kata-kata ku. Aku hanya tersenyum sinis lalu menumpukan perhatian pada tugasan pelajar lain yang sedang ku semak.

“Tapi cik.. ” Belum pun sempat Jeffry menghabiskan kata-katanya, aku segera mengambil tugasan tersebut terus ku campak ke dalam tong sampah. Aku bangun. Aku selak sedikit lengan baju ku dan melihat sekilas jam tangan. Sudah pukul 10.45 pagi. Aku perlu ke kelas. Aku tidak mahu pelajar menunggu ku dengan lama. Aku mencapai beg tangan ku serta buju rujukan dan segera berlalu pergi meninggalkan Jeffry. Jeffry terkulat-kulat memandang ke arah ku.

Jeffry mengeluh. Dia hanya mengelengkan kepalanya.

“Awak ambik assignment awak. Letak je atas meja dia. Nanti dia akan terima jugak. Sabar la. Lain kali ingat. Hantar assignment on time.” Cik Farida hanya tersenyum. Jeffry menganguk kepalanya lemah.

…………………………

Aku membuang pandangan ku ke luar restoran. Jemu. Hanya itu yang ku rasa. Aku cuba memandang wajah ceria lelaki di hadapan ku. Aku memberinya senyuman hambar.

“Napa sayang. You Nampak macam tak sihat saja?” Tanya Syafik. Menghulur keprihatinan dia kepada ku. Hati aku cuak. Hati ku cuba mencari perasaan cinta untuknya. Tiada. Pasti. Sangat pasti. Sudah tiada cinta dan sayang untuk lelaki di depan ku. Hanya dendam dan kebencian yang sudah tersemat untuk Syafik Hakimi.

Aku menyisip perlahan jus kiwi di hadapanku. Nasi goreng kampung hanya ku sentuh sedikit. Tekak ku bagai tidak dapat menerima makanan itu lagi. Mungkin aku makan bertemankan lelaki ini. Mungkin juga. Hmm. Aku menyeluh perlahan.

Tiba-tiba jemari ku di sentuh lembut oleh Syafik. Matanya merenung tepat ke arah ku. Memberi tanda, ada sesuatu yang ingin dia sampaikan kepada ku. Aku menunggu bait perkataan yang bakal ku dengar.

“I dah buat keputusan. Dan… ” Dia berjeda.

“Dan, keputusan I muktamad.” Saat itu mulutku terlopong mendengar perkhabaran itu.

……………….

“Kau memang gila! Kau gila Darina Anisa. Kau sedar tak apa yang bakal kau lakukan ni?” wajah Farah menyinga memandang ke arah ku. Aku tahu dia marah apabila mendengar khabar yang aku bawakan. Bertambah berapi kemarahannya apabila aku sudah tekad dengan keputusan ku. Aku memandang tajam wajah Farah. Ku hulur mug yang berisi milo ais untuknya. Huluran ku tidak bersambut, lantas ku letak di meja di hadapannya. Nampak sangat marahnya padaku.

“Lupakan lah dendam kau pada dia Ina. Jangan kau seksa diri dan perasaan kau. Keputusan yang kau ambik tak logik. Kau puas ke dengan cara ni?” Farah sudah bermain dengan airmata.

“Aku mahu macam ni. Ini lah yang aku mahu Farah. Aku puas. Aku suka. Syafik dah tinggalkan tunangnya kerana aku. Kerana aku.” Aku ketawa. Kepuasan bagi ku. Seperti yang aku mahu. Seperti yang aku rancang selama ini.

“Aku nekad, Farah. Aku akan berkahwin dengan Syafik. 3 bulan dari sekarang. Kalau kau tak dapat terima, suka hati kau. Kau boleh keluar dari rumah aku sekarang. Keluar!” Farah diam. Begitu juga aku. Masing-masing melayan perasaan seketika.

“Aku sayang kau, Darina. Apapun kau tetap sahabat aku. Ada apa-apa masalah kau terus bagitau aku ye.” Selepas ucapkan kata-kata, Farah terus memaut bahu ku.

………………………………….

‘Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?’

Aku mendengus kasar. Sunguh aku tidak suka dengan ganguan yang aku terima. Hampir setiap hari aku di gangu dengan mesej dan nota yang berbait puisi sebegitu. Tapi setiap kata indah tersebut memberi maksud yang begitu mendalam. Jika tidak terima mesej, akan ada nota kecil, berbunga dan berbau harum terselit di bawah buku rujukan ku. Kebanyakkannya, nota dan mesej itu, aku akan simpan. Dari siapa? Adakah dia lelaki? Adakah dia seorang perenpuan? Letih aku memikirnya. Tetapi kata-kata indah itu menyusik hati ku.

Persiapan perkahwinan ku, ku serahkan pada keluarga ku bulat-bulat. Aku malas ambil tahu hal tersebut. Ibu selalu meleter padaku. Katanya, seolah-olah dia yang akan berkahwin. Aku seolah-olah lepas tangan. Aku peduli apa. Aku mendengus kasar nafas ku. Bagai tersekat batu! Aku teruskan pemanduan ku. Aku terus menbelok ke kanan. Dummm!!!!!!!

Aku terlanggar seseorang. Aku tergamam. Tidak tahu apa yang perlu aku lakukan. Sehinggalah aku tersedar apabila ada orang mengetuk cermin tingkap kereta meminta ku keluar. Apa lah nasib ku hari ini. Perasaan ku berbaur. Sungguh aku terkejut. Orang ramai kian memenuhi tempat untuk menyaksikan sendiri apa yang telah terjadi. Aku menelefon Farah. Aku hanya teringat Farah saja yang boleh membantu ku saat genting ini. Ya Allah bantu la hamba mu ini. Sayu hati ku berdoa.

…………………………………………..

Aku ke hospital pagi itu bertemankan Farah. Sepatu putihku sedikit pun tidak mencacatkan penampilan ku. Malahan dengan jeans biru dan kemeja merah berserta selendang merah menambah lagi keyakinanku. Aku menhayunkan langkah kaki ku menuju wad pesakit yang di beritahu oleh jururawat bertugas. Jeffry Anuar. Aku telah terlanggar dia rupanya. Dia hanya terluka di tangan dan kakinya terseliuh. Mujur tidak teruk.

Apabila kaki ku melangkah ke dalam wad yang bersaiz sederhana itu, aku terlihat kelibat seorang wanita separuh umur sedang menyuapnya makan. Mungkin ibunya. Farah meletakkan buah tangan di atas meja pesakit dan segera menyalami wanita itu. Mereka berdua saling berbalas senyuman.

Aku segera merapati katil pesakit. Jeffry hanya merenung ku.

“Keadaan awak, macam mana?” soal ku memulakan bicara antara dia. Dia tersenyum. Aku lihat senyuman dia cukup manis dan sangat ikhlas. Dia tidak memarahi ku? Kenapa? Aku kaget.

“Okey sikit. Lusa saya dah boleh keluar. Terima kasih cik Darina kerana sudi datang melawat saya.” Senyum lagi. Aku tidak keruan. Mengapa tidak dia marahi saja aku kerana aku yang melanggarnya. Aku membuang pandang kearah Farah. Dia leka berbual dengan ibu Jeffry.

Aku menganguk. Hanya itu saja perbualan antara aku dan Jeffry. Farah mendekati ku.

“Farah, aku nak balik. Aku tunggu kau kat luar.” Terus aku ambik beg tangan ku dan keluar dari bilik itu. Aku sedar. 2 bebola mata Jeffry menghantar ku ke pintu dengan sayu.

“Jeffry, awak maafkan dia ye. Jangan awak ambil hati.” Lembut suara Farah memohon kemaafan, dapat ku dengar di sebalik pintu yang tidak ku tutup rapat.

“Saya tak ambil hati. Sekurang-kurangnya mahu jugak cik Darina datang menjenguk saya. Cepat la sembuh luka saya kalau macam ni.” Jeffry ketawa. Maksudnya? Apa maksud kata-kata Jeffry. Aku cuak. Ish! Darina Anisa, jangan perasan okey! Aku pejamkan mataku. Cuba mengusir jauh perasaan itu. Aku benci perasaan itu.

…………………

Majlis perkahwinanku. Suasana petang itu riuh dengan suara-suara orang kampung dan sanak saudara ku. Sungguh meriah. Berbagai suasana dan ragam manusia yang boleh aku lihat. Aku sudah di dandan oleh jurusolek yang telah ditempah. Selepas isyak, aku akan diijabkabulkan dengan Syafik Hakimi. Aku mendapat tahu, keluarga Syafik Hakimi begitu marah dengan keputusan Syafik untuk memutuskan pertunangan dengan Adila. Mereka tidak merestui perhubungan ku dengan Syafik. Tetapi Syafik berkeras dengan alasan dia menyintai ku, lalu kemahuan Syafik terpaksa dituruti.

Aku tersenyum sendirian. Jangan bimbang. Sebentar lagi akan ku pulang semula Syafik Hakimi.

“Kau dah ready Darina? Kau nampak cantik. Aku doakan kau hidup bahagia.” Ucap Farah lantas mencium wajah ku. Dia menyukir senyuman. Aku hanya menjeling tajam.

“Semua keluar. Tinggal kan saya dengan Farah.” Arah ku lantang. Sepupu ku dan juga jurusolek segera keluar dari bilik. Aku memandang sekilas bilik pengantin yang berhias indah. Ungu putih. Kombinasi warna kegemaran ku, tidak lagi menarik perhatianku. Aku merenung arca wajahku dicermin. Seolah-olah wajah itu bukan kepunyaanku.

Farah memandang setiap pergerakkan ku. Aku memandang Farah.

“Kenapa? Kau ada masalah? ” Farah seakan cemas. Aku mengelengkan kepalaku bagi menjawab soalan Farah.

“Habis, kenapa kau nampak gelisah?”

“Aku tak apa-apa. Aku gementar. Maklumlah berapa jam lagi aku akan jadi seorang isteri.” Alasan yang terlintas di fikiranku. Alasan itu hanya untuk menyakinkan Farah, apa yang aku ucap bukan seperti kehendak hatiku.

Farah keluar dari bilik ku setelah mendapat satu panggilan. Aku cepat-cepat menyunci pintu bilik ku. Sekali lagi aku memandang cermin. Aku menbatukan diri ku. Syafik telah menberitahu bahawa rombongan akan sampai dalam masa sejam lagi. Aku memandang jam di dinding. Sempat lagi.

“Rombongan pengantin lelaki dah sampai”

Aku tekad!

……………………………………………….

3 tahun kemudian…..

Sahabat aku rindui,

Apa khabar kau di sana? Apa khabar bumi England? Hehehe….aku minta maaf. Lama aku menyepi. Aku ada berita gembira. 2 bulan lagi kau akan dapat anak saudara baru. Aina akan dapat adik. Aku gembira dengan cara hidup ku sekarang. Aku harap kau macam tu jugak.

Darina Anisa, aku bersyukur kau berubah. Bila kau nak pulang Malaysia? Ibu kau sentiasa menunggu kepulangan kau. Sejak peristiwa kau lari dari perkahwinan kau, ibu kau tak putus-putus menharapkan kepulangan kau. Dia sudah memaafkan kau. Pulanglah wahai sahabat.

Syafik Hakimi, selepas peristiwa itu, dia tidak henti-henti mencari kau. Untuk memohon kemaafan dari kau. Kau maafkanlah dia. Dia sudah berubah. Dia sudah mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihan keluarganya. Alhamdullilah kehidupannya bahagia.

Darina Anisa,

Aku menanti kau pulang. Ibu kau dan keluarga kau.

Merindui mu

Farah Hanani

Aku senyum. Aku sedar kehidupan ku yang dulu sedikit tidak menyundang bahagia. Aku sedar perasaan dendam dan benci hanya menghitamkan kehidupanku. Aku bahagia di sini. Di bumi England. Di sini aku temui cinta sejati ku. Aku sungguh tidak sangka, sekali lagi di bumi England aku bertemu dengan lelaki ini, dengan status yang berbeza. Sabar dia melayani karenah ku. Gigih dia menambat hatiku. Membuang segala kebencian dan dendam pada insan yang bernama lelaki. Dia yang menyedarkan ku erti sebuah kehidupan. Kehidupan yang di rehdai Allah SWT. Terima kasih ya ALLAH atas kurnia Mu ini. Aku bahagia di sisinya.

“Sayang, tidurlah. Teman abang tidur.” Rengek suami ku. Aku senyum senang. Siapa sangka aku sudah bersuami. Siapa sangka dia suami ku.

……………………………………

Malaysia. Sudah 5 tahun ku tinggalkan negara tumpah darah ku. Banyak perubahan. Aku rindu ibu. Aku rindu keluarga ku. Hati ku berdebar-debar. Aku tinggalkan Darina Anisa yang penuh dendam dan kebencian, dan hari ini aku pulang dengan Darina Anisa yang penuh keinsafan.

Aku senyum. Mencuri sedikit kekuatan dari suami ku. Erat jemarinya di jemariku. Aku pejamkan mataku serapat mungkin.

“Sayang, kita dah sampai kampung.”

Aku tersentak. Terkejut.

Aku renung ibu. Ibu renung sayu kearah ku. Dari pandangan matanya aku tahu hatinya sedang menyimpan kerinduan. Segera aku mendapatkan ibu dan memohon kemaafan. Ku dakap erat tubuh tua ibu. Aku rindu ibu. Airmata ku mengalir laju.

“Kenalkan ibu, adik-adik. Suami Darina. Jeffry Anuar.” Aku senyum ikhlas untuk suami ku, ibu dan adik-adik. Aku sedang bahagia.

“Hensem ya menantu ibu.” Ibu berlulucon.

Ketawa kami sekeluarga. Aku sudah dapat apa yang aku mahu. Alhamdullilah. Aku bahagia.

ok. dah habis .. 
tq sudi membaca.

peace !





    

No comments:

Post a Comment