Followers

Monday, 15 June 2015

repost: Salam Aidiladha 2014

yeayyyy dah nak raya.....
http://matcuoi.com
Pejam celik, pejam celik dah nak raya Aidiladha.. 


Suriussss cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru je lepas sambut raya Aidilfitri kan..?
(erkkk, ke wati je yang ase macam tu? krikkk! krikkk! )

Wati ada tanya pada member Wati ni.. "hang balik tak raya haji?" dia jawab "balik.."
"eiii bestnya raya.." Wati bukan main eksited ni. Ta sabar nak balik cuti raya haji. Then member Wati jawab "Eh, kau sambut raya haji? kalau kat tempat aku tak sambut. macam biasa je" Then, Wati tak tahu nak cakap apa. Ye ke tak sambut? Macam tak best je kan..

Bagi Wati raya Aidiladha sambut la jugak, tapi tak adalah beria sangatkan. Bangkit pagi raya mandi sunat hari raya, sembahyang raya, menziarahi kubur, tengok orang buat korban dan pergi melawat saudara mara.

Tapi, member Wati yang dari Kelantan pulak cakap raya Aidiladha di Kelantan meriah sangat. ye?? Wah, teringin pulak nak beraya kat Kelantan nun. Bila lah ye?? hehehe

Apapun, balik je kampung, dapat la merasa daging korban. kan...
Oklah dikesempatan ini Wati nak ucapkan selamat hari raya Aidiladha kepada semua umat islam yang berada dimuka bumi kepunyaan ALLAH SWT.


thcusss


No comments:

Post a Comment