Followers

Monday, 15 June 2015

Resepi: Sambal Petai Ikan Bilis

Assalamualaikum semua..
Ya ampun lama betul Wati tak hudpate belog ni. ha dah berkulat kot.. hehehe. 
Apa pula dah berkulat, melampau sangat la tu kan.
 Ok kali ni Wati nak try udpate blog pasal resepi plak. ha, resepi ni special ok. Sambal petai ikan bilis. Ha, dah dengar pun ase macam sedap. Laparr pula ni. 
Ni Wati sambil menaip dah kecur liur ni. Siapa tak makan petai? eh..petai ni banyak ok khasiatnya. Tapi ada sesetengah orang memang tak boleh tahan dengan bau petai. Baunya kuat sangat. Tapi petai ni sedap tau bagi pengemar tegar petai..sebab tu lah petai diberi gelaran raja ulam.  
Ha sebenarnya resepi sambal petai ikan bilis ni sedap sangat. Resepi mak Wati. Lain sikit, sebab ikan bilis tu dia tumbuk halus sekali dengan cili kering. Kalau nak buat dengan ikan pon sama. Tumbuk atau kisar sampai halus. Dengan cara ni, lebih rasa ikan bilis tu. 
Dia memang suka, tambah2 lagi adik2 pun turut suka sambal petai. Tapi Wati lebih suka sambal petai campur dengan ikan bilis. Adik2 suka sambal petai campur dengan ikan kembung yang digoreng atau direbus dahulu. 
Ala, macam2kan orang campur nak bagi sedap sambal petai ni, ha yang paling orang suka buat sambal petai campur udang kan. ha, kali ni apa kata try sambal petai campur ikan bilis or ikan kembung plak. Meti sedap pluss terangkat baqqq hang!...
http://matcuoi.com
Siapa suka? hehehe

Jom kita try tengok resepi di bawah...

Bahan-bahannya:
1 genggam ikan bilis (dibersihkan dan rendam. ikot kesukaan masing2 kalau nak rasa ikan bilis lebih, boleh lebihkan)
1 gemgam cili kering
6 papan petai (ambil isinya. Kalau nak potong macam Wati potong ni boleh juga. Lagi sedap makan dengan kulitnya, ada rasa pahit n manis)
1 biji bawang marah 
1 biji bawang putih 
3/4 camca besar pes asam jawa/2 heping asam keping
Secubit camca teh serbuk perasa (terpulang)
Garam dan gula secukup rasa
Belacan (terpulang nak letak atau tidak)
Minyak untuk menumis

Cara penyediaannya:
Kisar cili bersama dengan bawang merah dan bawang putih serta ikan bilis yang siap direndam dan dibasuh bersih. 
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar halus hingga harum dan keluar minyak. 
Masukkan pes asam jawa atau asam keping, kacau dan masukkan petai. Gaul, boleh masukkan sedikit air kalau mahu sambal kelihatan basah. Kemudian, bolehlah, tambah serbuk perasa, garam dan gula secukupnya. Masak hingga pekat dan petai masak.
Siap. Hidangkan bersama nasi panas2. 


Selamat mencuba!



No comments:

Post a Comment