Followers

Saturday, 29 August 2015

Tanjung Dawai

Assalamualaikum

Actually, benda ni dah lama, tetapi Wati post juga untuk kenangan diri sendiri or mungkin untuk sesiapa yang sudi membaca blog Wati.



Kadar tambang bot dari Tanjung Dawai ke Pantai Merdeka


 Faberet Wati kalau makan nasi panas dengan ikan masin fuhh memang sedap sangat. Tempat yang bagi Wati memang murah kalau nak beli benda-benda macam ni kat Tanjung Dawai lah. Ada banyak jual kat sana ikan masin, belacan, ikan bilis, keropok keping dan ikan segar pon ada okeyy.


Kami bertolak pagi. Lebih kurang 1 jam lebih perjalanan dari rumah ke Tanjung Dawai. Sampai je, orang tak ramai mungkin sebab pergi bukan dihujung minggu. Memang lalu kawasan kampung jer kecuali dekat Gurun.

Sampai je adik jerit-jerit seronok bila nampak laut. Yelah bila dah nampak laut sekali sekali rasalah teruja itu. Duduk di kawasan kampung asyik menghadap bukit dan hutan je. Kami terus pergi ke jeti. Rehat kejap kat jeti sambil tengok diorang bawak bot yang ada penumpang dari Pantai Merdeka. Selalunya diorang datang ke Pantai Merdeka diorang akan naik bot untuk ke Tanjung Dawai.


Lepas tu, terus gerak masuk ke komplek membeli. Tingkat bawah sekali banyak yang jual makanan dan gerai makan. So, kita boleh makan sambil menikmati udara laut. Wati dan family terus ke tingkat atas. Kat tingkat atas banyak jual ikan-ikan ler.


Kami sempat beli ikan kering masin, keropok ikan 2 kilo dan ikan bilis. Banyak jugalah yang kami borong. Berbaloi juga dengan harga diberikan.



Otw balik, kami singgah dekat Pantai Murni Yan. Saja singgah lepak-lepak sambil ambil angin, tak puas angin laut di Tanjung Dawai merasalah pula angin laut dari Pantai Murni. Mungkin bila habis saja keropok 2 kilo yang dibeli tu kami akan datang balik untuk borong sakan lagi. Hehehe..




Okeylah. Sampai sini dulu. Saya still baru kat sini, sesiapa yang sudi singgah blog saya jangan lupa follow ler. In sya ALLAH Wati will follow back and keep in touch.




Danke ~ ~




No comments:

Post a Comment