Followers

Friday, 4 September 2015

Tree Top Walk, Sedim Kulim

Assalamualaikum

Kali ni Wati nak cerita tentang Tree Top Walk (TTW) dekat Sedim Kulim Kedah.
Sebelum ni Wati langsung tak pernah dengar tentang TTW ni. Ingat lagi time kat hostel masa study dekat UUM ada member tanya pasal TTW ni.
Mula-mula tu macam blur.
Eh, apa kedia tu? Tak pernah dengaq pon. Time Wati try tanya encik Google, baru tahu.
Lama juga Wati survey2 tempat ni, try tengok komen2 orang and post dalam blog yang ceritakan tentang TTW. Macam best dan menarik untuk sesiapa yang pecinta alam dan
merasai keadaan didalam hutan.



Then Wati gitau la kat mak tentang TTW ni, mak pula memang minat jalan-jalan kat
kawasan yang macam ni. Kami pergi satu family. Perjalanan lebih kurang hampir
1 jam 45 minit jugak dengan sesatnya. Ye lah first time pergi, malas plak nak bukak waze. Sampai saja memang dah kedengaran suara unggas hutan dan kedengaran bunyi air lata. Memang teruja sangat2. Nak masuk dikenakan bayaran untuk parking.
Kereta dikenakan cas sebanyak RM 3.00.



Sebelum naik ke TTw kami rehat sat dekat kawasan lata Sedim sambil tengok budak2 yang datang kem tengah main-main air. Ada yang sedang sediakan peralatan untuk water rafting.
Then kami terus ke kaunter TTW.
Harga tiket sebanyak RM 10.00 untuk dewasa dan RM 5.00 untuk kanak-kanak.




Perasaan teruja dan best sangat bila masuk ke laluan tu. Laluan tu ada ketinggian yang tertentu. Tak ingat pula tinggi laluan yang mula2 masuk tu berapa.
Sesiapa yang takut gayat dan takut tempat yang tinggi rasanya tidak sesuai la kot.



Masa berjalan tu family Wati semua takut dan jalan cepat je. Laluan tu dalam 1 kilometer.
Tapi Wati berjalan tengok bawah. Yang lain memang tak tengok bawah sebab gayat kan.
Tapi Wati tengok bawah, pelik plak..Sesekali ja tengok sekeliling.
Memang best, kita boleh tengok jenis2 pokok hutan. Kalau ada binatang kat bawah tu rasanya lagi best kan..
Over plak! hahaha





Then, bila dah habis berjalan kami rehat depan pintu masuk, memandang ketinggian kat pintu masuk tu agak rendah dan selamat, so kami berkumpul kat situ sambil bersembang sebelum keluar. Wati kalau boleh nak sangat ulang sekali lagi, tapi family dah takut dan cuak.
Lagipun cuaca seperti tidak mengizinkan. Macam nak hujan.
Kalau hujan tengah berjalan tu, memang kelam kabut jugak la kan..





Lepas turun kami semua ke kawasan lata balik, rehat2 kat situ sambil tengok budak2 buat water rafting. Memang best dan mencabar je tengok, tapi tak sempat plak nak snap pic diorang.
3 jam kat sana, then kami semua gerak balik sebab hujan pon dah turun.



Alhamdulillah selamat sampai. walaupun penat, tapi best sangat.
Pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Okeylah. Sampai sini dulu. Saya still baru kat sini, sesiapa yang sudi singgah blog saya jangan lupa follow ler.
InsyaALLAH Wati will follow back and keep in touch.


Danke ~ ~




5 comments:

  1. wow... nak pergi sana juga la nanti :)
    nice share!

    ReplyDelete
  2. Silakan sayam..best tau..ajak family or kawan2. Sure best..

    ReplyDelete
  3. jauh kulim dr kl nih.,hihi2 tp chantek kehijauan hutan nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi..btol3. Jao tu..Alhamdulillah..ciptaan Tuhan.. :)

      Delete