Followers

Thursday, 29 October 2015

Aku & Novel


Assalamualaikum..
Membaca ni salah satu hobi Wati dari dulu sampai sekarang. Wati memang minat giler membaca ni dari sekolah rendah lagi. Selalu ja pergi perpustakaan sekolah, pinjam buku cerita. Balik baca lepas tu barulah siapkan kerja sekolah. Penulis pilihan Wati masa zaman sekolah rendah dulu WS Uzala. Buku-buku yang penulis ni tulis memang best. Penulis tu ja yang Wati ingat.

Masa kat sekolah rendah Wati dapat Anugerah Nilam tempat ke 2 dan sekolah menengah dapat tempat ke 3. Cerita pasal novel pulak, novel pertama yang Wati baca adalah novel Air Mata Kasih karya Norhayati Berahim. First Wati baca novel masa umur Wati 14 tahun. Memang time tu hantu novel. Ingat lagi sebelum balik dari sekolah, mesti akan singgah perpustakaan awam pinjam novel. Time zaman sekolah tu Wati banyak baca novel lama-lama. Novel-novel pulak banyak dari cebs dan alaf21 time tu. Karya yang jadi pilihan Wati dari penulis Norhayati Berahim, Ma Lee Chuswan, Jessy Mojuru, Rozita Abd Wahab, Fatinilam Sari Ahmad, Shamimi Aminolah, Nass Alina Noah dan ramai lagi.

 Time ni Wati banyak pinjam dari perpustakaan sebab mak Wati tak berapa suka Wati beli. Bila dah start belajar kat u, Wati beli ja novel pakai duit sendiri. Kalau nak beli ni Wati akan buat survey dulu novel tu, tengok-tengok review kat blog, then kalau ramai cakap best, baru beli. Selain tengok review Wati tengok juga siapa penulis dan jalan cerita. Harga tak kisah. Selalunya pilihan Wati novel dari Karyaseni, Penulisan2u, Love Novel dan Kaki Novel. Penulis la ni yang jadi pilihan Wati Marissa, Hana Ilhami, Aulia Iman, Sri Sarah, Siti Rosmizah, Azura Raisudin dll.

 pic dari google image

 
pic dari google image
pic dari google image

Tapi, penulisan novel lama ni lagi sentimental dan ayat-ayat yang puitis. Sedap jer baca. Antara novel yang Wati pernah baca Kasih Tak Bermusim (Dr Azizah Johar), Perempuan Tanpa Dosa (Fatinilam Sari Ahmad), Dan Mimpi Pun Berguguran (Liana Afiera Malik), Mencintaimu (Nass Alina Noah), Setelah Kau Pergi, Permata Asmara (Rozita Abdul Wahab) dll. Kalau nak senaraikan satu memang banyak sangat. Rasa ja rindu nak baca balik karya penulis ni semua. Tapi kebanyakkan novel-novel ini dah tak ada dalam pasaran dah. Kalau ada memang dah beli dah. Beli buat koleksi. 

 pic dari google image


Penulis novel pilihan Wati Marissa. Bagi wati karya dia memang best. Wati dah baca karya Marissa yang tajuk Bila Hati Kata Sayang, Teduhan Kasih, Yang Manis, My Indo Chick. Semua novel ni Wati pinjam. So novel seterusnya Suami Edisi Terhad dan Kasih Tercipta memang Wati nak beli untuk koleksi. Gaya penulisan Marissa memang best dan sangatlah santai. 

 pic dari google image

 pic dari google image

 pic dari google image

 pic dari google image

 pic dari google image

Okeylah. Sampai sini dulu. Saya still baru kat sini, sesiapa yang sudi singgah blog saya jangan lupa follow ler.
InsyaALLAH Wati will follow back and keep in touch.

Danke ~ ~



No comments:

Post a Comment