Followers

Thursday, 29 October 2015

sateHOMEMADE


Assalamualaikum
Entry kali ni nak cerita tentang sate homemade. Sebelum ni Wati ada post tentang sate semerling. Tapi la ni nak cerita sikit saja pasal sate homemade ni. La ni kat mana-mana pon sate orang dok jual mahal noh. Ada secucuk sampai 0.60 kupang.. Ha, jangan kata tak ada..ada okey. So oleh kerana itu, nak beli pon rasa tak syok, nak makan rasa macam tak puas. Bukan kes kedekut ke apa? Keluarga Wati pulak jenis tak berapa suka makan kat kedai or makan kat luar. Mood nak makan sate mai, adik dok beria-ia mintak. 


Godek-godek resepi yang bukan main bersepah kat blog-blog, jadilah sate.
Sebelum ni selalu juga Wati buat, Alhamdulillah menjadi macam kat kedai. Wati selalunya tak peramlah lama-lama sangat. Sekejap ja. Selalunya kat kedai  diorang peram lama, semalamankan. Mungkin sebab tu jugak bila bakar jer sate, bau wangi sate tu dari jauh dah boleh bau. Yang Wati selalu buat ni tak adalah wangi sangat pon. Bolehlah nak makan. Tapi rasa tu yang penting ya, sedap.



Selalunya kalau proses nak buat sate ni Wati la yang selalu siapkan bahan. Adik-adik Wati yang lagi 2 orang tu settlekan ayam. Diorang jugaklah yang cucuk sate. Ayah Wati yang tukang bakar. Time bakar sate tu meriah. Kami bakar malam. Malam-malam sejuk sikit. Mak  pula akan sediakan kuah kacang. Tapi buat kuah ikut mood jugak. Kalau malas sangat, cicah sos cili je. Sedap macam tu jugak ler..
hihihi


Okeylah. Sampai sini dulu. Saya still baru kat sini, sesiapa yang sudi singgah blog saya jangan lupa follow ler.
InsyaALLAH Wati will follow back and keep in touch.



Danke ~ ~

No comments:

Post a Comment