Followers

Thursday, 12 November 2015

Kerja OH Kerja

Assalamualaikum..

Pasal pa hari ni, malam ni hupdate pasal kerja? Sebabnya ini hari pertama Wati kerja setelah hampir 4 bulan dok menaman anggur kat rumah. 4 bulan mencari kerja tapi tak dapat satu apa lagi pun panggilan interview. Wati pon dok tertanya-tanya awatlah Wati ni susah sangat nak dapat kerja, kawan-kawan len mudah saja dapat kerja. Masalah berat betul, ok kat rumah pon asyik kena berleter dengan mak ja.. 

Pengalaman Wati kerja selama ni, Wati pernah kerja kat Vic Master Ent sebagai graphic designer. Memang best, walaupun pada mula-mula masuk Wati zero dalam design ni. Wati banyak belajar dari bos dan staff kat situ. Kadang-kadang tertekan juga dengan karenah customer tapi tak kisah pon, bos baik giler. Santai je kerja. Seronok habis. Lepas tu, pratikal kat Swiss Inn Hotel SP. Yang ni pon best sangat-sangat dapat supervisor yang sangat sempoi dan baik hati. Best juga bekerja, sangat-sangat santai. 

Sampailah 09/11/2015 Wati ternampak satu jawatan kosong kat jobstreet ni sebagai admin assistant. Pi la call dan interview. 10/11/2015 pi interview dan dapat terus kerja. Masuk 12/11/2015. Soalan inteview pon tak ada tanya apa-apa sangat. Just tanya tempat tinggal, kenderaan dan dia briefing sedikit pasal etika berkerja di syarikat mereka.

Wati mula-mula pi interview tu tak tahu yang jawatan admin assistant tu rupanya bukan sekadar buat kerja admin sahaja, tetapi rupanya kena handle life insurans. Kuang-kuang..Kalau tahu awal-awal memang Wati tolak. Aduh..memang tak minat bab-bab yang berkaitan dengan insurans ni. Entah kenapa. Biasakan kalau hampa semua dapat call depa dok marketing insurans lah apa lah, mesti cepat-cepat je hampa tutup handphone or cakap busykan? Macam tu la dengan Wati pun. La ni memang tak sangka yang Wati pula terjebak dengan insuran bagai ni. Minta maaf ye sesiapa yang bekerja berkaitan dengan insurans ni.

Macam ni lah Wati kalau kerja dalam bidang yang Wati tak minat..

Wati terfikir balik, patutlah mudah saja Wati dapat kerja ni. Rupanya ramai yang tak nak. Silap Wati juga tak tanya detail tentang job tu. Sekarang apa boleh buat, dah rasmi jadi ahli keluarga syarikat tu dah pun...


Tak apalah Wati cuba dululah setakat yang mampu, Kalau tak boleh masuk dengan jiwa Wati jugak-jugak, selamat tinggal yop!



Danke ~ ~



No comments:

Post a Comment