Followers

Tuesday, 3 November 2015

Raya 2015


Assalamualaikum..

Kali ni nak cerita sikit pasal raya tahun ni. Tahun ni raya Aidilfitri dengan raya Aidiladha tak ada apa-apa yang syok sangat. Tak apalah asal boleh raya sikit-sikit pon jadilah. Time raya Aidilfitri Wati tengah dok pratikal lagi time tu kat SISP hotel. Esoknya nak raya, cadangnya nak balik awal, dah mintak kat supervisor, tak jadi nak balik awal. Balik la macam biasa. Nasib baik time tu jalan tak berapa nak busy sangat.





Untuk raya Aidilfitri, semua persiapan dah buat pakaian dengan makanan, biskut raya semua settle. Malam raya tu, arwah che Wati masuk hospital. Jadi mak Wati ni kenalah jaga arwah che dalam seminggu juga kat hospital. So raya kira macam so-so saja. Nak berjalan pi mana pon tak boleh sangat sebab kena berulang pi hospital. Ada juga saudara mara yang mai, nasib baik dah siap sikit-sikit makanan raya tu.
Hidang je..



Arwah che pon sakit tak lama, duduk dalam 2 minggu lebih dia dah meninggal dunia.
Dalam 2 minggu tu hempas pulas jaga dia. Innalillahiwainarojiun..dari Allah kita datang, dan kepada Allah kita kembali semula.



Lain pula dengan raya Aidiladha ni. Masih lagi terasa kehilangan. Wati baru je lepas tamat pengajian kat UUM dalam lebih kurang 3 bulan. Busy dengan mencari kerja sampai memang tak sedar yang dah nak sambut raya Aidiladha. Boleh sedar kata nak raya tu, bila tertengok pengumuman raya seminggu sebelum raya.


Ya Tuhan, biar betul. Time tu fikir baju, makanan semua. Fikir sempat lagi kalau nak sediakan. Tapi…esok-esoknya tu, adik paling kecik kena demam. Ye la musim jerebu teruk pulak tu. Lepas je adik lega demam dalam masa 3 hari tu, emak dengan adik yang no 3 plak demam. Demam + batuk + selesema sampai raya.

Wati kalau mak demam memang nak buat apa pun tak ada mood. So pagi raya lepas je sembahyang raya, kami buat lain daripada orang lain iaitu rumah tertutup dari pagi sampai petang. Sebab time raya tu ayah pula yang demam. Tinggal Wati je yang masih bertahan.  

Raya kedua tu, JFyie ajak beraya. Keluar pon tak jauh, sekadar pekan Sik jer. Perkena KFC saja. Kalau tidak, kami bertukar-tukar biskut raya, tapi dah tak buat apa-apa, so bantai KFC saja. Then, lepas 3 hari raya, Wati pula yang demam. Akhirnya, punyalah elak dari nak demam, kena juga. Pakej demam + batuk + selesema.



Okeylah. Sampai sini dulu. Saya still baru kat sini, sesiapa yang sudi singgah blog saya jangan lupa follow ler.
InsyaALLAH Wati will follow back and keep in touch.

Danke ~ ~


No comments:

Post a Comment