Followers

Monday, 2 November 2015

SIK dulu-dulu

Assalamualaikum semua..

Pasal apa tajuk blog kali ni Sik dulu-dulu, mai angin apa pun tak tau yang Wati asyik dok teringat ja keadaan Sik masa dulu-dulu tu. 
Ni kes bila masuk Facebook group orang Sik. Dalam group tu admin ada kongsi gambar Sik waktu dulu-dulu. Fuh bila tengok balik memang mengamit nostilgia betul.

Apa yang tengok dalam gambar tu kalau nak bandingkan dengan yang sekarang memang dah banyak perubahan sangat-sangat. Kalau dulu, kedai cina tepi jalan raya Sik tu berderet-deret. Kedai dari rumah papan. Belakang kedai tu betul-betul sungai plak. Memang sejarah.


Wati sebelum ni tak duduk kat Pekan Sik, Wati duk kat kampung Batu Besar masih dalam daerah Sik tetapi mukim lain dan kampung tu jauh dari Pekan Sik. Memang masa kecik-kecik tu jarang sangat turun Pekan Sik. Bila lalu Pekan Sik pon time balik kampung belah mak.

Lepas tu seiring dengan masa, Sik berubah. Menjadi sebuah pekan yang agak maju dan menjadi tumpuan orang-orang Sik. Apa-apa pon saya bangga jadi orang kampung dari daerah pendalaman Sik.

  
Kat atas ni gambar restoran mamak yang memang cukup terkenal di Sik dulu. Nama kedai ni kedai Appolo. Memang ramai sangat orang makan kat kedai ni dulu. Tak terkecuali Wati. Ayah selalu bawak makan sini sebelum dia pi kerja. 


Okeylah. Sampai sini dulu. Saya still baru kat sini, sesiapa yang sudi singgah blog saya jangan lupa follow ler.
InsyaALLAH Wati will follow back and keep in touch.

Danke ~ ~






No comments:

Post a Comment