Followers

Thursday, 5 November 2015

UUM convocation day 2015

Assalamualaikum..

pre-convo dengan selipar jepun yang sudah dihidekan.. hihihi

Blog updated! Yeay.. Huhuhu Apa khabar semua. Wati eksited nak menulis blog kali ni sebab nak bercerita tentang Majlis Konvokesyen UUM ke 28. Alhamdulillah setelah 3 tahun berjuang menuntut ilmu, akhirnya selesai jugak 6 semester di UUM. Kat sini Wati ambil course Bachelor of Hospitality Management with Honors.


with my BHM friend

Konvo ni berlangsung selama 4 hari di Dewan Muadzam Shah, UUM. Tarikh Wati konvo 28/10/2015 sesi pagi. Nasib baiklah dapat sesi pagi. Kalau petang? Hui..panas.


Pagi 27/10/2015 tu Wati pi UUM dengan mak ambil jubah. Punya ler lama masa nak ambil jubah tu. Dengan ramai student dan parents yang berkumpul. Yelah, 27/10/2015 tu konvokesyen 
still berjalan macam biasa. Wati ronda-ronda dengan mak kat tapak konvo. 
Macam tahun-tahun yang lepas jugak, banyak jual makanan, bunga dan pakaian. 
Orang ramai kat tapak konvo tu tak payah nak cakap, memang ramai betul.

Lepas je ambil jubah untuk konvo Wati balik. Kawan-kawan Wati yang jauh tu diorang 
check in kat hotel UUM, sekitar Changlon dan Jitra. Wati malas la nak check-in bagai, tinggal pun kat kawasan Kedah jugak. Kalau ulang alik dengan kereta pon, makan masa 2 jam saja. Tak lama mana.

Pagi 28/10/2015 tu Wati mak dan adik gerak awal-awal pagi sebelum subuh. Sebab ex-student kena berkumpul sebelum pukul 7. Majlis start pukul 8 pagi, macam biasalah. 
Time tu memang ramai ex-student dok bersiap-siap pakai jubah dan topi. Lepas siap-siap tu 
student masuk dalam dewan untuk tahu kedudukan didalam dewan besar nanti. 
Semua kena ingat number tempat duduk. Sedih betol Wati sebab Wati terpisah jauh dari
 kawan-kawan. Diorang susun ikut huruf permulaan nama tu. 
Nasiblah kena huruf Z, belakang sekali duduknya.

Masa konvo tu, mak dan adik yang ke-3 je dapat datang. Ayah dan adik yang ke-4 tak dapat datang. Adik pulak exam akhir tahun, so ayah kena teman. 


Dalam majlis tu, ada adat istiadat pembukaan majlis konvokesyen, para pendidik 
dan staf akademik masuk lepas tu pro-canselor masuk. Lepas ucapan dan bacaan ayat al-quran 
ada ucapan dari pro-canselor. Lepas tu, terus majlis penyampaian sijil dimulakan 
dan diselang seli dengan persembahan okestra.

Majlis tamat pukul 12.00 tengah hari. Sebelum hantar jubah, Wati dengan kawan-kawan 
sempatlah ambil gambar kenangan. Gambar biasa-biasa aja, tak sempat nak pre-konvo bagai. 
Sedih..sob..sob ~ ~



Habis jer, terus hantar jubah. Balik. Time nak balik tu, rasa macam sedih sangat. Akhirnya, tinggal jugak UUM. Sedih giler. Tinggal kenangan manis dan pahit ketika study kat situ. Entah bila ler nak masuk UUM pulak. Bye UUM..

Selamat Menyambut Hari Jubah


Selamat Tinggal UUM


Selamat tinggal kawan-kawan, moga bertemu lagi dilain hari..



Okeylah. Sampai sini dulu. Saya still baru kat sini, sesiapa yang sudi singgah blog saya jangan lupa follow ler. In sya ALLAH Wati will follow back and keep in touch.

Danke ~ ~







1 comment:

  1. Hai. Nak tanya kalau dari Alor Setar ke UUM berapa jam? Dan seeloknya bertolak pukul berapa kalau konvo sesi pagi?

    ReplyDelete