Followers

Tuesday, 29 December 2015

Char Koew Teow

Assalamualaikum…

Guten Nacth! Maksudnya selamat malam! Lama tak praktis bahasa Jerman ni sejak
secara rasminya bergelar graduan. Setakat perkataan yang simple2 ni boleh ler ingat.
Baca tajuk berulang kali dok terliuq dari tadi lagi.


Sedapnya char koew teow (CKT) ni. Sejak bila suka makan CKT pon tak tau.
Wati suka CKT ni dan tak sangka pulak yang si dia pun suka. Tak sangka kami
berkongsi kesukaan yang sama. Selepas hampir 5 tahun kapel baru sedar hakikat ini.
Hahaha. Sebelum ni Wati hanya tau dia suka laksa je. Kalau makan kat mana-mana
mesti dia order laksa, susah nak tengok dia order nasi goreng.
Selalunya makanan yang berkuah dia akan order.


Sejak dari tu, kami sentiasa mencari kedai atau gerai CKT yang sedap kat
kawasan SP. Pernah try kat kedai depan Public Bank Pekan Baru SP.
Gerai ni bukak time malam. Banyak CKT sepingan besar.
Rasanya sedap tapi manis sikit. Tak tau rasa manis udang ke, manis gula.
Lepas tu kami try satu kedai ni dekat Kuala Ketil. Tak ingat nama kedai tapi
dekat dengan Petronas. Sedap. Serius sedap!


Time first try plak hujan dan perut pun
tengah lapar. Boleh bayang tak rasa sedap tu macam mana. Nak-nak kalau makan
dengan cabai jeruk, kena sungguh. Tak lama lepas tu ada lagi kedai baru bukak,
dekat Simpang Empat trafik light Kuala Ketil. Yang ni pun sedap. Udang pun banyak.
First try ambik yang saiz biasa, second ambik saiz special.


Wati try buat CKT ni sendiri kat rumah tapi first try tu jadi, lepas tu dah tak menjadi.
Setahu Wati, pernah dengar orang cakap kalau nak buat CKT ni kena masak atas api
yang besar dan kena cepat dengan kuantiti yang sedikit. Adik-adik adalah
request suruh buat, tapi dah tak menjadi rasa malas nak buat. susah-susah sangat
 kita pi Penang pekena CKT kat sana lagi terangkat noh! 


Okeylah. Sampai sini dulu. Saya still baru kat sini, sesiapa yang sudi singgah blog saya jangan lupa follow ler.
InsyaALLAH Wati will follow back and keep in touch.

Danke ~ ~





No comments:

Post a Comment