Followers

Thursday, 10 December 2015

Lulur Badan Homemade

Assalamualaikum..

Baru-baru ni terbaca kat paper petua orang dulu-dulu tentang lulur badan ni. Tengok petua tu senang sangat. Boleh sangat kalau nak try buat sendiri kat rumah. Bahan-bahan pun mudah nak dapat. Hanya 3 bahan ja yang guna iaitu kunyit, beras dan asam jawa.



Oleh kerana asam jawa tak ada, Wati guna asam keping. Boleh jugak ye..

Bila senang sikit, Wati try la buat sendiri. Mula-mula, ambik beras ikut sukalah nak banyak mana. Goreng tanpa minyak sampai beras bertukar keperangan. Lepas goreng, tumbuk dengan kunyit sampai hancur. Kalau korang malas nak tumbuk pun korang boleh blender kering. 



Wati tumbuk je, mudah nak lumat. Tekstur beras ikut kesukaan korang, nak kasar atau nak halus. Kalau Wati nak halus elok sikit, sedap sikit nak gosok kat badan dan muka.
Lepas tu boleh bancuh dengan air asam jawa. Masa mandi lumurkan pada seluruh badan. Muka pon boleh lumur. Gosok-gosok sikit. Biarkan dulu dalam beberapa minit, bilas dengan air. Korang dapat rasakan kulit badan korang lembut ja. Kulit halus dan segar. Lulur ni jugak dapat menangalkan sel-sel kulit yang mati. Tak percaya cuba dulu ler. Baru tahu okay.
Boleh diamalkan selalu.
Okeylah. Sampai sini dulu. Wati still baru kat sini, sesiapa yang sudi singgah blog Wati jangan lupa follow ler.
InsyaALLAH Wati will follow back and keep in touch.

Danke ~ ~


3 comments:

  1. KalO kunyit x dak ganti lengkuas bleh ka..minta petunjuk dr mahaguru

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Lengkuas?? Tak pernah dengaq la plak. Tp kalau xad kunyit idup leh guna serbuk. Tp sikit saja takot kunyit serbuk ni bnyak pewarna..

    ReplyDelete