Followers

Thursday, 17 December 2015

Petua: Hilangkan Jerawat

Assalamualaikum...

Yeay, header blog berubah tu..Hahaha, kali ni dengan tema kuning grey gabungan warna kegemaran Wati. Suka sangat dengan warna ni. Okey, tak mau cakap pasal warna tapi nak cakap pasal 
satu petua orang dulu-dulu ni berkaitan dengan jerawat. Petua ni rare. Mesti ramai yang tak 
pernah dengan dan yang tak tahu pun. Hanya orang yang tertentu sahaja tau. 
Atau kalau ada sesiapa yang tahu cer komen sikit..!


Petua nak hilangkan jerawat ni senang sangat noh. Bukan sekadar nak hilangkan jerawat,
 tapi hapuskan terus jerawat tu kat muka. Ha, hapuskan tu means jerawat dah tak naik-naik dah. Senang ja, hampa ambik telur ayam kampung yang ayam betina baru menetas tu, 
maksudnya yang baru keluar dari bontot ayam tu, masa telur tu dok panas-panas suam-suam lagi, ambik terus hampa sapu-sapu or lumur telur ayam kampung tu kat muka. 
Buat berulang kali sampai telur ayam kampung tu jadi sejuk. 
Mudah ja..

Wati dok teringat dulu mak ada bela ayam kampung bertelur. Memang ayam ni rajin betul bertelur. Kan ayam ni kalau nak bertelur mesti akan riuh sekampung. Time tu memang dok ready 
siap-siap dah tunggu ayam tu bertelur. Bila ja bertelur, terus ambik telur yang still suam-suam tu, sapu ja muka. Best la, rasa hangat. Selalu jugaklah berebut dengan adik. 

Petua ni mak yang habaq, time tu Wati dok kat hostel. Dua minggu sekali baru balik, jarang-jarang la dapat buat. Tapi adik ni dok kat umah hari-hari, hari-hari dok tunggu ayam kampung tu bertelur. Hasilnya, memang menjadi weiiii..
Jerawat dah tak naik langsung-langsung! Kulit muka licin ja. Buktinya adik Wati tu dah umur 19 tapi tak pakai apa-apa krim pun. Time period selalunya, jerawat dok naik, tapi adik Wati sebutir jerawat pon tak naik!

Pantangnya, bila sapu telur ayam tu jangan kena bulu kening. Ha, kalau kena bulu kening, habislah. Luruhlah bulu kening hampa! Wati pernah buatkan, tapi resultnya tak pernah menghampakan. Sekarang, muka Wati dah jarang sangat naik jerawat. 
Okeylahkan dari tak ada. 

Itulah salah satu petua yang Wati rasa ramai yang tak tahu. Banyak sebenarnya petua orang 
dulu-dulu ni. Rajin dengan tak jer.. 
Siapa pernah tau atau pernah buat, jangan lupa komen ye..

Tak tahulah siapa punya pic ni tapi Wati suka sangat dengan pic ni. 

Okeylah. Sampai sini dulu. Wati still baru kat sini, sesiapa yang sudi singgah blog Wati jangan lupa follow ler.
InsyaALLAH Wati will follow back and keep in touch.


Danke ~ ~



No comments:

Post a Comment