Followers

Friday, 4 December 2015

Resepi : Sotong Goreng Tepung


Assalamualaikum..

Lama rasanya tak kongsi resepi dalam blog ni. Kali ni Wati nak kongsi resepi sotong goreng tepung yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Kalau nak merasa sotong goreng tepung,
kami lebih suka buat sendiri dari beli. Kalau buat sendiri lagi puas hati kan?
Wati teringat Wati pernah makan sotong goreng tepung di restoran di Tanjung Dawai.
Aish, lupa pulak apa nama restoran tu.
Depa punya sotong goreng tepung sedap nau.. 
Hahaha


Nak goreng sotong ni satu je yang Wati tak suka. Sotong ni bila masuk ja dalam kuali minyak panas, suka ja meletup pom pang! Ish, dah la kita ni jenis takut kalau sotong tu meletup.
Sekali dengan minyak panas merecik merata. Sabar je lah.
 Bila buat sendiri ni, Wati just sediakan bahan salutan ja, tugas menggoreng panggil adik suruh depa ja goreng. Mudah. Baru adil kan?
Hahaha

Selalunya kalau nak buat satu-satu masakan kami tengok dulu resepi kat internetlah selalunya. Baca sekali lalu ja, kalau rasa nak salin, salin. Kalau tak, asal nak buat, cari je resepi.
Wati pakai belasah ja, tak ikut sukatan pun. Asalkan jadi.
Selama dok buat ni, tak ikut sukatan sangat pun menjadi jugak.
Bolehlah kalau setakat nak makan mulut sendiri.

Bahan-bahan:

Sotong - ikut selera nak banyak mana. Potong bulat
4 sudu tepung gandum
I biji telur - pecahkan
garam
serbuk lada sulah- ikut kesukaan
cili padi/serbuk cili - kalau nak pedas lebihkan
6 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 sudu kecil baking powder
air secukupnya
minyak masak
tepung gandum secukupnya untuk salutan

Cara-cara:
Basuh sotong hingga bersih dan keringkan airnya.
 Tumbuk cili padi (kalau guna serbuk cili tak payah tumbuk), bawang putih dan bawang merah hingga lumat. Masukkan tepung gandum, telur, baking powder, lada sulah dan garam. Bancuh dengan air. Adunan hendaklah tidak terlalu cair dan mestilah pekat sedikit.
Masukkan sotong. Gaul rata.
Panaskan minyak. Ambil sotong dan gaulkan sotong dalam tepung gandum untuk proses salutan.
Goreng dalam minyak yang panas sehingga kekuningan. Ulang sampai habis. Hidangkan.

Senang sajakan resepinya. Mudah dan cepat. Tapi nak mengoreng tu hati-hati.
Takut terkena minyak panas pula kalau meletup sotong tu.
Biasanya Wati suka cicah sotong goreng tepung ni dengan sos cili thai tu.
Sedap sangat.


Okeylah. Sampai sini dulu. Saya still baru kat sini, sesiapa yang sudi singgah blog saya jangan lupa follow ler.
InsyaALLAH Wati will follow back and keep in touch.

Danke ~ ~




No comments:

Post a Comment