Followers

Friday, 1 January 2016

Selamat Datang 2016

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk menjalani kehidupan di bumi
Allah SWT. Entry pertama sempena tahun baru 2016.
Rasanya tak terlambat nak ucap selamat menyambut tahun baru.
Selamat datang 2016 dan selamat tinggal 2015. Datang je tahun baru umur pun makin meningkat. Hai, dah tua aku ni, hahaha!

Apa azam tahun baru 2016 ye? Tak ada apa pun cuma harap dapatlah tercapai impian Wati dan segala usaha Wati berbaloi. Moga dipermudahkan oleh Allah SWT. InsyaAllah tahun ni kalau boleh nak bawak kuaq seketoi yang berwarna purple pun jadilah. Apakah yang seketoi itu? InsyaAllah, amin!


Wati ingat nak post entry sempena tahun baru malam tahun baru tapi tak sempat. Balik jer kerja terus tertonggeng tidur. Penat. Orang lain kuar pi dataran sambut tahun baru tengok bunga api bagai tapi Wati mengulit mimpi. Ala, sebelum ni pun bukan sambut sangat pun tahun baru. 
Cuma beza sikit, dulu time study dapat cuti, bila dah kerja ni jangan harap nak cuti. 
Jarang sangat keluar p tengok orang sambut tahun baru, Wati duk kat rumah ja dengan 
family bukak tv tengok konsert.
Hahaha..

Pejam celik dah rasmi habis tahun 2015. Banyak kenangan terindah dan juga sedih
sepanjang tahun ni.

Tahun 2015
1. Tahun akhir di UUM. Gradute dengan jaya selepas tamat pratikal kat hotel Swiss Inn Sungai Petani. Konvokesyen pada 28/10/2015. Selama 4 bulan menganggur.
2. Kehilangan chei (datuk) sebelah mak.
3. Dapat kerja walaupun kerja pertama macam b^#&*%. Hahaha.. 
Kiranya memulakan alam perkerjaan selepas tamat belajar.

Sehari sebelum tahun baru Wati keluar dengan dia. Yang tak tau nak consider sebagai sambut tahun baru ke apa. P makan-makan ja lah try kedai char koew teow baru kat Taman Sejati SP. Nama kedai tu Char Koew Teow Ketam Berasap. Dia tengok iklan ni kat FB group. Tunggu apa lagi p try la.
Wati order CKT Ketam dan dia CKT Udang. Kita boleh request ikut harga.


Yang CKT Ketam Wati ambik yang harga RM8 je. Nak try dulu kan, ambil banyak-banyak dan mahal nanti takut tak sedap pulak. Bagi Wati okey ler. Kuah CKT tu manis. Makan dengan cili jeruk baru okey sikit rasanya. First time cheq makan ketam sebenaqnya, terkial-kial cheq kopek kulit ketam. Nasib bek dia tolong kopek, buat malu jer. Hahaha..




Lepas makan CKT, perut dok lapar lagi, kami travel plak cari kedai yang jual chicken chop. Katanya kedai kat area Kampung Kilang Makau. Cari tak jumpa pun. Penat cari kami singgah makan kat D’Madinah Corner kat Padang Temusu tu. Orang ramai giler. Order chicken chop dua dengan air coklat dan teh hijau. Okey ler chicken chop kat sini. Tapi Wati asa kat Hotmas lagi sedap kot.
Portion besaq punya. Puas hati makan sampai kenyang.

pic dari intenet. http://www.percutianbajet.com/sites/default/files/blog/D-Madinah-Shawara.jpg

Okeylah. Sampai sini dulu. Saya still baru kat sini, sesiapa yang sudi singgah blog saya jangan lupa follow ler.
InsyaALLAH Wati will follow back and keep in touch.

Danke ~ ~







No comments:

Post a Comment