Followers

Wednesday, 13 January 2016

Teh Hijau Original Thailand

Assalamualaikum…

Melihat kepopularan teh hijau Thailand ni disekitar kawasan Kedah dan Perlis,
Wati ambik peluang ni jual serbuk teh hijau original Thailand.
Ada dua jenis yang Wati jual - teh hijau original Thailand dan brand Boat Juice.
Ada beza antara dua brand ni. Yang brand teh hijau biasa paket hijau tu macam serbuk teh biasa kita minum ni. Daun kasar. Kalau yang brand boat juice ni pula jenis serbuk.
Dah diproses menjadi serbuk halus. Lagi mudah kalau nak buat guna jenis serbuk ni.
Tak payah tapis-tapis dah.




Wati sebelum jual Wati try dulu. Banyak orang cakap sedap dan ternyata
memang sedap okay. Bancuh sendiri ni lagi puas hati. Ikut suka hati nak letak creamer,
susu pekat banyak mana yang kita suka. Kalau nak tambah biji pearl tu lagi lah sedap.
Rasanya sama macam teh hijau yang dok beli kat kedai.





Harga kat kedai dah pun RM4.50-RM5. Itupun banyak ais je kan.
Kalau beli yang ni senang, mudah dan jimat lagi menguntungkan.
Boleh buat sampai 60 cawan. Bila rasa teringin nak minum air teh hijau, bancuh saja.
Cuba hidangkan pada tetamu yang datang, ada kelainan sikit.

Cara-cara bancuh teh hijau

1. Buat macam teh biasa
2. Satu sudu besar teh bancuh dengan air panas
3. Masukkan susu pekat manis tin secukupnya, kacau.
4. Tambah secubit garam dan creamer kalau nak lebih sedap. 
5. Kalau nak sedap boleh tambah cincau, laici, biji pearl, cendol, oreo, chipsmore, biji selasih dan jelly. Kalau buat ice blended perisa teh hijau lagi sedap tau...


Senarai Harga

Teh Hijau Thailand Original - berat 200gm RM13.00
Teh Thailand Original - berat 400gm RM13.00
Brand Boat Juice Bersusu - berat 1kg RM28.00
perisa pelbagai - teh hijau, cuppocino, latte, mocha, neslo, milo, koko, oreo, espresso dll
Brand Boat Juice - berat 1kg RM23.00
perisa - keladi, vanilla, apple, kiwi, mint, jagung dll
Creamer dreamy - 1kg RM14.00

Postage-semua harga tidak termasuk postage. Postage untuk semenanjung Malaysia RM6(s)/RM9(l). Sabah Serawak RM11(s)/RM16(l)
COD - Bandar Puteri Jaya Sungai Petani dan Pekan Sik


Kepada sesiapa yang berminat nak order boleh dapatkan dekat Wati. Jangan lupa
follow instagram Teh Hijau Original Thailand. Like pages FB jugak okey!
Whatsapp no Wati 019 5138564 untuk order. 

Jom try teh hijau Thailand sekarang jugak!!!


Okeylah. Sampai sini dulu. Wati still baru kat sini, sesiapa yang sudi singgah blog Wati jangan lupa follow ler.
InsyaALLAH Wati will follow back and keep in touch.

Danke ~ ~








No comments:

Post a Comment