Followers

Friday, 29 April 2016

Resepi : Ais Krim Malaysia Perisa Cumi & Choki-choki

Assalamualaikum...

Fuh..fuh, tiup habuk sat, lama tak update blog Wati dah berhabuk. Hikhikhik..Motip apa ni? Malam ini tetiba ja rasa nak upload sometim. Baru-baru ni Wati ada buat ais krim Malaysia perisa sumi dan choki-choki. Ais krim Malaysia perisa ni pernah viral dulu, tapi bila dah suam-suam kuku ni barulah Wati terasa teringin nak buat. Hadoii..


Rupa ais krim Malaysia air tangan Wati. Habis terpeyet dok dalam peti ais tu. Bergaduh kot dalam peti ais tu. Hihihi.. Sedap tau hokey!

Niat nak try buat tu dah lama tapi asyik tertangguh ja sebab busy kerjakan. Balik kerja dah petang, penat so malam tu kira nak tidur awal je. Sebelum ni mak dan adik-adik dok request nak rasa ais krim Malaysia sumi dan choki-choki ni, eh bukan mak dan adik-adik ja request myJFK pon request nak jugak. So, Wati telah merajinkan diri nak buat ais krim ni. 

Mana resepi? Ni ha, Wati buat ikut resepi ni. Ambik dari internet ja. 


Dalam pic diatas ada oreo. Hajat dihati nak buat 3 perisa. Sumi, choki-choki dan oreo. Tapi tak sempat buat oreo susu dah habis da... Tak apa, nanti buat perisa oreo, chipsmore 
dan teh hijau pulak ye...

Bahan-bahan:

1 tin susu cair
1 tin susu pekat manis
4 tin air
sedikit garam
2 paket choki-choki
2 paket sumi

Cara-cara:

1. Campurkan susu cair, susu pekat manis, garam dan air dalam periuk. Masak seketika sehingga panas. Kacau dan tunggu sehingga mendidih.
2. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sedikit sejuk. 
3. Untuk sumi, kerat dua sumi dan masukkan kedalam plastik ais krim. Lepas tu masukkan susu separuh plastik. Ikatkan.
4. Untuk choki-choki, picitkan separuh choki-choki didalam plastik ais krim. Masukkan susu separuh dan ikatkan. Buat sampai habis.
5. Simpan dalam peti ais untuk dibekukan. 
6. Bila dah beku, boleh ngap! Settle.


Susu cair, garam, air dan susu pekat manis dicampur sekali dan dimasak diatas api sehingga mendidih.


Sumi warna warni. Auwwm. Nak lagi sedap, tambahlah sumi banyak-banyak.


Picit choki-choki didalam plastik ais krim..



Okeylah. Sampai sini dulu. Wati still baru kat sini, sesiapa yang sudi singgah blog Wati jangan lupa follow ler.
InsyaALLAH Wati will follow back and keep in touch.

Danke ~ ~


1 comment: