Followers

Monday, 22 August 2016

Aidilfitri 2016


Assalamualaikum..

Rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua dan terutamanya sesiapa yang sudikan diri singgah ke blog ni walaupun tak sampai seminit pun. 
Terima kasih yeee…


Raya tahun ni simple juga macam tahun2 yang lepas. Tak ada bezanya. Cuma tahun yang lepas raya kat hospital sebab mak Wati kena jaga orang sakit. Tahun lepas Wati tak keja tahun ni Wati dah keja. 
Esok nak raya tapi still keja lagi. Terlepaslah peluang nak tengok ayah bakar lemang, mak buat rendang. Balik je keja tengok semua dah setel. Tunggu bukak puasa ja nak ngap!


Ingat koi raya nak beli je, tapi mak suruh jugak buat dalam 2 3 jenis. So jadilah samperit, sarang semut, cornflakes madu dan Mazola. Itulah yang sempat pun. Beli sikit2 kerepek. Adik yang study kat Sarawak tu adalah bawak balik 3 bijik kek lapis. Bolehlah kan dari tak ada..


Pagi raya tu masing-masing bangun awal. Lepas je sembahyang raya tu, aktiviti wajib pagi raya p kubur arwah tok. Tenang ja pagi tu tapi panaih eh. Panas nak hujan weh. Tengah hari tu dalam pukul 12.30 hujan lebat kemain. Ha, berayalah hang dalam rumah depan tv. Wati buat apa? Tidoq wei..


Raya tak pi mana pun. hahaha, malas nak kuar. Kuar jumpa mrJFK ja. Lepas tu raya kedua beraya kat Yan dan rumah kak angkat kat SP. Lebihnya duk kat rumah je.



Raya hampa macam mana plak. hihihi…tengok member2 dok update pic raya kat instagram ngan FB kemain weh..liplap toptop baju depa. hahaha…kemain noh!

Danke ~~

No comments:

Post a Comment