Followers

Thursday, 25 August 2016

Resepi Moktail Buah-Buahan

Assalamualaikum..
Kali ni Wati nak share satu resepi simple giler nak buat moktail. Resepi ni pun Wati dapat dalam gugel. Tak ingat plak siapa punya resepi. Tapi Wati mohon sharelah ye.
Wati saja nak try sebab tengok macam menarik saja. Pernahlah try makan/minum moktail ni sedap, kena dengan tekak. Moktail dan koktail beza tau. Moktail untuk yang tiada alkohol. Koktail untuk yang ada alkohol. Jangan silap tau. 
So Wati try gugel cari resepi n buatlah. Si dia pun ada request. Katanya dok makan kat hotel punya ja, sekali-sekala nak try yang buat sendiri pulak. So, malam tu si dia mai melawat so Wati ajak sekali pi beli barang2. Dia on ja.
Lepas tu balik buat. Simple. Campur je semua then sejukkan. Esoknya sebelum dia balik sana, Wati bekalkan kat dia sikit. Dia cakap sedap. Better dari yang hotel punya. Hahaha..kalau dah pujikan..melangit. Tak kalah!


Kebetulan buat pulak banyak. Memang tak habis. Wati simpan dalam peti sejuk beku tu. Dua hari sebelum balik kampong Wati bungkus nak bawak balik kat adik2. Then, moktail tu dah jadi ais krim dah bekukan. Hahaha. Dah jadi ais krim pun sedap jugak. So resepi ni sangat sesuai jugak kalau nak buat ais krim.


Ni resepinya :

Bahan-bahan
2 tin susu krimer sejat (masukan dalam periuk dan panaskan dalam api sederhana)
1 tin buah-buahan campur (buang airnya)
1 bungkus sumi
1 bekas nata de coco (buang airnya)
gula dan garam secukupnya

Cara-cara
1. Satukan semua bahan.
2. Masukkan beberapa ketul ais kuib/ Sejukkan didalam peti ais.
3. Siap.


Okeylah. Sampai sini dulu. Sesiapa yang sudi singgah blog saya jangan lupa follow yer.
InsyaALLAH Wati will follow back and keep in touch.


~ Danke ~


No comments:

Post a Comment