Followers

Sunday, 4 September 2016

Muzium Padi Kedah


Assalamualaikum…

Bila baca tajuk post tu, eh Muzium Padi? Tak ada tempat lain ke nak pi selain 
Muzium Padi. Hihihi…
Biasalah kan, muzium ni siapa nak pi? Boring kata depa. Wati pernah sampai muzium padi ni time sekolah menengah lagi. Time tu saja-saja pi cuci mata. Kali ni pi saja bawak mak. 
Katanya nak mengenang balik time muda2 dulu dok buat sawah. 
Okeylah, Wati pun bawaklah pi.



Masa sampai ada rombongan sekolah. Tiket kena RM5 seorang. Macam2 yang kita boleh tengok berkaitan dengan padi dan penaman padi. Banyak ilmu yang kita boleh dapat. 
Nak ambik gambar pun boleh, tak kena bayar. Seingat Wati dulu kena bayar, 
now dah tak kena bayar dah.


Puas pusing2 tengok kat tingkat bawah, kami naik kat tingkat atas. Kena naik tangga dan seperti masuk dalam replika gua. Gelap sikit area ni, so kena hati2 takut tertonggeng pulak 
kat tangga tu. Kat atas ni kita boleh duduk kat kerusi yang disediakan sambil lihat2 
lukisan yang besar berkaitan dengan masyarakat pesawah Kedah. Nampak real lukisan tu. 
Dalam hati Wati dok terfikir macam manalah depa lukis lukisan 3D besar tu. 
Puas mikir, hahaha. Yang mak Wati dok komen kata lukisan pokok nyoir macam ada 
yang tak kena ja… Menghayati betoi.




Kat bahagian bawah sekali banyak pamer replika or peralatan orang dulu2 guna kalau nak buat sawah, tempat penyimpanan padi dan lain2. Kat tingkat dua pulak banyak pamer jenis2 
padi di dunia ni dan hasil makanan or produk yang dihasilkan dari padi dan paling atas 
sekali pamer lukisan tu lah.





Hampir 1 jam setengah kat situ then gerak balik. Sebelum gerak balik tu berhenti sat kat bawah Gunung Kerian. Masa mula2 mai, kan dok redup lagi, waktu pagi so nampak cantik 
sangat permandangan dari bawah Gunung Keriang tu. Sejuk ja mata tengok. 
Bila mai tengah hari nak langgut tengok pun dah panas. 
Silau eh mata…

Okeylah. Sampai sini dulu. Sesiapa yang sudi singgah blog saya jangan lupa follow ye.
InsyaALLAH Wati will follow back and keep in touch.

~ Danke ~


No comments:

Post a Comment