Followers

Sunday, 16 October 2016

KEKK & ASC di MAEPS 2016

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di laman ni. 
Busy sikit sejak Wati masuk belajar balik kat CIAST, Shah Alam. Tak tahu CIAST tu apa? 
Tak pa, nanti Wati cerita pasal CIAST plak oke.

Dalam sebulan masuk kat sini, terus lecture kat sini bagitau yang sesi 
September 2016 ni beruntung sebab boleh terlibat dengan Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan 2016 (KEKK) & Asian Skill Competition (ASC) kat MAEPS Serdang 
selama 3 hari.

Rakan sepasukan

So, kami ni sebagai student CIAST paksa rela kena jadi sebahagian AJK semasa 
event tu nanti. Selama 4 hari kami ulang alik dari CIAST ke Serdang. 
Setiap student dibahagikan AJK masing2. Wati under AJK Secretariat. 
Tak banyak tugas pun yang kena buat. Bila sampai je MAEPS tu tengok semua benda dah setel. 

 Goodies bag yang kena angkut dari Mazda Hall ke Stanley Hall. Penat tu..


 AJK Secretariat. Tak ada ni tak boleh makan tau. Makan kat dewan makan sedap giler baq hang..

Goodies bag 40,000..

So, kerja yang sempat Wati buat angkat hamper, jadi runner, jaga laman IQ dan PC games 
kat Stanley Hall, lepas tu lepak kat koridor Mazda Hall sambil tengok2 hp. 
Hahaha… Masa hari kejadian tu, kalau tak ada kerja, Wati mengelat jugak, pergi jalan-jalan tengok2 apa yang ada. Memang best.  Penat tu penatlah tapi banyak benda baru yang 
kita tengok dan belajar. Wati masuk dewan yang dimana ASC bertanding. 



Wati jaga laman IQ dan PC games kat Stanley Hall. Ramai jugak dekat Stanley Hall ni. 
Student dan orang dewasa pon banyak try permainan IQ kat laman ni. 
Paling mencuri tumpuan adalah perlawanan robot dan karnival kerjaya. 
Sebelah laman IQ ada laman bakat. So, kat sini ada tarian, nyanyian 
dan macam-macam lagi.

 PC Games

 Laman IQ


 Badut pon main catur!

 Beauty Therapy

 Cooking



Rasa excited pula bila tengok kat bahagian restaurant service tu. Ramai sungguh aih orang 
dok  berkerumun kat situ. Pakat2 nak tengok, Wati yang sememang kecik ni, nak tengok 
pon tertunging habis.

Kawan-kawan Wati semua excited buat aktiviti Try A Skill sebab nak dapatkan patung anak
Harimau. Depa pakat buat, tapi Wati dak pun. Rasa tak berminatlah pulak. 
Setiap orang kena dapatkan cop banyak mana tu Wati tak pasti, sebelum nak dapatkan 
cop tu kena buat aktiviti kat booth Try A Skill. Lepas cukup semua cop tu boleh tebus 
patung Harimau kat booth cenderamata.

Wati dapat patung harimau paling besar. hihihihi

 Restaurant Serving

 Hair dressing

 ice carving




Bahagian masakan pun best jugak, ala-ala master chef pon ada gamaknya. 
Bahagian yang paling banyak mencuri tumpuan, restaurant service, hair dressing, 
beauty dan cooking. Yang lain pon ada, tapi Wati tidaklah berminat sangat so 
Wati tak berapa nak tahu. Hihihi

 di Yalong Hall

 Heli tersesat park dekat dalam Yalong Hall. hahaha..

Macam2 aktiviti, persembahan dan pameran yang ada kat sana dan sangatlah menarik. 
Hari pertama tu dah sesak. Ramai orang kot. Yang bertanding untuk ASC pulak 
student dari Negara luar. Untunglah Malaysia tahun ni jadi tuan rumah. 
Dengar kata, Malaysia menang keseluruhan. Tahniah Malaysia, 
dan tahniah untuk Negara2 lain jugak.

Antara artis yang datang Noraniza Idris, Achey dan Ayda Jebat. 
Tapi Wati sempat jumpa dengan Noraniza Idris ja. Ayda Jebat dan Achey tak jumpa pon. Tak apa, Ayda Jebat dan Achey tu dah biasa jumpa depan2.


Kami diberi kupon untuk makan. Sehari dapat RM15. So Wati banyak dapat kupon free. 
Cerita pasal makan, sebelah Stanley Hall ada jual banyak makanan. So banyak booth kat situ. 
Lepas tu, food truck pon banyak. Sampai tak tahu nak beli apa untuk habiskan kupon. 
Banyak2 beli tak habis makan pula. Membazir.

Hari last. Rasa seronok sebab semua penat hilang. Tapi bukan habis macam tu saja, Wati dengan ahli kumpulan yang lain kena siapkan report plak. Apa-apa pun pengalaman tu penting. Memang best event ini. Tak rugi involve.

Okeylah. Sampai sini dulu. Sesiapa yang sudi singgah blog saya jangan lupa follow yer.
InsyaALLAH Wati will follow back and keep in touch.

~ Danke ~




No comments:

Post a Comment