Followers

Tuesday, 11 July 2017

Tamat CIAST 2017

Assalamualaikum..

05.07.2017 (Rabu) done PPL 720 di CIAST Shah Alam. 
Alhamdulillah, lepas semua azab selama 9 bulan study kat CIAST Shah Alam. 

pintu masuk CIAST. Kat depan tu ada kedai nasik lemak sedap..



Ni asrama perempuan blok N. Wati dapat aras 1. Memang best sangat asrama ni. Bilik sorang satu okey. Bilik besar dan sangat selesa. Sangat2 privacy.


Asrama menghadap stesen KTM Shah Alam. Memang dekat sangat. Wati rindu pulak nak dengar kereta api lalu tengah2 malam. Selalunya pukul 12.30 malam akan dengar.


Bilik yang sangat selesa..

First Wati masuk CIAST bulan 9 tahun 2016. Wati ingat lagi, 2 kali Wati interview 
untuk masuk kursus VTO ni. First interview tak lepa, lepas tu Wati cuba lagi sekali 
alhamdulillah kali kedua lepas. Awal bulan 9 masuk.


Pic first masuk CIAST. Bergambar didepan surau sebab ada perhimpunan pagi.

Tapi sebelum tu mesti hangpa tertanya-tanya CIAST tu apa kan? 
Meh, Wati habaq secara ringkas je lah ye. CIAST ni di mana hangpa belajar dan jalani latihan 
dan internship untuk dapatkan sijil VTO yang membolehkan hangpa mengajar pelajar 
kemahiran. Hangpa mesti ada sijil SKM tahap 1, 2, dan 3 baru layak. 
Baru-baru ni kursus VTO ni terbuka untuk yang memiliki diploma dan degree (non-SKM). 
Tapi kalau hangpa nak mengajar yang non-SKM ni hangpa kena jugak ada SKM, so 
SKM ni boleh diambil melalui PPT (penilaian pengalaman terdahulu) 
sekurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang kemahiran.

Selama 3 bulan kat CIAST (belajar) then 6 bulan internship. Masa kat CIAST, macam 
biasa masuk kelas, ada presentation dan ada je modul yang setiap student bakal pengajar ni kena cover. Antara salah satunya modul yang paling sado sekali M04 dan M07. 
Fuh, tak tidoq malam hangpa tau dak dok ngadap WIM.


Inilah fail portfolio yang ada set WIM. 15 set WIM oke. Fuh..nak hadap tu memang azab..


Semasa simulasi mengajar M07.






Semasa mengajar





Lepas 3 bulan kat CIAST, 6 bulan internship, Wati dapat buat internship kat Kolej Isba Uk Kepong. Aduhai, mintak kat negeri Kedah tapi tak dapat pulak. Nak tak nak pergilah Kepong ha, nasib baik ada kawan follow sekali. Tak adalah krik-krik sangatkan.


Cik Zalila. Mengajar masuk kelas komputer sistem. Subjek NCS.

Masa internship memang kena mengajar, masuk kelas dan kena cukupkan masa mengajar 320 jam syarat nak lulus internship. Alhamdulillah selama 6 bulan kat sana, Wati berjaya habiskan internship. Memang selama 6 bulan kat sana banyak sangat kenangan yang tak boleh lupa. Student pun baik sangat. Lecture kat sana pun banyak membantu dan friendly sangat.

Lovely housemate semasa internship di Kepong.


Semasa majlis perpisahan geng HT-010


Majlis perpisahan

Cuti 2 minggu after raya kena naik CIAST balik untuk present PPL 720 pulak. Wati gerak dari 
Kedah ke KL malam Isnin 03.07.2017. Sampai je terus pergi CIAST untuk dapatkan 
signature lecture. Then gerak ke Seremban rumah kawan sebab kami sama-sama present pada 
hari yang sama. Debaran tu tak payah cakap, macam-macam rasa. 
Takut kena repeat tu biasalah kan. Takut WIM salah lagi, kalau WIM salah habislah…
azab kot nak buat pembetulan.

Esoknya tu, masa nak present PPL 720 tu, Wati terlewat setengah jam then nasib baik 
sempat siap-siap masuk kelas sebelum PPL tutup pintu kelas tu. So selama setengah jam 
simulasi mengajar dijalankan. Time giliran Wati, memang tawakal dan buat yang 
terbaik. Alhamdulillah lulus dengan jayanya. Cuma komen PPL dan PPD yang Wati dah 
layak untuk menjadi pengajar yang baik. Alhamdulillah. Semua positif. WIM pulak 
ada minor mistake tapi boleh buat correction on the spot. 
Alhamdulillah. Pass!

Then, malam tu cover balik tidoq yang tak cukup sebelum ni siapkan WIM. 
Khamis malam terus gerak balik Kedah dengan hati girang. 
Cewah!

Peluang kerja? Hmm..tengah fikir. Rasa macam tak layak lagi nak jadi pengajar 
sebab Wati pun tak ada SKM. Skill pun kurang. Kalau ada peluang nak je cuba. 
Tengoklah macam mana sebab peluang untuk tenaga pengajar kemahiran dalam 
kolej swasta ni sangat limited.

Apa pun doakan Wati berjaya untuk jadi pengajar kemahiran. Amin. Then, road to convocation. 
Can’t wait untuk gengam sijil VTO tu. 
One fine day..

Geng kelas BK15


Jamuan akhir kelas.


Sesi penutup 3 bulan belajar di CIAST sebelum internship

TQ sudi singgah blog Wati dan jangan lupa follow yer.
InsyaALLAH Wati will follow back and keep in touch.
.
.
.

Danke ~ ~


15 comments:

  1. Assalamualaikum. wati boleh bagi tips interview tak? Sebab saya dapat iv hujung bulan ni 10/2017 untuk kemasukan jan 2018. And nak tanya wati apply pakai skm/diploma atau degree and kos apa? Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum.. Nak Tanya.. Kalo dplv teknologi Komputer sistem ada pinjaman tabung kemahiran x x??/sbb ari tu ambik diploma kat adtec melaka ada pinjaman :)

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum.. Nak Tanya.. Kalo dplv teknologi Komputer sistem ada pinjaman tabung kemahiran x x??/sbb ari tu ambik diploma kat adtec melaka ada pinjaman :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, untuk internship kita boleh pilih tempat ke ? Terimakasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pilih tempat yg sendiri mahu. Tp keutamaan diberi untuk institut swasta

      Delete
  5. salam..sy calon utk program VTO ambilan jan 2018..just nak tanya..asrama tu mmg semua sama ke smua single room baik student lelaki or prempuan? and utk internship tu kita pilih sendiri institusi or ciast akan tentukan? tq..excited sangat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asrama tu di ciast induk di SA. Ad single room & 2 org 1 bilik. For intern boleh pilih sndiri..

      Delete
  6. Salam sis, leh dptkan contact no x. Sbb ada byk nk tya psl ciast ni😅

    ReplyDelete
  7. Salam sis sekarang dah kerja jadi pengajar kt mana,?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum cik.. sya hazimah.. sya nak tny mengenai ciast.. sya org kedah.. sekarang sya bljar kat ciast melaka.. boleh saya dapatkan contact cik tak ?.. klau bleh tolong laa reply cht sya

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum cik. Saya merupakan lepasan diploma politeknik. Saya bercadang untuk masuk ciast ambilan sept 2018 ni tapi saya nak tahu la adakah berbaloi jika saya masuk ciast ni? Maksudnya bila graduate dari ciast ni memang boleh jadi tenaga pengajar ke? And kalau jadi pun boleh mengajar dkt mana ya? Terima kasih jika cik sudi balas 😊

    ReplyDelete
  10. Salam to all, saya nak share pengalaman awal di CIAST Shah Alam, untuk menjadi pengajar, kena ada sijil VTO, sebab tu Pengajar disini mengalakkan kita apply internship kat kolej/institusi swasta agar boleh diserap masuk jd pengajar terus, bergantung pada kekosongan dan juga rezeki, andai kata kita perform very well dan tempat intern tu nak kita bekerja.

    ReplyDelete
  11. Saya nak tanya kalau amek VTO kat intitusi lain okay ke

    ReplyDelete