Followers

Monday, 10 July 2017

Bee Venom Skincare 4 in 1

Assalamualaikum..

Hai blog kesayangan, apa khabar dengan mu? Di sini ku merindui kamu.. 
Ceh, ada juga kesempatan nak menghupdate setelah sekian lama krik-krik jer.

tempek muka tuan blog dululah

Wati nak update satu produk yang Wati guna selepas hampir setahun lebih 
Wati tak menggunakan apa-apa produk kat muka ni. Yelah sebab malas, kulit muka 
pun ada problem. Wati dah tak guna apa-apa produk tempatan selepas Wati guna 
Vitamin C Collogen tu lepas heboh produk tu bahaya. Memang pakai sekejap je 
lepas tu dah tak pakai. Nasib baik bila berhenti pakai kulit muka okey je, tak ada problem 
sangat pun macam kebanyakan orang lain. 

Lepas tu Wati pakai Garnier warna kuning tu dan semua produk Garnier. Alhamdulillah 
kulit muka pun okey je sebab jerawat pun tak naik, cuma kulit muka Wati ada masalah kusam, 
warna tak sekata dan jeragat. Waaa… memang tak suka betullah. Banyak jugak 
Wati try tanya kawan-kawan nak pakai produk apa, ramai yang suggest suruh pakai 
produk korea punya, tapi… entahlah. Ada yang cakap Himalaya okey, eversoft okey dll. 
Ah, pening!

So kali ni Wati try plak Bee Venom 4 in 1 ni. Tak tahu pulak produk ni dari mana tapi rasanya tempatan punya. Wati ada buat research sikit tapi tak banyak pun yang Wati jumpa. 
Mungkin tak ramai lagi yang pakai kot. So Wati pun cubalah. Wati survey dekat 
IG dan Shopee. Jumpa kat Shopee yang jual dengan harga borong. Wati beli dengan 
harga RM42 something. Harga runcit RM60 something kalau tak salah.

depan kotak


dalam kotak

Antara fungsi kebaikan Bee Venom 4 in 1 ni (Wati copy/paste dari miss google):- Membantu menghilangkan jeragat | Merawat kulit kusam | Menghilangkan jerawat | Menghilangkan parut | Meremajakan kulit | Anti penuaan | Meredakan kemerahan kulit | Menutup lubang pori yang terbuka | Menggebu dan menghaluskan kulit | Meratakan tona kulit | Mengurangkan minyak

Kandungan Bee Venom Skincare 4in1:
Bee Venom Honey Liquid Cleanser | Bee Venom Moisturiser & Repairing | Bee Venom Sunblock Foundation | Bee Venom Serum

Bee Venom Serum

Bee Venom Honey Liquid Cleanser

Bee Venom Moisturiser & Repairing

Bee Venom Sunblock Foundation

Cara Penggunaan Bee Venom Skincare 4in1:
1. Bersihkan wajah terlebih dahulu dengan Bee Venom Honey Liquid Cleanser
2. Lap kering dengan tuala bersih
3. Ambil 1 kapas muka dan titiskn 3 titis serum kemudian di sapu dari bawah wajah menghala ke atas wajah, sapu juga leher dengan sekata, bila sudah serata
4. Biarkan 2-3 min serum itu meresap
5. Sapu rata Bee Venom Moisturizer *boleh pakai siang atau malam
6. Sapu rata Bee Venom Sunblock Foundation sebelum keluar rumah ATAU sebagai sapuan asas (foundation) sebelum memakai mekap *dipakai waktu siang sahaja

Kelulusan Penggunaan Bee Venom Skincare 4in1:
Bee Venom Skincare 4 in 1 produk 100% ASLI ORIGINAL dijamin HALAL,
SELAMAT tanpa KESAN SAMPINGAN dan paling penting BERKESAN!

Selepas seminggu Wati guna:
Hasilnya, kulit muka Wati makin elok. Dah tak kusam. Kulit pun makin cerah. 
Jeragat pun dah berkurangan. Cleanser memang wangi sangat. First guna kulit muka tak 
ada effect apa-apa cuma sedikit kering selepas pakai cleanser. Tapi memang best pakai 
Bee Venom ni and hope kulit muka Wati makin bertambah baik.

TQ sudi singgah blog Wati dan jangan lupa follow yer.
InsyaALLAH Wati will follow back and keep in touch.
 .
.
.

Danke ~ ~

  



7 comments:

  1. Kakak dah pernah lepas produk ni selama kurang lebih 2 minggu? Apa wajah kakak tetap cantik atau timbul jeragat banyak? Tolong jawab saya nak beli tapi pikir dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muka makin oke. Xad masalah ap2.. beli pastikan yg ori

      Delete
    2. Sis wassap sya,nk tau yg ori ke x cmner..0198891774..harap sgt sis

      Delete
  2. cane muka akak pakai sekarang ye ? okay tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..makin oke. Dah xnaik jerawat dh. Kulit pon mkin cerah

      Delete
  3. Sis produk ni agak2 yang local rebrand tu ke ? Sy takut nak pakai tapi takde jumpa pulak review teruk ke ape..

    ReplyDelete
  4. Kulit sy sensitif..pakai ni ok..kulit makin cerah

    ReplyDelete