Followers

Monday, 10 July 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H/2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H/2017

..kepada semua muslimin dan muslimat yang meraikan hari kemenangan umat Islam berpuasa 
selama sebulan. 

Persiapan raya? Macam mana? Lain sikit ke atau sama je tiap-tiap tahun? 
Mesti meriahkan raya korang? Raya Wati tahun ni sendu sikit, tak tahu kenapa. 
Mungkin ada masalah cinta kot, tetttt.. hahaha. Ada masalah dengan nak siapkan report WIM. 
Ye lah lepas je raya Wati kena naik KL – Shah Alam – CIAST untuk present PPL 720 untuk 
dapatkan sijil VTO. Hmm, alasan je tu.

Okey, serius memang lemau mood raya tahun ni. Tak keluar beraya kat mana-mana pun. 
Kawan-kawan pun tak ada. Nak raya apanya? Sendu kan?

Baju raya Wati prepare sampai 3 pasang. Beli yang first tak berkenan. Second pun tak berkenan jugak, yang third pun tak berkenan jugak. Entahlah semua tak berkenan, cerewet betoi. 
Last, Wati pakai je yang first punya.

Biskut raya pun Wati just buat 4 jenis je. Kemalasan sangat nak buat banyak-banyak. 
Tahun ni Wati just buat snow almond, cornflakes madu - biskut wajib tiap-tiap tahun, tart nenas 
dan samperit. Lepas tu tambah sikit buat simpulan kasih. Macam biasa ayah akan buat lemang. 
Mak pulak buat rending daging dengan kari daging. Gambar lemang pun tak sempat nak 
ambik sebab time tu tengah busy menyimpul kasih.

 snow almond versi derhaka sebab tak ada serbuk roti putih so Wati guna nestum.

 faberet adik

 simpulan kasih selepas digoreng

sebelum digoreng

Pagi raya, bangkit iron baju dan mandi raya. Lepas solat raya terus  melawat kubur. 
Then balik, masak makan tengah hari. Lepas tu melepak depan TV. Buka IG tengok update terbaru gambar-gambar raya korang. Memang terbaik raya kali ni. #teamrayakedah #teambajumerah 
bagai. Baju raya sedondon. Memang meriah.




Petang tu tak ada kerja nak buat so pergilah berphotoshoot secara tak rasmi. Maka berposing 
sakanlah kami adik beradik sebab mak ayah tak berminat nak bergambar ni. Nasib baik 
adik-adik minat bergambar. Kalau tak memang krik-krik sorang-sorang. 
Malamnya pulak lepak depan TV sambil kunyah biskut raya.







Done raya pertama yang sendu dan hambar sekali. Esoknya dah tak raya. 
Okebai. Hahaha..

Apa-apa pun raya kan sebulan. So Wati tak terlambat lagi nak ucapkan 
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Moga kita berjumpa lagi di bulan 
Ramadhan dan Hari Raya yang akan datang. Amin. Hmm.. Moga raya akan datang beraya 
berdua, bukan sorang lagi. Peace.

TQ sudi singgah blog Wati dan jangan lupa follow yer.
InsyaALLAH Wati will follow back and keep in touch.
 .
.

Danke ~ ~


No comments:

Post a Comment