Followers

Monday, 20 November 2017

interview SPA (based on my experience)

Assalamualaikum...
Jumpa lagi kita dalam ruangan yang agak lama sepi ni. Sebenarnya Wati banyak benda nak update tapi tak sempatlah. Sejak start berniaga ni, memang tak sempat. Keluar pagi then balik malam. Nanti Wati update plak ye apa yang Wati jual kat gerai.

Kali ni Wati nak kongsi pengalaman Wati interview SPA. Maybe ada beberapa tips yang Wati boleh share untuk korang. Kalau berguna untuk korang boleh ambil sebagai contoh dan persediaan korang nak hadap IV SPA tu.

Btw, susah giler kot nak dapat panggilan IV SPA ni. Wati dapat IV SPA ni dah 3 kali termasuk yang Wati pi IV baru-baru ni. 2 kali Wati terlepas IV SPA jawatan apa ntah, Wati tak ingat pulak. Tapi seingat Wati yang first tu jawatan nurse kot. Wati tak pi sebab Wati kat
politeknik time tu. Then dapat lagi IV jawatan apa ntah. Kali ke-2 pun Wati tak pi sebab
Wati tengah exam kat UUM. Then after 4 year Wati dapat lagi IV jawatan Pembantu
Tadbir Gred N19 yang baru-baru ni la. Bukan main susah awak oi nak dapat IV SPA ni.

Wati tahu 2 minggu awal itu pun Allah swt nak tergerak kat hati Wati cek email. Then Wati cek email tak sangka betul dapat email daripada SPA bagitau tarikh dan tempat IV. Apa lagi bila dah dapat tau tu memang tak tertangguh untuk buat persiapan.

Sebelum IV SPA:
First, kumpul semua sijil yang ada. Dan tengok apa yang dorang mintak. Pembantu Tadbir ni hanya kelulusan SPM so Wati just sediakan sijil SPM jelah. Sijil diploma, degree dan VTO Wati simpan. Sebab ramai kawan-kawan cakap mintak by SPM memang mudah dapat dan dorang akan panggil IV.

Kalau mintak dengan diploma atau degree memang berkurunlah. Takkan panggil punya melainkan ada jawatan kosong dan nasib kau memang baik. So, itu salah satu tips jugak.
Pastikan semua sijil korang disahkan. Buat dalam 1 salinan dah cukup. Jangan lupa resume bergambar ye. Ada gambar terkini korang dan print mestilah berwarna. Yang penting resume mestilah ringkas dan padat serta menarik.

Sijil asal pon jangan lupa bawak ye. Sijil tu pastikan susun ikut urutan yang dikehendaki. First kena letak IC dulu (yang ori tau). Wati dah kena tegur dengan puan tu. Dia cakap IC ni kena letak yang ori dalam fail. Lepas je habis IV ambik balik simpan. Then sijil kelahiran asal jangan lupa. Sijil SPM, sijil berhenti sekolah, sijil MUET, transkrip exam diploma, transkrip exam degree, sijil kokurikulum, lain-lain sijil yang berkaitan. Susun ikut urutan ye supaya mudah dorang nak semak. Then, sebelum IV tu korang bacalah sikit pasal isu-isu semasa yang berlaku pada negara. Nanti Wati share ye soalan-soalan yang panel SPA tanya kat Wati.

Hari IV SPA:
Pastikan korang sampai awal. Waktu IV Wati time tu pukul 8.00 pagi so Wati memang sampai awal setengah jam. Wati terus naik opis and time tu memang dah ada calon lain pon. Sampai je korang cek dulu dekat board dorang kelaskan korang IV dalam kategori mana. Then settle semua korang dah ready untuk di interview. Tunggu jelah sehingga nama korang dipanggil.

Tips, semasa tunggu tu, korang bertenang, kena banyak berselawat. Jangan kalut dan takut. Rilex je. Mintak doa moga Allah swt permudahkan segala urusan korang. Masa nama korang panggil, korang ketuk dulu pintu dan masuk. Bagi salam. Jangan lupa senyum tau. Serahkan fail pada panel dan mintak izin untuk duduk kalau panel tak suruh duduk. Kalau panel suruh duduk korang duduklah dan ucap terima kasih. Muka jangan kelat sangat, senyum je. Korang kena yakin tau. Suara kena jelas dan kuat, bukan menjerit pulak.

Then, korang akan diminta untuk kenalkan diri, ceritakan latar belakang family dan sedang buat apa. Bagitaulah apa yang terlintas kat dalam kepala tu. Macam Wati, Wati cakap Wati buat business. Then macam-macam jugaklah panel tanya tentang apa yang Wati jual, buat apa, di mana dengan siapa, banyak jugak panel tanya.

Then panel tengok result SPM Wati. Panel tanya kenapa tak sanbung study, Wati tak tahu jugak nak jawab apa sebab Wati memang mintak by SPM, tak guna pun diploma Wati tu. So Wati bagitau je lah Wati akan sambung belajar tengah kumpul duit. Tak tahulah panel nak anggap apa, tapi Wati memang bercadang nak sambung master one fine day. InsyaAllah. Panel cakap result SPM Wati okey then panel cakap sayang kalau tak sambung belajar. Actually memang dah ada diploma, degree dan VTO tapi bila panel tengok sijil SPM je so panel expect yang Wati memang tak sambung belajar.

Then, terkantoi. Panel tu dapat cek result diploma Wati. Adoiii, dia cakap kalau saya dapat cek result diploma kamu, kamu mengaku tak? Then, Wati senyum je. Haruslah mengaku beb. Hahaha. Dia cakap diploma kamu result baik, kenapa tak mintak pakai sijil diploma je. Wati cakap, jawatan ni nak sijil SPM je, so saya mintak by SPM lah. Sebelum ni saya mintak by diploma tak pernah plak dapat panggilan IV pun, then bila mintak by SPM dapat pulak IV. Lagipun saya yakin dengan sijil SPM saya. Haruslah terdiam panel berdua tu. Sijil diploma pada zaman sekarang ni apalah sangat. Banyak budak-budak pandai kot… depa belajar lagi advance dari kita budak-budak zaman 90an ni.

Tips lagi, kalau jadi kes macam Wati ni taksah dok gabra. Rilex sudah. Kalau tertangkap macam ni mintak maaf sajalah. Lagipun kita ada hujah kita tersendiri.

Antara soalan yang panel tanya kat Wati :

1. Apa keistimewaan yang awak ada?
2. Apa hobi awak? (Wati jawab membaca dan memasak. So dia tanya membaca buku apa, Wati jawab buku agama, surat khabar. Dah kenapa aku jawab buku agama, lepas tu dia tanya apa tau..)
3. Dalam surah al-fatihah ada berapa ayat? (Hambek kau! Nasib baik senang je!)
4. Sukan SEA semasa Malaysia jadi tuan rumah berapa emas Malaysia dapat?
5. Berikan 5 kementerian yang ada di Malaysia?
6. Sebutkan rukun negara?
7. Kenapa kepercayaan kepada tuhan kena berada nombor 1?
8. Apa rasionalnya rukun negara?
9. Kenapa patut saya ambil awak dalam sektor awam?

So, itulah soalannya. Alhamdulillah kedua-dua panel yang Wati dapat tu perempuan. Nasib baik tak cerewet sangat. Okeylah. Nampak friendly je. Nak jawab pun kena yakin. Kalau tak tahu, jawab je, ‘maaf saya tak pasti’. Wati pun boleh je jawab soalan semua cuma tang emas sukan SEA ja yang Wati tak dapat nak jawab. Lupa..hehehe

Bila habis je IV, dia ucap semoga berjaya bagai. Then, dia akan serahkan balik fail kita, korang ambil then salamlah sikit sambil ucap terima kasih. Then, habis.
Tu serba sedikit pengalaman Wati. Result tak tahu lagi. Entah dapat ke entah tidak ke, tawakal jelah. Kita dah usahakan, yang menentukan adalah Dia. Hope dapatlah.
Amin.

Lepas je habis IV terus drive pergi Sintok. Melawat adik ke-3 Wati yang tengah study kat sana.
Doakan Wati ye. Amin.

TQ sudi singgah blog Wati dan jangan lupa follow yer.
InsyaALLAH Wati will follow back and keep in touch.

Danke ~ ~


No comments:

Post a Comment