Followers

Saturday, 27 October 2018

First try: St Ives (acne control) & Biore UV Perfect Protect Milk

Assalamualaikum...

Lama betul blog ni berhabuk, bersawang bagai dengan jayanya hari ni baru ada hati nak update. Memang kebelakangan ni banyak sangat yang terjadi. 
Memang ada masa nak update tapi sebab malas walaupun ada hati nak update. 
Pity of me! Huh..

Wati saja nak share satu produk yang Wati baru beli. Wati nak try sebab banyak sangat baca kat socmed (FB dan twitter yang produk dari drugstore ni bagus sangat.

Lepas Wati berhenti pakai satu produk local ‘tut’ kulit muka Wati berjerawat teruk. 
Sedih giler siot bila tengok cermin jerawat berbaris helok je.
Siap kira lagi berapa butir jerawat yang naik tu. 
Selama ni pon pernah je jadi macam ni bila try mana-mana produk local tapi still tak insaf lagi.
Tak serik-serik jugak. Nak beli jugak produk local timbang kilo kan.. 
so kena hadaplah walaupun tahu risikonya..

Wati tinggal produk local tu dan Wati start pakai international drugstore produk yang dipercayai dijual di Watson, Guardian, Hermo etc la. 
So, untuk cleanser, toner dan moisturizer Wati pakai produk Hada Labo. 
Nanti Wati cerita pasal produk ni di post yang akan datang tapi tak tahu bila, tengoklah kalau rajin.. huhuhu

So ini la produknya..


Wati beli di Lazada dengan harga dapat diskaun RM14.85 (Biore) dan RM15.90 (St Ives). 
Of course sebelum beli Wati memang akan buat research dulu takut beli yang tak okey ke apakan.. Lagi satu Wati memang suka beli online je sebab bagi 
Wati boleh dapat murah lagi dari beli kat kedai... 
Alhamdulillah selama beli online ni memang tak ada masalah apa-apa lagilah.



First produk, St Ives from Amerika. 
Yang Wati beli ni warna biru for acne control apricot scrub (oil free salicylic acid acne care). 
Sesuai untuk kurangkan jerawat dan sekatakan kulit muka kita. 
Kulit muka Wati tak ada masalah teruk sangat kulit berminyak tu cuma jerawat dan jeragat dengan warna kulit tak sekata. Tu je..

First try memang best. Tetiba je rasa kulit muka lembut sangat. 
Hahaha overnya lah haii. Wati pakai 3 kali seminggu... 
Lepas cleanser terus apply. Memang betullah kebanyakkan review tentang produk ni, 
banyak yang cakap bagus sangat. Okey, so approved untuk kulit Wati dan akan repeat.




Second produk, Biore UV Perfect Protect Milk SPF 50+ PA+++
(Yellow bottle). 
Yang ni Wati saja beli sebab nak try pakai sunscreen. Selama ni memang tak pernah pakai pon. Ada terbaca jugak kat Twitter yang sunscreen ni penting untuk protect kulit 
muka kita dari sinaran UV or matahari. Tekstur sunscreen ni cecair macam susu. 
Tak pekat dan cepat meresap. Okeylah tak payah tunggu lama-lama sampai keringkan. 
So, first time nak try ni hope memang sesuailah dengan kulit muka Wati.


Okey lah. Sampai sini dulu. Nanti Wati update lain. Yang sudi baca tu terima kasih banyak-banyak.. Wati still baru kat sini, sesiapa yang sudi singgah blog saya jangan lupa follow ler.
InsyaALLAH Wati will follow back and keep in touch.

Danke ~ ~


No comments:

Post a Comment